( Dan harus ) Bagi Allah Ta‘ala memperbuatkan tiap-tiap mumkin atawa meninggalkan perbuatnya . Dan mumkin itu tiap-tiap barang yang harus adanya dan tiadanya .
( Dan dalil ) Atas demikian itu bahawasanya jika wajib atas Allah Ta‘ala memperbuatkan sesuatu atawa meninggalkan dia niscaya jadilah yang jaiz itu wajib atawa jadilah yang jaiz itu mustahil .
( Maka diketahui ) Daripada demikian itu bahawasa Allah Ta‘ala tiada wajib atas memperbuat sesuatu daripada mumkinat . Bersalahan bagi Mu΄tazilah, pada kata mereka itu wajib atas Allah Ta‘ala memperbuat shalah dan ashlah ertinya yang baik dan yang terlebih baik, maka harus bagiNya Ta‘ala memperbuatkan keduanya dan ketiadaan memperbuatkan keduanya .
Dan shalaah itu barang yang memperbetuli fasad seperti iman pada membetuli kufur dan sihat pada membetuli sakit . Dan ashlah barang yang membetuli shalaah seperti memberi makan akan seorang makanan yang sedap pada membetuli memberi makan makanan yang tiada sedap . Dan kata qiil ; keduanya perkara yang satu .
( Dan ) Bersalahan pula bagi Mu΄tazilah pada kata mereka itu ; wajib atas Allah Ta‘ala membangkitkan segala Rusul ‘alahaimush shalaatu was salaam, maka harus bagiNya Ta‘ala membangkitkan mereka dan ketiadaannya .
( Dan ) Bersalahan pula bagi Mu΄tazilah pada menafi mereka itu akan memperlihat Allah Ta‘ala akan dzatNya Yang Maha Tinggi, maka harus bagiNya Ta‘ala bahawa memperlihat Ia akan dzatNya akan hambaNya tetapi tiada jatuh melihatnya di dalam dunia melainkan bagi Nabi kita s.a.w pada malam Isra΄, maka telah melihat ia akan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala dengan dua mata kepalanya di dalam jaga dengan ketiadaan sesuatu kaifiat .
Dan barang siapa mendakwa akan melihatNya Ta‘ala di dalam jaga pada dunia lain daripada Nabi s.a.w, maka tiada syak pada kufurnya (1) Adapun di dalam tidur, maka tiada khilaf pada harusnya dan jatuhnya . Dan lagi akan dilihatkan Dia Subhaanahu wa Ta‘ala oleh Mu΄minun di dalam akhirat dengan tiada kaifiat .
(1) ( Qauluhu ; adapun di dalam tidur, maka tiada khilaf pada harusnya dan jatuhnya ) Dan yang dilihatkan dia di dalam tidur itu jika ada ia dengan wajah yang mustahil atas Allah Ta‘ala, maka iaitulah Subhaanahu wa Ta‘ala Dan jika tiada begitu, seperti bahawa ada ia dengan rupa seorang laki-laki, maka bukannya Ia Ta‘ala, bahkan mitsal yang menjadikan dia oleh Allah Ta‘ala . Dan dikatakanlah tatkala itu bahawasanya melihat ia akan Tuhannya pada jumlah kerana hikmah yang nyata pada ta’bir mimpi dengan bahawa dikatakan penunjuk atas begini-begini .
Dan kata qiil ; Ia Allah Subhaanahu wa Ta‘ala jua . Dan keadaanNya dengan ini wajah hanya sungguhnya dengan i’tibar dzihin orang yang melihat . Adapun pada hakikat, maka tiada Allah Ta‘ala seperti demikian itu . Dan telah ditanyakan setengah Shufiyyah yang mendakwa melihat Nya Subhaanahu wa Ta‘ala di dalam tidur ; betapa engkau melihatkan Dia ? Maka berkata ia ; terpaling penglihatan mataku pada mata hatiku, maka jadilah sekelian aku penglihatan, maka melihatlah aku akan yang tiada seperti umpamaNya sesuatu . ﺍﻫ Bajuri ‘ala Kifaayatul ‘Awam .
( Dan setengah daripada mumkinat ) Itu segala perbuatan hamba yang ikhtiyaariyah, maka telah berlaku padanya tiga Madzhab .
( Pertama ) Madzhab Ahlus Sunnah iaitu bahawasanya tiada bagi hamba pada perbuatan yang ikhtiyaari itu melainkan usaha jua, maka tiada dikerasi akan dia pada perbuatan itu seperti barang yang berkata akan dia oleh thaaifah yang dinamakan Jabariyah . Dan tiada hamba itu yang menjadikannya seperti yang berkata akan dia oleh Mu΄tazilah .
( Kedua ) Madzhab Jabariyah iaitu tiada bagi hamba itu usaha sekali -kali, bahkan ia majbur ertinya dikerasi, seperti satu bulu yang tergantung pada hawa΄ ditiupkan dia oleh angin betapa kehendaknya.
( Ketiga ) Madzhab Mu΄tazilah iaitu bahawasa hamba itu menjadikan segala perbuatan dirinya yang ikhtiyaari dengan qudrat yang dijadikan dia oleh Allah Ta‘ala pada dirinya . Dan adalah Madzhab Ahlus Sunnah itu pertengahan dan seolah-olahnya dikeluarkan antara darah dan tahi, hal keadaannya laban dan bersih .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan