Fashal Pada Menyatakan Segala Syarat Wajib Puasa Ramadhan
( Bermula ) Syarat wajib puasa itu empat perkara :
( Pertama ) ‘Aqil . Maka tiada wajib puasa atas orang yang hilang ‘aqalnya sebab gila atau pitam atau mabuk yang tiada derhaka ia dengan sebabnya .
( Kedua ) Baligh . Maka tiada wajib puasa atas kanak-kanak .
( Ketiga ) Islam, jikalau Islam pada masa yang telah lalu sekalipun . Maka wajib atas yang murtad mengqadha΄ puasanya apabila kembali ia kepada Islam dari kerana ia Islam pada masa yang telah lalu . Dan tiada wajib puasa atas kafir yang asli dan apabila masuk Islam ia, tiada wajib atasnya mengqadha΄ puasa yang ditinggalkannya pada masa kufur .
( Bermula ) Dikehendaki dengan tiada wajib atas kafir puasa dan barang sebagainya seperti shalat dan zakat, ya’ni tiada dituntut dengan dia dan tiada disuruhkan ia dengan dia di dalam dunia tetapi dituntut ia dan disiksa ia di dalam akhirat sebab meninggalkan dia .
( Dan syarat yang keempat ) Kuasa atas puasa pada hissi dan pada Syara’ . Maka tiada wajib puasa atas yang tiada kuasa sebab sakit atau sangat tua . Dan tiada wajib ia atas orang yang haidh dan orang yang nifas kerana bahawasanya keduanya itu dibilangkan tiada kuasa puasa pada Syara’ .
﴾ Soal ﴿ Apabila tiada wajib atas keduanya puasa lagi haram ia atas keduanya maka betapa jua kiranya diwajibkan atas keduanya mengqadha΄ puasa yang ditinggalkannya di dalam masa haidh dan nifas ?
﴾ Jawab ﴿ Bahawasanya wajib qadha΄ atas keduanya dengan shurah yang baharu jua, maka hendaklah diniatkannya oleh keduanya puasa qadha΄ tiada adaa΄ dari kerana ia dikerjakan di luar waktunya yang telah ditentukan baginya oleh Syara’ .
﴾ Syahdan ﴿ Wajib atas wali menyuruhkan kanak-kanak dengan mengerjakan puasa tatkala genap umurnya tujuh tahun apabila ada ia mumaiyyiz lagi kuasa ia puasa dan wajib atasnya memalu dia atasnya meninggalkan puasa tatkala genap umurnya sepuluh tahun jika kuasa ia puasa seperti perintah shalat jua .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan