Jumaat, 8 Julai 2011

18 Golongan yang Tidak Diampunkan ( Muhimmah ) siri 23






Adapun yang telah tsabitlah daripada beberapa riwayat yang banyak perhimpunan orang yang diharamkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala daripada ampunNya bagi segala dosa mereka itu, iaitu lapan belas bahagi pada malam yang di ampun beberapa banyak dosa daripada segala makhluq, iaitu malam Nisfu Sya’ban kerana banyak kebajikan dan rahmat di dalamnya melainkan sekelian orang yang lagi akan datang sebutannya tiadalah mengampun Allah Subhanahu Wa Ta‘ala akan dosa mereka itu kerana mendatangkan kejahatan yang amat besar barang yang mengerjakan mereka itu akan dia melainkan jikalau taubat mereka itu dengan taubat yang nashuha :


  ﺍﻠﻘﺎﺘﻞ  ﴿
1. Ertinya : Orang yang membunuh orang dengan tiada sebenarnya .




  ﻋﺭّﺍﻑ  ﴿
2. Iaitu : Orang yang mengkhabarkan daripada yang telah lalu yang tiada tsabit ambilnya yang shahih, seperti orang yang bercerita  bahaari ( cerita-cerita berunsur jahat ) dan berhubung .

Dan kata setengah ‘Ulama΄, ‘arraaf itu iaitu : Orang yang mengatakan bahawa : Sungguhnya aku mengetahui yang mencuri dan tempat yang hilang .

  ﺍﻠﻤﺼﻭّﺭ  ﴿
3. Iaitu : Orang yang mengerjakan suatu rupa daripada binatang, dan jikalau tiada bandingan sekalipun, seperti kuda yang bersayap .


  ﺨﻤﺭ   ﻤﺪﻤﻦ  ﴿
4. Iaitu : Orang yang mengekali minum arak dan dihubungkan pula dengan dia sekelian yang memabuki, maka iaitu haram lagi dosa yang besar, tiada diampun Allah Subhaanahu wa Ta‘ala akan dia .


  ﺍﻠﺯّﻧﺎ   ﻤﺪﻴﻡ  ﴿
5. Iaitu : Orang yang mengekalkan zina, maka iaitu daripada dosa yang besar yang tiada diampun akan dia .


  ﺍﻠﻮﺍﻠﺪﻴﻦ   ﻋﺎﻕّ  ﴿
6. Iaitu : Orang yang menderhakakan dua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya .


  ﺴﺎﺤﺭ  ﴿
7. Iaitu : Orang yang mengerjakan suatu yang jahat supaya menambah daripadanya pekerjaan yang menyalahi ‘adat, seperti balik mata dan lainnya, maka iaitu haram lagi dosa yang besar .

  ﻜﺎﻫﻦ  ﴿
8. Iaitu : Orang yang menujum, ya’ni orang yang mengkhabarkan akan pekerjaan yang lagi akan datang yang ghaib-ghaib hal keadaannya memegang kerana memberi bekas bagi suatu alamat yang hadits, seperti katanya : ‘ Manakala naik bintang ini, maka begini-begini hasilnya dan manakala jatuh bintang ini, maka begini-begini hasilnya ’, maka adalah yang demikian itu haram dengan terkadang-kadang menjadi kufur .

Dan kata setengah ‘Ulama΄ : ‘ kaahin itu, iaitu orang yang mendakwa bahawa sungguhnya ada daripadanya taulan daripada jin yang mengkhabarkan padanya akan segala masa yang lagi akan datang di dalam zaman yang lagi akan datang 

Dan setengah daripada kaahin itu, iaitu orang yang mengatakan akan mengetahui khabaran yang ghaib dengan faham yang telah dianugerahkan yang hilang .

Dan demikian lagi menujum, iaitu orang yang mengkhabarkan daripada perintah yang lagi akan datang dengan terbitnya dan pada masuknya daripada jalannya, maka sekelian pekerjaan yang demikian itu haram jua kerana bahawa sungguhnya mengetahui khabar yang ghaib-ghaib pada halnya pada seorang jua pun yang mengetahui akan dia melainkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala .

Kata segala ‘Ulama΄ : Haramlah memakai segala pekerjaan yang demikian itu dan haram pula pergi ke rumahnya dan membenarkan kata mereka itu dan haram pula memberikan upah kepada mereka itu, maka wajiblah atas barang siapa jatuh di dalam segala pekerjaan yang tersebut itu bersegeralah taubat daripadanya .



  ﺤﺴﺪ  ﴿
9. Iaitu : Orang yang berdengki-dengki sama Islam, maka makna dengki itu mencita-citakan hilang ni’mat pada orang yang lain dan suka kedatangan bala΄ dan mudharat atasnya .


  ﻓﺘﺎﻦ  ﴿
10. Iaitu : Orang yang mengadu-ngadu antara manusia supaya berkelahi seperti ia memindahkan perkataan dua orang supaya berkelahi, maka iaitu haram lagi dosa besar dan dihubungkan pula orang yang menuduhkan orang dan orang yang berpaling daripada bertutur antara dua orang, ya’ni tiada bertegur lebih daripada tiga hari dengan tiada kerana uzur Syara’ .


  ﻏﻴﺑﺔ  ﴿
11. Iaitu : Orang mengumpat-ngumpat akan manusia, istimewa pula mengumpat orang yang ‘alim dan orang yang mengamalkan
Al Quran .


  ﺍﻠﻌﺸﺎﺭ  ﴿
12. Iaitu : Orang yang mengambil cukai daripada harta manusia, maka yang demikian itu haram lagi dosa yang amat besar lagi yang sangat susah ketakutan huru-haranya pada hari yang di ambil balasan atas mereka itu, iaitulah hari yang dibangkitkan segala makhluq daripada kubur mereka itu .

  ﻤﺿﺭّﺏ  ﴿
13. Iaitu : Orang yang melakukan mata bendanya dengan bersumpah yang dusta atau mereka itu mengerjakan yang haram, seperti menipu daya pada sukatan dan timbangan dan dihubungkan pula orang yang memakan riba, maka adalah yang demikian itu haram lagi dosa yang amat besar .


  ﺭﺍﻔﺿﻲ  ﴿
14. Iaitu : Orang yang benci ia akan seorang daripada Shahabat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan tiap-tiap orang yang bid‘ah .


  ﻋﺠﺑﺎ   ﺭﺪﺍﺀﻩ   ﻴﺠﺭّ   ﻤﻦ  ﴿
15. Iaitu : Orang yang menghelakan selendangnya kerana menghairankan dirinya .


  ﺍﻟﺸﻄﺭﻧﺞ   ﻻﻋﺏ  ﴿
16. Iaitu : Orang yang bermain catur .


 ﺍﻟﻜﻭﺑﺔ   ﺼﺎﺤﺏ  ﴿
17. Iaitu : Orang yang bermain gendang yang kecil tengahnya luas dua tepinya, tetapi tepi yang ada kulitnya itu terlebih luas daripada yang tiada berkulit pada sekarang .


  ﻋﺭﻴﻄﻲ  ﴿
18. Iaitu : Orang yang bermain rebab, biola dan serunai .

Tetapinya sekelian yang tersebut itu jikalau tiada mereka itu taubat ia kemudian daripada bermain sekelian yang tersebut itu dengan taubat yang shahih dengan segala syaratnya, maka jikalau taubat ia kemudian daripadanya, maka bahawa sungguhnya diampun Allah Subhaanahu wa Ta‘ala akan sekeliannya, maka adalah ia daripada jumlah orang yang beroleh kemenangan pula kerana orang yang taubat daripada dosanya itu seperti orang yang tiada berdosa .

Maka segeralah olehmu hai segala orang yang berkehendak kemenangan akhirat kepada taubat sebelum lagi kedatangan maut dan tinggalkan olehmu pula akan mengerjakan pekerjaan yang lalai daripada dzikrullah Ta‘ala dan daripada mengerjakan taat akan dia dan tinggalkan olehmu pula daripada mengerjakan pekerjaan yang terpedaya dan segala pekerjaan yang derhaka kepada Tuhan kamu mudah-mudahan digantikan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala dengan sebesar-besar kurnia dan dengan limpah rahmatNya akan sejahat-jahat amal kamu kerana firman Allah Ta‘ala :

…. ﭐﻟﺴّّﺋﺎﺖ   ﻴﺫﻫﺑﻦ   ﭐﻟﺤﺴﻧٰﺖ   ﺇﻦّ

Ertinya : “…Sungguhnya segala amal yang kebajikan itu menghapuskan ia akan segala perbuatan yang kejahatan….
( Shurah Hud Ayat 114 )

Maka inilah jumlah daripada perbuatan kejahatan dan permainan yang diharamkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala daripada ampun bagi segala orang yang tersebut itu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan