Berkata Allah Subhaanahu wa Ta‘ala :
Aku naik saksi bagi diriKu bahawa tiada Tuhan melainkan Aku jua, padahal EsaKu, tiada sekutu bagiKu dan bahawasanya Muhammad itu hambaKu dan RasulKu .
( 1 )
Dan barang siapa tiada redha ia akan segala hukumKu,
Dan tiada sabar ia atas segala balaKu,
Dan tiada syukur ia akan segala nikmatKu,
Dan tiada memadai ia dengan pemberianKu,
Maka
Keluarkan oleh kamu daripada
BumiKu dan langitKu !!!
Maka tuntutlah oleh kamu
Akan Tuhan yang lain
Daripada
Aku !!!
( 2 )
Dan barang siapa pagi-pagi ia,
Padahal ia dukacita akan dunia,
Maka seolah-olah
Ia marah akan Daku .
( 3 )
Dan barang siapa mengadu-ngadu ia akan kesakitan,
Maka sungguhnya
Mengadu-ngadu ia akan Daku .
( 4 )
Dan barang siapa masuk kepada orang kaya,
Atau bertemu ia dengan dia,
Maka merendah ia akan dirinya
Baginya kerana kayanya,
Nescaya hilanglah
Dua tsuluts { dua pertiga } agamanya .
( 5 )
Dan barang siapa menampar ia akan mukanya,
Atau kepalanya kerana kematian,
Maka seolah-olah ia mengambil ia
Akan lembing membunuh ia
Akan Daku dengan dia .
( 6 )
Dan barang siapa memecah ia
Akan kayu atas kubur mayat,
Maka seolah-olah meruntuh ia
Akan pintu Ka‘abahKu
Dengan tangannya .
( 7 )
Dan barang siapa berkemih { kencing }
Pada barang mana pintu
Yang masuk ia padanya,
Nescaya memasuk ia akan dia
Oleh Allah Ta‘ala
Ke dalam
Neraka
Jahannam .
( 8 )
Dan barang siapa tiada ada ia
Bertambah pada agamanya, ya’ni
Tiada bertambah takutnya akan Allah Ta‘ala,
Maka
Iaitu di dalam kekurangan .
Dan barang siapa ada ia
Di dalam kekurangan,
Maka
Mati itu terlebih baik baginya .
( 9 )
Dan barang siapa mengamal ia akan ‘ilmu
Yang telah mengetahui ia,
Nescaya memberi akan dia
Oleh Allah Subhaanahu wa Ta‘ala
Akan ‘ilmu yang tiada mengetahui ia .
( 10 )
Dan barang siapa panjang angan-angannya,
Nescaya
Tiada hasil dengan dia
Amalnya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan