Rabu, 4 Julai 2012

Puasa Siri 1

Ini Kitab Pada Menyatakan Shaum Ertinya : Puasa

( Bermula ) Erti shaum pada lughah ialah imsak, ya’ni menahan diri daripada barang suatu dan diam daripada berkata . Dan erti shaum pada Syara’ ialah menahani diri daripada yang membatalkan puasa dengan niat yang tertentu yang dilakukan sepanjang hari yang menerima bagi puasa dari seorang Muslim yang ber‘aqal lagi suci daripada haidh dan nifas . Dan dalil yang mengtsabitkan akan fardhunya dahulu daripada ijma’ iaitu firman Allah Ta‘ala :

Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ” .

Dan sabda Nabi s.a.w :

Ertinya : ‘ Diperbuat Islam itu atas lima rukun ’ Hingga akhir hadits .

Maka adalah puasa itu satu rukun daripada segala rukun Islam yang lima . Dan adalah difardhukan Allah Ta‘ala puasa Ramadhan itu pada bulan Sya‘aban pada tahun yang kedua daripada tahun Hijrah .

( Dan adalah ) Fardhunya itu diketahui dengan masyhur daripada perintah Agama Islam, maka barang siapa mengingkarkan wajibnya, jadilah ia kafir dan wajib menyuruhkan dia taubat daripadanya, maka jika enggan ia daripada taubat wajib atas Imam { pemerintah } membunuh dia melainkan jika ada ia baharu masuk Islam atau jadi jauh daripada ‘Ulama΄, maka tiadalah ia jadi kafir sebab ingkarnya akan wajibnya .

( Dan barang siapa ) Meninggalkan puasa kerana segannya dan malasnya, tiada kerana ingkar akan wajibnya seperti katanya ; Puasa Ramadhan wajib atasku tetapi tiada aku puasa kerana segan, dan tiada dengan uzur sakit atau safar, maka hendaklah dipenjarakan akan dia oleh imam di dalam penjara dan tiada diberi akan dia makan dan minum pada siang hari supaya hasil baginya rupa puasa dengan demikian itu . Demikianlah diperbuatkan dia hingga dikerjakannya puasa pada ketika itu, dikeluarkanlah ia daripada penjara . Kata setengah ‘Ulama΄ ; Fardhu puasa bulan Ramadhan tiada tertentu pada Agama Nabi s.a.w kerana tiada daripada ummat daripada segala ummat yang dahulu melainkan difardhukan Allah Ta‘ala atas mereka itu puasa pada bulan Ramadhan seperti firman Allah Ta‘ala :

Ertinya : “ Seperti difardhukan Allah Ta‘ala puasa itu atas segala ummat yang dahulu daripada kamu ” .

( Dan kata ) Setengah ‘Ulama΄ ; Fardhu puasa itu tiada tertentu pada Agama Nabi Muhammad s.a.w, hanya yang tertentu pada Agama Nabi kita iaitu keadaan waktunya pada bulan Ramadhan . Adapun tasybiih ( penyamaan ) pada ayat Al Quran itu pada diri puasa, tiada pada waktunya . Kata Syeikh Ibnu ‘Abdis Salaam ; Bulan Ramadhan itu terafdhal daripada segala bulan hingga daripada sepuluh hari bulan Dzulhijjah sekalipun kerana tersebut di dalam hadits yang shahih bahawa Ramadhan itu penghulu segala bulan .

( Dan harus ) Puasa Ramadhan itu kurang sehari daripada tiga puluh hari kerana bulan Ramadhan terkadang genap tiga puluh dan terkadang kurang daripadanya dan pahala bersamaan jua melainkan kaum Syiah, maka tiada diharuskan mereka itu kurang sehari daripada tiga puluh hari . Maka betapa kiranya tiada diharuskan mereka itu kurang sehari padahal Nabi s.a.w adalah ia puasa pada tiap-tiap Ramadhan kurang daripada tiga puluh hari melainkan sebulan jua yang genap puasanya tiga puluh hari .

( Bermula ) Wajib puasa Ramadhan itu dengan genap Sya‘aban tiga puluh hari jikalau ada langit itu ghubaar ( mendung ) sekalipun atau dengan melihat bulan seorang laki-laki yang ‘adil kemudian daripada masuk matahari pada malam yang ketiga puluh daripada bulan Sya‘aban dan tiada memadai melihat bulan dengan waasithah teropong umpamanya kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : ‘ Puasalah kamu dengan melihat bulan dan berbuka kamu dengan melihat bulan maka jika tiada kelihatan bulan sebab raguan umpamanya, maka sempurnakan oleh kamu bilangan bulan Sya‘aban tiga puluh hari ’ .

( Dan demikian lagi ) Wajib puasa Ramadhan dengan khabar yang mutawaatir pada melihat bulan kerana khabar yang mutawatir itu memberi faedah ia akan ‘ilmu yang dharuri .

( Dan demikian lagi ) Wajib puasa Ramadhan dengan zhan akan masuk bulan Ramadhan yang hasil zhannya itu dengan ijtihad tatkala serupa bulan Ramadhan dengan bulan yang lain pada hak orang yang baharu masuk Islam atau orang yang tertawan atau hasil zhannya itu dengan tanda yang sangat nyata pada menunjukkan atas masuk bulan Ramadhan sekira - kira tiada tersalah ia pada ‘adat seperti melihat segala qandil yang terpasang di atas menara atau mendengar bunyi meriam atau barang sebagainya daripada yang ter‘adat akan jadi tanda awal bulan Ramadhan . Dan tiada wajib, lagi tiada sah puasa Ramadhan dengan kata Munajjim iaitu orang yang berpegang atas bintang pada mengetahui awal bulan .

( Dan demikian lagi ) Tiada wajib lagi tiada sah puasa Ramadhan dengan kata Haasib iaitu orang yang berpegang atas segala manzilah bulan dan atas kira-kira perjalanannya pada segala manzilah itu . Dan tiada harus bagi seseorang taqlid bagi kata Munajjim dan Haasib itu pada puasa Ramadhan tetapi harus bagi keduanya mengamalkan dengan hisabnya puasa dan berbuka puasa tetapi bersalah-salahan ‘Ulama΄ puasanya, adakah memadai ia daripada puasa Ramadhan atau tiada ? Maka yang diperpegangi oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah ; Tiada memadai puasanya itu akan fardhu Ramadhan dan yang diperpegangi oleh Syeikh Ramli di dalam Nihaayah ; Memadai akan dia daripada fardhu Ramadhan . Dan tiadalah kebilangan kata orang yang berkata ; Telah mengkhabari akan daku Nabi Muhammad s.a.w di dalam mimpiku bahawasanya esok hari bulan Ramadhan, maka tiada harus bagi tiap-tiap seseorang mengamalkan dia pada puasa dan pada lainnya tetapi tiada kerana syak pada melihat dia, hanya kerana ketiadaan dapat diperpegangi pengingat orang yang tidur .

Syahdan ﴿ Tak dapat tiadalah yang melihat bulan itu daripada naik saksi di hadapan Qadhi dengan lafadz : Naik saksi aku bahawasanya aku melihat anak bulan Ramadhan . Dan tiada memadai pada saksinya jika dikatanya ; Esok hari bulan Ramadhan . Dan tiada disyaratkan pada saksinya itu terdahulu dakwa di hadapan Qadhi dan tiada diberati saksi itu menyebutkan shifat bulan dan tempatnya . Dan disyaratkan pada yang melihat bulan bahawa ada ia ‘adil syahadah, maka tiada memadai jika ada yang melihat bulan itu sahaya dan perempuan . Dan demikian lagi, laki-laki yang fasiq dan kanak-kanak tetap wajib atas mereka itu puasa sendirinya, lain daripada kanak-kanak .

( Dan demikian lagi ) Wajib pula puasa atas orang yang percaya akan kata orang yang fasiq yang melihat bulan dan tiada disyaratkan pada saksi itu ‘adil pada bathinnya iaitu yang berkehendak kepada orang yang membenarkan dia, hanyasanya memadailah padanya ‘adil pada zhahirnya seperti ada ia tertutup daripada segala perkara yang menegahkan bagi ‘adil apabila naik saksi yang melihat bulan di hadapan Qadhi, maka tak dapat tiadalah daripada kata Qadhi ; Hanya tsabitlah bulan Ramadhan pada aku dengan saksinya, atau ; Aku hukumkan dengan saksinya pada tsubuut bulan Ramadhan . Demikianlah disebutkan Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah . Bermula dalil yang mentsabitkan memadai seorang saksi pada melihat bulan Ramadhan iaitu hadits Ibnu ‘Umar r.h katanya :

Ertinya : Telah ku khabari akan Nabi s.a.w akan bahawasanya aku melihat bulan Ramadhan, maka puasalah Nabi Allah dan disuruhkannya akan segala manusia mempuasakan dia .

( Bermula ) Hikmah pada tsubuut bulan Ramadhan dengan seorang saksi, tiada bulan yang lain iaitu mengupayakan dan memeliharakan bagi puasa, maka dari kerana itulah tiada dipadakan dengan seorang saksi melainkan dengan nisbah bagi puasa dan yang mengikut dia seperti taraawih dan i’tikaf dan umrah yang dita’liqkan keduanya dengan masuk bulan Ramadhan . Bersalahan yang lain daripada puasa dan yang mengikut dia, maka tiada dihukum Ramadhan tiadalah jadi tunai hutang yang bertangguh hingga Ramadhan dengan seorang saksi pada melihat bulan Ramadhan . Dan tiada jatuh dengan dia thalaq dan merdeka yang dita’liqkan keduanya dengan masuk bulan Ramadhan tetapi tsabit yang demikian itu pada hak orang yang melihat dia, maka kerana itulah wajib akan dia puasa dan jika ada ia fasiq sekalipun . Dan apabila puasa kita dengan saksi seorang ‘adil tiga puluh hari genap, maka wajiblah kita berbuka puasa tiada melihat bulan dan tiada ada raguan di langit sekalipun . Dan apabila dilihat bulan pada suatu negeri, wajiblah puasa atas isi negeri yang hampir dengan dia iaitu yang muwaafaqat mathaali’ mereka itu dengan mathaali’ isi negeri yang melihat bulan . Dan tiada wajib puasa atas isi negeri yang jauh iaitu yang bersalahan mathaali’ mereka itu dengan mathaali’ negeri yang melihat bulan itu . Bersalahan sebab bersalahan mathaali’ dan bersalahan jauh negeri daripada khatulistiwa melainkan jika dihukumkan oleh Qadhi mukhaallif ertinya penguasa yang menyalahi Madzhabnya seperti Hanafi umpamanya dengan tsabit bulan pada negeri yang jauh yang tiada melihat bulan, maka tatkala itu wajib atas kita Syafi‘iyyah mengamalkan hukumnya dengan wajib puasa, kata Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah naqal daripada kitab Shaahibul Anwar .

( Bermula ) Dikehendaki dengan bersalahan mathaali’ itu bahawa berjauh-jauhan antara dua tempat sekira-kira jikalau dilihat bulan pada suatu daripada dua tempat itu nescaya tiada dilihat ia pada tempat yang kedua pada ghaalib . Dan kata Syeikh Al Taj Al Tibriizii ; Tiada dapat bersalahan mathaali’ itu pada yang kurang daripada dua puluh empat farsakh .

( Bermula ) Syak pada bersalahan mathaali’ itu seperti yakin jua kerana asal ketiadaan wajib puasa tetapi tempatnya jika tiada nyata kemudiannya muwaafaqat kedua mathaali’ itu . Dan jika nyata muwaafaqatnya, maka wajiblah qadha΄ atas mereka itu . Kata Syeikh Ramli di dalam Nihaayah naqal daripada Imam Subki dan yang mengikut dia seperti Asnawi dan lainnya ; Apabila bersalahan mathaali’ antara dua negeri, lazimlah daripada lihat bulan negeri yang pihak masyriq bahawa lihat bulan itu pada negeri yang pihak maghrib dengan tiada ‘akasnya, ya’ni jika bersuatu jihah junuub atau syamaal dan bersamaan jauhnya daripada khatulistiwa kerana terdahulu masuk malam pada negeri yang pada pihak masyriq daripada malam pada negeri yang pihak maghrib .

( Dan demikian lagi ) Terdahulu terbit matahari dan gelincirnya pada negeri yang pihak masyriq pada negeri yang pada pihak maghrib . Maka dari kerana inilah jikalau mati dua orang yang berwaris-warisan, seorang pada pihak masyriq dan yang seorang pada pihak maghrib dan adalah waktu mati keduanya pada gelincir matahari negerinya nescaya mewaris yang mati pada pihak maghrib akan yang mati pada pihak masyriq tiada ‘akasnya kerana terkemudian mati yang pada pihak maghrib daripada yang pihak masyriq . Kata Syeikh ‘Abdullah ‘Umar Ba Makhramah ; Apabila adalah tafaawut ( perbezaan ) masuk matahari antara dua negeri delapan darjah atau kurang daripada segala darjah malam dan siang, maka kedua negeri itu muwaafaqat keduanya pada mathaali’ dan jika ada tafaawutnya itu lebih daripada delapan darjah, maka kedua negeri itu bersalahan pada mathaali’ . Dan hanyasanya dibilangkan delapan darjah kerana bahawasanya ia sekurang-kurang masa yang didhabithkan ( ditetapkan ) dengan dia perhentian bulan di tepi langit kemudian daripada masuk matahari .

( Bermula ) Wajah didhaabithkan muwaafaqat mathla’ dengan yang demikian itu kerana bahawasanya apabila ditaqdirkan dilihat bulan pada negeri gharbiy ( sebelah barat ) tatkala masuk matahari, maka lazimlah dilihat pula ia pada negeri yang antara negeri gharbiy delapan darjah atau kurang dan bahawasanya isi kedua negeri itu bersekutu pada melihat bulan di dalam satu ketika mitsalnya apabila adalah tafaawut antara dua masuk matahari pada dua negeri itu enam darjah, maka negeri syarqiy ( sebelah timur ) terdahulu masuk matahari pada negeri gharbiy dengan kadar enam darjah jua . Maka apabila adalah bulan pada had yang dapat dilihat di tepi langit negeri syarqii dan tiada ada di sana umpama raguan yang mendindingi dia nescaya melihatlah akan dia isi negeri syarqii dahulu daripada isi negeri gharbiy dengan kadar enam darjah iaitu umpama dua khu mus saa‘ah ( lebih kurang 24 minit ) . Maka kemudian daripada lalu enam darjah lamanya melihatlah pula akan dia isi negeri gharbiy, maka pada ketika itulah mula masuk matahari negeri gharabiy, maka bersekutulah isi kedua negeri itu pada melihat bulan di dalam satu ketika kadar lama dua darjah kemudian daripada masuk matahari negeri gharbiy, maka yang dua darjah itulah tamam delapan darjah .

( Dan adapun ) Kemudian daripada dua darjah itu enam darjah yang tinggal perhentian bulan di tepi langit negeri gharbiy, maka dituntut melihat bulan pada masa itu isi negeri gharbiy, tiada isi negeri syarqiy kerana bulan sudah ghaalib pada tepi langit mereka itu seperti bahawasanya isi negeri syarqiy tertentu mereka itu dengan melihat bulan di dalam bulan enam darjah yang pertama lalu kemudian daripada masuk matahari negeri syarqiy dan dahulu daripada masuk matahari negeri gharbiy, hingga inilah akhir perkataan Syeikh ‘Abdullah ‘Umar Ba Makhramah . Maka atas kata ini nyatalah bahawasanya tiada lazim daripada dilihat bulan pada negeri syarqiy bahawa dilihat pula akan dia pada negeri gharbiy dan iaitu menyalahi akan perkataan Imam Subki yang telah tersebut itu .

Syahdan ﴿ Jikalau pergi seseorang pada isi negeri yang melihat bulan kepada negeri yang tiada dilihat bulan dalamnya lagi bersalahan keduanya pada mathaali’, wajiblah atasnya muwaafaqat akan mereka itu pada puasa pada akhir bulan mereka itu dan jikalau sudah genap puasanya tiga puluh hari sekalipun dari kerana ia sebab pindah kepada mereka itu, jadilah ia jumlah daripada mereka itu . Inilah hukumnya jika sampai ia kepada negeri mereka itu di dalam hari rayanya, maka hendaklah ia imsak pada yang tinggal daripada harinya .

( Dan demikian lagi ) ‘Akasnya, ya’ni jikalau pergi seseorang daripada isi negeri yang tiada melihat bulan kepada negeri yang dilihat dalamnya bulan yang bersalahan kedua negeri itu pada mathaali’, wajiblah atasnya muwaafaqat akan mereka itu pada berbuka puasa .

( Dan jika ) Ada puasanya itu kurang dua hari daripada tiga puluh sekalipun kerana ia sebab berpindah kepada mereka itu jadilah ia jumlah daripada mereka itu dan hendaklah diqadha΄ nya sehari jika ada ia puasa dua puluh delapan hari dari kerana yang sebulan tiada ada ia dua puluh delapan hari . Maka jika puasa ia dua puluh sembilan hari, maka tiadalah qadha΄ atasnya kerana bahawasanya yang sebulan terkadang ada ia dua puluh sembilan hari .

Dan tiada memadai melihat bulan pada siang hari, sama ada puasa atau berbuka dan jikalau dahulu daripada gelincir matahari sekalipun, maka jika dilihat bulan Ramadhan pada hari yang ketiga puluh daripada bulan Sya‘aban, tiadalah wajib atas kita imsak dan jika dilihat bulan Syawal pada hari yang ketiga puluh daripada bulan Ramadhan janganlah kita berbuka .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan