SHIFAT MA'NAWIYAH
( Dan shifat yang pertama ) Daripada segala shifat ini dinamakan shifat nafsiyah, nisbah kepada nafs, dengan makna dzat, kerana tiada melazim ia melainkan akan dzat .
( Dan yang lima ) Kemudian daripadanya shifat salbiyah . Dan makna salbun itu nafi kerana tiap-tiap satu daripadanya menafikan kekurangan daripada Allah Ta‘ala .
( Dan tujuh ) Yang kemudian daripadanya shifat ma‘ani kerana ia beberapa makna yang berdiri dengan dzat Allah Ta‘ala .
( Maka inilah ) Tiga belas shifat serta segala lawannya dan segala dalilnya yang wajib kita ketahuikan dia atas jalan tafshil pada qaul yang rajih qaul Imam Asy‘ari . Bersalahan bagi (5) qaul Qadhi dan Imam Al Haramain bahawasa segala shifat yang wajib diketahuikan atas jalan tafshil itu dua puluh shifat dengan ditambahkan shifat ma’nawiyah yang tujuh .
(5) ( Qauluhu ; qaul Qadhi ) huwa ( dia ) Abu Thaiyyib Bakar Muhammad bin Al Baaqilaani Al Makki . ﺍﻫ
Dan menjalani atasnya oleh Syeikh Sanusi di dalam ‘aqidahnya Matan Ummu Baraahin . Dan ini qaul ialah yang masyhur sekarang ini . Dan yang tujuh (1) ( kaunuhu Ta‘ala qaadiran ) ertinya, keadaanNya Ta‘ala yang kuasa .
(1) ( Qauluhu ; kaunuhu Ta‘ala qaadiran • ertinya keadaanNya yang kuasa ) Ketahui olehmu bahawasa yang dibilangkan shifat pada qaul ini iaitulah kaunuhu qaadiran bukannya qaadirun, maka hanyalah dengan ketiadaan kaunuhu kerana qaadirun itu dzat yang bershifat dengan qudrat, bukannya ia shifat . Demikianlah dikatakan pada enam shifat yang tinggal lagi itu, maka barang siapa i’tiqad bahawasa qaadirun dan muriidun dan ‘aalimun dan hayyan dan samii‘un dan bashiirun dan mutakalliman .
Dan mutakalliman itu shifat adalah i’tiqadnya itu salah dan jika adalah jatuh membilangkan dia shifat itu di dalam beberapa kitab Melayu kerana mengikut bagi setengah daripada kitab ‘Arabiyyah sekalipun, maka bahawasa demikian itu tasaamuh yang keji, maka hendaklah terjaga bagi demikian itu . Wallaahu a’lam . ﺍﻫ Muallifah .
( Dan ) Mustahil keadaanNya yang lemah . Dan makna keadaanNya Ta‘ala yang kuasa itu berdiri qudrat pada dzatNya Ta‘ala atas qaul yang pertama dan sesuatu kelakuan yang menengahi antara maujud dan ma’dum yang lazim ia bagi qudrat pada qaul yang kedua . Dan demikianlah dikatakan pada enam yang lagi akan datang .
Dan ( kaunuhu muriidan ) Ertinya keadaanNya yang menghendaki . Dan mustahil keadaan ada sesuatu dengan ketiadaan kehendakNya .
Dan ( kaunuhu ‘aaliman ) Ertinya KeadaanNya yang mengetahui . Dan mustahil keadaanNya yang jahil .
Dan ( kaunuhu hayyan ) Ertinya keadaanNya yang hidup . Dan mustahil keadaanNya yang mati .
Dan ( kaunuhu samii‘an ) Ertinya keadaanNya yang mendengar . Dan mustahil keadaanNya yang tuli .
Dan ( kaunuhu bashiiran ) Ertinya keadaanNya yang melihat . Dan mustahil keadaanNya yang buta .
Dan ( kaunuhu mutakalliman ) Ertinya keadaanNya yang berkata-kata Dan mustahil keadaanNya yang bisu .
Dan segala dalil shifat ini atas qaul yang mengitsbatkan dia diketahuikan dia daripada segala dalil shifat ma‘ani yang telah lalu . Dan segala shifat ini dinamakan shifat ma’nawiah nisbah kepada ma‘ani kerana bahawasa segala shifat ini melazimkan shifat ma‘ani .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan