Jumaat, 8 Julai 2011

Cemburu Bagi Lelaki ( Muhimmah ) siri 20







Ini suatu tanbih pula

Maka hendaklah ada bagi lelaki yang ada baginya isterinya itu di dalam cemburuan yang pertengahan, iaitu sekira-kira jangan dibiarkan isterinya itu berkata-kata dengan lelaki yang helat ( ajnabi ) dan jangan dibiar seorang lelaki yang helat masuk ke rumahnya dengan tiada hadir ia serta isterinya itu . Dan jangan pula diberi berpandangan dengan yang tersebut itu .

Maka sayugianya dan sepatutnya ada bagi suaminya itu menaruh cemburuan kerana wajib atasnya memeliharakan ahlinya daripada dijahati oleh orang seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺍﻟﻘﻟﺏ   ﻤﻧﻜﻭﺱ  ﺇﻻّ   ﻴﻐﺎﺭ     ﺍﻤﺭﺀ  ﻤﻥ   ﻭﻤﺎ   ﻟﻐﻴﻭﺭ  ﺇﻧّ

Ertinya : ‘ Bahawa sungguhnya aku sungguhnya cemburuan dan tiada daripada seorang yang tiada cemburuan melainkan terbalik hatinya ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bahawa sungguhnya Allah Ta‘ala itu cemburuan dan orang yang Mu΄min pun cemburuan, dan cemburuan Allah Ta‘ala itu bahawa mendatangi oleh seorang lelaki akan yang diharamkan oleh Allah Ta‘ala atasnya ’ .

Ketahuilah olehmu, cemburuan itu disuruh apabila ‘alamat yang jadi syak akan dia kerana hendaklah memeliharakan akan kejahatan yang datang atas isterinya 

Tetapi jangan sangat berlebih-lebih cemburuan yang tiada patut pada ‘adat sekira-kira jadi jahat sangka akan isterinya dengan tiada suatu sebab yang membawa kepada syak akan dia, maka yang demikian itu ditegah dan dibenci pula oleh Syara’ seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺠﻞ ﺍﻟﺮّ   ﻏﻴﺮﺓ   ﻮﻫﻰ   ﺗﻌﺎﻟﻰ   ﭐﷲ   ﻴﺑﻐﺿﻬﺎ   ﺍﻟﻐﻴﺭﺓ   ﻤﻦ   ﺇﻦّ
                                           
ﺴﺑﺏ   ﻏﻴﺮ   ﻤﻥ   ﺃﻫﻟﻪ   ﻋﻟﻰ

Ertinya : ‘ Bahawa sesungguhnya setengah daripada cemburuan itu dibenci dan dimurkai akan dia oleh Allah Ta‘ala, iaitu cemburuan seseorang lelaki atas ahlinya dengan tiada sebab yang membawa kepada syak ’ .

Bersalahan jika ada suatu sebab yang membawa kepada syak, maka sayugianya dan sepatutnya dicemburukan baginya .

Dan demikian lagi, jangan sangat memeriksai dan mengintai-intai akan kejahatan isterinya itu dan akan kecemburuan kerana yang demikian itu ditegahkan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam

Dan telah berkata Imam Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Bermula jalan yang mengirakan, ya’ni melepaskan daripada cemburuan itu bahawa jangan diberi masuk atas perempuan itu seorang lelaki, dan perempuan jangan diberi keluarkan akan sekeliannya .

Dan adalah beberapa Shahabat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyumbat akan segala lubang jendela, ya’ni dinding dan segala lubang pagar rumahnya supaya jangan melihat oleh segala perempuan kepada segala lelaki .

Dan telah melihat oleh Mu‘adz bin Jabal itu akan isterinya menilik daripada jendela rumahnya, maka memalu ia akan isterinya itu dan melihat ia akan isterinya memberi kepada hambanya lelaki akan buah tuffah ( epal ) yang telah memakan ia akan setengahnya, maka memalu ia akan dia . 

Dan kata Hasan Al Bashri Rahimahullahu Ta‘ala : Adakah kamu tinggalkan, ya’ni biarkan akan perempuan kamu itu bersuka-suka akan lelaki yang banyak di dalam pekan, nescaya menjahatkan Allah Ta‘ala akan seorang yang tiada cemburuan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan