Selasa, 21 Jun 2011

Pengajaran Yang Keempat Al Mawaa‘izh Al Badii‘ah


Berkata Allah Ta‘ala :


Hai Anak Adam !!!

Barang siapa berpagi-pagi,

padahal dukacita ia akan dunia,

nescaya tiadalah bertambah

daripada Allah Ta‘ala melainkan jauh

dan tiada bertambah di dalam dunia

melainkan

penyakit

dan tiada bertambah di dalam akhirat

melainkan

murka

dan

melazimkan oleh Allah Ta‘ala

akan hatinya

dukacita yang tiada berkeputusan

daripadanya selama-lamanya

dan

melazimkan oleh Allah Ta‘ala

akan hatinya

bimbang yang tiada selesai daripadanya

selama-lamanya

dan

akan papa yang tiada merasai kaya

selamanya .


Hai Anak Adam !!!

Pada tiap-tiap hari

kurang ia daripada umurmu

dan engkau tiada tahu

dan datang akan dikau pada tiap-tiap hari rezekimu

padahal engkau tiada memuji akan Daku,

maka tiada engkau padakan dengan yang sedikit

dan tiada kenyang engkau dengan yang banyak .


Hai Anak Adam !!!

Tiada jua pada tiap-tiap hari melainkan datang

akan dikau rezekimu daripada pihakKu

dan tiada daripada tiap-tiap malam melainkan

mendatang akan Daku oleh Malaikat

daripada pihakmu

dengan amal yang keji

dan engkau makan akan rezekiKu

padahal engkau derhaka akan Daku

bagi

mu .

Bermula kebajikanKu kepadamu turun ia

dan kejahatanmu kepadaKu naik ia,

maka sebaik-baik Tuhan

dan sebaik-baik yang menolong bagimu, Aku

dan sejahat-jahat hamba itu, engkau bagiKu

dan engkau pinta daripadaKu,

maka { Aku } beri akan dikau

dan Aku tutup atasmu

akan suatu kejahatan

kemudian daripada suatu kejahatan

dan satu ‘aib

kemudian daripada satu ‘aib .


Bermula Aku itu,

malu Aku daripadamu

dan engkau itu tiada malu daripadaKu

dan engkau lupa akan Daku

dan engkau ingatkan

akan yang lain daripadaKu

dan engkau takut akan manusia

dan tiada engkau takut akan Daku

dan engkau takut daripada marah manusia

dan tiada engkau takut akan

murkaKu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan