Selasa, 12 Julai 2011

Perihal Kursi Allah ( 'Aqiidatun Najiin )

Go To FaceBook click now
                                                                         
                                        Kursi

Dan wajib pula kita i’tiqadkan Kursi dan iaitu jisim daripada yaqut yang putih yang amat besar . Dan pada satu riwayat, daripada lu’lu’ yang putih yang amat besar lagi nurani . Tempatnya di hadapan ‘Arasy . Dan yang menanggung akan dia empat orang Malaikat, maka adalah kaki mereka itu sampai kepada tujuh petala bumi yang di bawah dengan perjalanan lima ratus tahun . Dan diantaranya dan antara Malaikat yang menanggung ‘Arasy itu tujuh puluh hijab daripada embun dan tujuh puluh hijab daripada nur yang tebal .

Dan tiap-tiap hijab daripadanya perjalanan lima ratus tahun . Dan daripada satu hijab kepada satunya perjalanan limaratus tahun . Dan jikalau tiada demikian itu, nescaya terbakar Malaikat yang menanggung Kursi itu daripada nur Malaikat yang menanggung ‘Arasy . Dan kelebihan besar Kursi atas tujuh petala langit seperti kelebihan padang atas halaqah { bulatan } cincin . Dan kelebihan ‘Arasy atas Kursi seperti kelebihan padang atas halaqah cincin .

Kata Wahab bin Munabbih bahawasa Allah Ta‘ala menjadikan ‘Arasy daripada nurNya . Dan Kursi dengan ‘Arasy berlekat ia . Dan air sekeliannya di dalam Kursi dan air atas angin, ya’ni menanggung akan air itu oleh angin . Dan keliling ‘Arasy itu empat sungai, satu sungai daripada nur yang cemerlang dan satu sungai daripada api yang bernyala-nyala dan satu sungai daripada embun yang berkilat-kilat ia pada penglihatan mata dan satu sungai daripada air tawar 

Dan beberapa Malaikat berdiri di dalam demikian sungai itu mengucap tasbih mereka itu akan Allah Ta‘ala . Dan bagi ‘Arasy itu beberapa pula lidah dengan sebilang-bilang lidah sekelian makhluq, maka mengucap tasbih akan Allah dan menyebutkan dia dengan demikian lidahnya itu .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan