Hendaklah bersungguh-sungguh oleh seorang daripada memeliharakan ahlinya akan mengerjakan segala pekerjaan dan ditegah oleh Syara’ lagi hendaklah mengamat-amati daripada pekerjaannya, istimewa pula ada yang dikerjakan itu zina, maka sangat dosa besar atas lelaki yang memberi akan ahlinya mengerjakan yang demikian itu hingga diharamkan Allah Ta‘ala Subhaanahu wa Ta‘ala atasnya akan masuk ke dalam Syurga . Seperti menceritakan oleh Ahmad, Nasa‘ie dan Hakim daripada Ibnu ‘Umar Radhiyallaahu ‘anhuma :
ﻤﺪﻤﻦ ﺍﻟﺠﻧّﺔ ﻋﻟﻴﻬﻡ ﺘﻌﺎﻟﻰ ﻭ ﺘﺑﺎﺮﻚ ﭐﷲ ﺤﺮّﻡ ﻗﺪ ﺜﻼﺜﺔ
ﺍﻟﺨﺑﺚ ﺃﻫﻟﻪ ﻓﻲ ﻴﻘﺭّ ﺍﻟّﺬﻱ ﻭﺍﻟﺪّﻴﻭﺚ ﺍﻟﻌﺎﻕّ ﻭ ﺍﻟﺨﻤﺭ
Ertinya : Tiga golongan telah mengharamkan Allah Tabaraka Wa Ta‘ala mereka itu masuk Syurga :
1. Orang yang mengekali minum arak .
2. Orang yang menderhakai bagi dua ibu bapanya .
3. Orang yang dayus , yang membiarkan ahlinya buat kejahatan zina, mengetahui ia dengan dia .
Dan kata setengah ‘Ulama΄, makna dayus itu orang yang membeli ia akan jariah, ya’ni hamba yang perempuan yang bernyanyi ia bagi segala manusia . Maka tersurat atas pintu Syurga :
ﺍﻟﺪّﻴﻮﺚ ﻋﻟﻰ ﺤﺭﺍﻡ ﺃﻨﺕ
Ertinya : Engkau hai Syurga, haramlah atas segala lelaki yang dayus
Seperti yang tersebut di dalam hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Barangsiapa berbuat zina dengan perempuan yang ada suaminya, nescaya adalah dosanya atas lelaki dan perempuan di dalam kuburnya itu sangat azab sekelian ummat Nabi kita semuanya, maka apabila adalah pada hari Qiyaamah, nescaya menghukumkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala akan suaminya yang dahulu itu di dalam segala kebajikan lelaki ’ .
Yang kemudian bermula hukum yang demikian itu apabila zina isterinya itu dengan tiada tahunya, maka jika mengetahui ia dan diam ia, nescaya mengharamkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala atasnya masuk Syurga, kerana bahawa sungguhnya Allah Ta‘ala menyurat ia di atas pintu Syurga :
ﺍﻟﺪّﻴﻮﺚ ﻋﻟﻰ ﺤﺭﺍﻡ ﺃﻨﺕ
Ertinya : Engkau hai Syurga, haramlah atas segala lelaki yang dayus
Ya’ni : Masuk atasnya segala orang yang mengetahui akan kejahatan zina pada ahlinya dan diam ia yang tiada cemburuan .
Dan suatu riwayat tiga perkara tiada masuk mereka itu ke dalam Syurga :
1. Orang yang menyakiti akan dua ibu bapanya .
2. Orang yang dayus .
3. Suruh-suruhan kerana berbuat zina .
Dan demikian lagi, qiyaadah itu pun daripada dosa yang besar jua, maka erti qiyaadah itu, iaitu orang yang bertemukan lelaki dengan perempuan kepada rumah yang lain .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan