Shirath
Dan wajib pula kita i’tiqadkan Shirath al Mustaqim iaitu titian yang dibentangkan di atas mulut Neraka Jahannam, maka lalu segala ummat atasnya yang dahulu dan yang kemudian hingga kafir sekalipun . Bersalahan bagi Halimi sekira-kira menjalani ia kepada bahawasa mereka itu tiada lalu oleh mereka itu atasnya . Dan mudah-mudahan menghendaki ia akan thaifah yang dilontar akan dia pada Jahannam dengan tiada Shirath .
Dan titian yang dibentangkan di atas mulut Neraka Jahannam itu awalnya pada bumi mauqif dan akhirnya atas pintu Syurga . Dan panjangnya perjalanan tiga ribu tahun, seribu naik dan seribu turun dan seribu rata . Dan seperti demikian itu berkata Mujahid dan Dhahhak . Dan telah berkata Fudhail bin ‘Iyadh : Telah sampai akan kami bahawa Shirath itu perjalanan lima belas ribu tahun, lima ribu tahun naik dan lima ribu tahun turun dan lima ribu tahun rata .
Dan telah berkata Sidi Muhyiddin Ibnu al ‘Arabi : Iaitu tujuh ‘Aqabah dan tiap-tiap ‘Aqabah itu perjalanan tiga ribu tahun, seribu tahun naik dan seribu { tahun } turun dan seribu { tahun } bersamaan .
Maka ditanyakan hamba daripada iman atas ‘Aqabah yang pertama, maka apabila datang akan dia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang kedua .
Maka ditanya daripada sembahyang, maka apabila datang akan dia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang ketiga .
Maka ditanya daripada zakat, maka jika datang ia dengan sempurnanya, lalu ia kepada ‘Aqabah yang keempat .
Maka ditanya daripada puasa, maka jika datang ia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang kelima .
Maka ditanya daripada hajinya dan umrahnya, maka jika datang ia dengan sempurna keduanya, lalu ia kepada ‘Aqabah yang keenam .
Maka ditanya daripada thaharah, maka jika datang ia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang ketujuh .
Maka ditanya daripada menzalim, maka jika tiada berbuat zalim ia akan seorang, maka lalu ia kepada Syurga .
Dan jika taqshir ia pada suatu daripada segala perkara itu, dihabas { dikurung } akan dia di sisi tiap-tiap ‘Aqabah daripadanya seribu tahun hingga menghukum oleh Allah Ta‘ala dengan barang yang menghendaki Ia .
Dan tersebut di dalam setengah atsar bahawa ditanyakan pada ‘Aqabah yang ketiga daripada puasa Ramadhan dan pada ‘Aqabah yang keempat daripada zakat .
Dan Jibril pada awalnya dan Mikail pada pertengahannya, bertanya keduanya akan segala manusia daripada umur mereka itu pada barang yang memfanakan oleh mereka itu akan dia di dalam tha‘at Allah Ta‘ala atau ma’shiatnya dan daripada muda mereka itu pada barang yang memfana oleh mereka itu akan dia dan daripada amal mereka itu apalah yang beramal mereka itu dengan dia dan harta mereka itu daripada mana berusaha mereka itu akan dia dan di mana menafqahkan oleh mereka itu ?
Bermula segala Malaikat itu berdiri mereka itu pada pihak kanan dan pihak kiri menyambar oleh mereka itu akan makhluq dengan pengait . Dan iaitu syahwat dunia menyerupai dengan rupa pengait seumpama duri kiak-kiak seperti barang yang tersebut pada hadits . Dan tafaawut oleh mereka itu pada bersegera lalu atas Shirath itu dan setengahnya lambat atas sekira-kira luas nurnya dan piciknya { sempitnya } .
Maka lebar Shirath itu atas tiap-tiap seorang dengan kadar luas nurnya . Maka tiada berjalan seorang di dalam nur seorang yang lain, maka dari kerana inilah halus ia pada hak satu kaum dengan bahawa tiada ada nur bagi mereka itu dan iaitu segala mereka yang kafir, maka gugur mereka itu ke dalam Neraka hingga berkekalan selama-lamanya kerana tiada diampun daripadanya . Dan adalah segala orang yang lalu atas Shirath itu tiada berkata-kata mereka itu melainkan Anbiya΄, maka berkata mereka itu :
ﺴﻟّﻡ ﺴﻟّﻡ ﺍﻟﻟّﻬﻡّ
Ertinya : Ya Allah !!! Selamatkanlah, selamatkanlah .
Maka tatkala bersalahan mereka itu, maka setengahnya seperti kilat yang menyambar dan setengahnya seperti angin dan setengahnya seperti burung terbang dan setengahnya seperti kuda yang berlari . Maka ada yang berjalan, maka ada yang mengesot dan setengahnya orang yang gugur kakinya ke dalam Neraka iaitu kafir dan munaafiq dan ‘ishyaan { orang yang berma’shiat } .
Maka adalah Shirath itu titian yang sangat halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang, dibentangkan di atas mulut Neraka Jahannam sekira-kira kepala api Jahannam itu lalu di atas Shirath kadar satu mil, ya’ni nisbah kepada orang yang kafir dan orang yang ‘ashi . Bersalahan orang yang Mu΄min yang kamil, maka luas ia atas kadar nurnya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan