Selasa, 21 Jun 2011

Khilaf Shifat Ma’nawiyah Fariidatul Faraaid ( Siri 17 )



( Tanbih ) Ketahui olehmu bahawasa al kaunuhu qaadiran, al kaunuhu muriidan, al kaunuhu ‘aaliman hingga akhirnya itu tsabit sekeliannya dengan tiada khilaf, maka wajib ia bagi Allah Ta‘ala dengan ijma’ atas Madzahb Ahlis Sunnah dan Mu΄tazilah dan atas Madzhab ‘Ulama΄ yang menyabitkan ahwal dan ‘Ulama΄ yang menafikan ahwal .

Dan hanya sungguhnya khilaf itu pada keadaannya beberapa shifat yang lebih atasnya, bahkan ia amrun i’tibaariyyah jua, ertinya beberapa perkara yang dii’tibarkan kepada dzihin jua, tiada ada ia pada kharij, maka tatkala itu, maka makna ingkarkan akan ahwal pada mereka yang menafikan dia itu, ingkar lebihnya atas ma‘ani, tiada ingkarkan keadaanNya Subhaanahu wa Ta‘ala yang kuasa matsalan daripada asalnya kerana bahawasa yang demikian itu kufur kerana bahawasanya ia perkara yang diijma’kan atasnya sehingga-hingganya tiada wajib kita bilangkan dia atas jalan tafshil atas qaul yang rajih . Dan wajib beriman dengan dia kerana ia setengah daripada segala kesempurnaan .

Dan demikian lagi jadi kafir orang yang menafikan shifat nafsiyah atawa sesuatu daripada shifat salbiyah atawa i’tiqad ia akan baharu demikian itu atawa keadaanNya makhluq atawa syak ia pada sediaNya dan baharuNya atawa terhenti ia pada yang demikian itu .

( Adapun ) Orang yang menafikan shifat ma‘ani seperti Mu΄tazilah yang berkata mereka itu ; tiada bagi Allah itu shifat ma‘ani, bahkan Allah Ta‘ala itu qaadirun dengan dzatNya, muriidun dengan dzatNya, maka tiada ia jadi kafir, tetapi adalah fasiq dan mubtadi’ melainkan jika menafi ia akan ma‘ani serta menyabitkan lawannya, maka menjadi kafir ia . Wal ‘iyyaadzu billaahi Ta‘ala .

( Dan menjalani ) Pula Qadhi dan Iman Haramain atas mengitsbatkan shifat ( idrak ) ertinya mendapat . Dan ia pada mereka itu shifat yang qadiimah yang berdiri pada dzat Allah Ta‘ala . Mendapat Ia dengan dia akan segala yang disentuh segala yang dicium dan segala yang dikecap dengan ketiadaan berhubung dengan dia segala yang tersebut itu . Dan kata qiil ; didapatkan dengan dia segala maujud .

( Dan mustahil ) Lawannya iaitu ketiadaan mendapat . Dan menjalani Maturidiyyah atas mengitsbatkan shifat ( takwiin ) ertinya mengada-adakan dan ia pada mereka itu shifat yang qadiimah yang berdiri pada dzat Allah Ta‘ala mengada Ia dengan dia akan sesuatu dan meniada Ia dengan dia akan sesuatu tetapi jika ta‘alluq dengan mengadakan dinamakan iijad . Dan jika ta‘alluq dengan meniadakan dinamakan i’daam . Dan jika ta‘alluq dengan dengan menghidupkan dinamakan ihya΄ . Dan jika ta‘alluq memberi rezeki dinamakan rizq . Demikianlah engkau qiyaskan .

( Dan ) Menafikan shifat takwiin ini oleh ‘Asyaa‘irah . Dan menjadi mereka itu akan segala yang tersebut itu beberapa ta‘alluq tanjizi hadits bagi qudrat .

( Dan mustahil ) Lawannya iaitu ketiadaan mengada-adanya .

( Dan ) Atas mengitsbatkan shifat idrak dan shifat takwiin berkata setengah Muhaqqiqin yang mutaakhkhirin bahawa yang terlebih hampir ditambahkan pula pada shifat ma’nawiyah akan dua shifat

Pertama ( Kaunuhu Ta‘ala mudrikan ) Ertinya keadaan Allah Ta‘ala yang mendapatkan dan melazimi ia akan shifat idrak .

( Dan ) Mustahil lawannya .

Kedua ( Kaunuhu Ta‘ala mukauwwinan ) Ertinya keadaanNya Ta‘ala yang mengada-adakan .

( Dan ) Mustahil lawannya .

( Maka ) Atas barang yang tersebut ini jadilah segala shifat yang wajib bagi Allah Ta‘ala itu dua puluh empat shifat dan segala yang mustahil atasnya dua puluh empat pula .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan