Selasa, 12 Julai 2011

Timbangan Amal ( 'Aqiidatun Najiin )


Neraca Timbangan

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan menimbang dan timbangan, maka adalah ia seperti kaifiat neraca dunia jua pada kelakuannya dan bahagian lidah dan tiang dan dua daunnya . Tiap-tiap satu daripada keduanya terlebih luas daripada segala lepasan tujuh petala langit dan bumi . Dan Jibril memegang ia dengan tiangnya lagi menilik ia kepada lidahnya . Dan Mikail amin atasnya dan tempatnya itu kemudian daripada hisab dan ditimbang akan segala manusia itu dengan timbangan yang satu .

Dan kata qiil : Bagi tiap-tiap orang yang beramal itu beberapa timbangan yang ditimbangkan dengan tiap-tiap daripadanya akan satu bagi daripada amalnya dan yang menunjukkan timbangan itu, firman Allah Ta‘ala :

۸ ﴿   …. ۚ ﭐﻟﺤﻕ  ﻴﻮﻤﺋﺫ   ﭐﻟﻮﺯﻥ

Dan bermula menimbang pada hari itu sebenarnya ” .
( Shurah Al A’raaf : Ayat 8 )

Dan satu daunnya daripada nur iaitu tempat taruh amal yang kebajikan dan satu daunnya zhulumah iaitu tempat taruh amal kejahatan dan mitsqalnya itu dzarrah supaya nyata adilnya . Maka yang ditimbang itu shurah kebajikan dan kejahatan yang disurat oleh Hafadzah .

Kata qiil : Amalnya itu tetapi dijadikan rupa, lagi berjisim, maka ditimbang akan dia, maka jikalau berat kebajikan daripada kejahatan, dimasukkan ke dalam Syurga dan yang berat kejahatannya daripada kebajikannya dimasukkan kepada Neraka kadar lebihnya itu jua . Dan jikalau bersamaan beratnya dimasukkan ke dalam Syurga jua dengan kurniaNya . Dan hadir pada timbangan itu Nabi kita Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Demikian lagi segala aimmah yang empat melihat mereka itu pada segala orang yang mengikut madzhabnya .

Dan warid daripada hadits orang yang tujuh puluh ribu itu tiada dihisab atasnya mereka itu dan tiada ditimbang akan orang yang tujuh puluh ribu itu dan mensyafaatkan pula tujuh puluh ribu, tiap-tiap seorang daripada mereka itu, maka mereka itu tiada diberi surat lagi tiada ditimbang amalnya kerana adalah pada hisab dan timbang itu jadi masyaqqah keduanya bagi setengah orang yang ‘ashi dan dimudahkan bagi setengah orang Mu΄min, maka keduanya itu ‘ibarat daripada lintangkan kepada Allah Ta‘ala .

Dan adalah pada ketika itu yang memberi syafaat itu iaitu segala Rasul dan orang yang khawash yang mengikut bagi mereka itu . Maka pertama-tama orang yang memberi syafaat itu Nabi kita, maka syafaat yang besar itu iaitu kesenangan daripada panjang wuquf dan memasukkan ke dalam Syurga dengan tiada hisab dan mengeluarkan orang yang ada pada hatinya satu mitsqal dzarrah daripada iman itu tertentu bagi Nabi kita Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Dan bersekutu bagi orang yang lain pula pada mensyafaatkan seperti mengeluarkan orang ahli al tauhid daripada api Neraka dan beberapa jema‘ah orang yang Mu΄min dilepaskan daripada ma’shiatnya . Maka adalah syafaat seorang itu kadar darjatnya pada Allah Ta‘ala . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan