Jumaat, 8 Julai 2011

Kelebihan Berkahwin ( Muhimmah ) siri 24




Ini suatu tanbih pula

Tatkala kita ketahuilah daripada segala jalan yang jadi kebinasaan atas segala orang yang berkahwin seperti yang telah tersebut itu, maka sayugianya pula kita ketahui akan faedah berkahwin dan kelebihannya .

Maka adalah faedah berkahwin itu lima perkara :

Dapat anak, iaitu asal kelebihan yang dituntut akan berkahwin kerana maksud dengan berkahwin itu menghasilkan anak supaya jangan sunyi ‘alam ini daripada jenis manusia, dan yang demikian itu muwaafaqat dengan yang diredhai oleh Allah Ta‘ala dan RasulNya .

Dan setengah daripada faedah dapat anak itu, iaitu kekal ia mendoakan bagi ibu bapanya kemudian daripada mati keduanya, iaitu dibilangkan ia daripada amalnya yang shaleh yang kekal kemudian daripada matinya, seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :


         ﺠﺎﺭﻴﺔ   ﺻﺪﻗﺔ   ﺜﻼﺚ   ﻤﻥ   ﺇﻻّ   ﻋﻤﻠﻪ   ﺍﻧﻘﻄﻊ   ﺍﺪﻡ  ﺍﺑﻥ  ﻤﺎﺖ  ﺇﺫﺍ

ﻠﻪ  ﻴﺪﻋﻭ   ﺼﺎﻠﺢ   ﻭﻠﺪ   ﺃﻭ   ﺑﻪ   ﻴﻧﺗﻔﻊ   ﻋﻠﻡ  ﺃﻭ

Ertinya : ‘ Apabila mati seorang anak ‘Adam, nescaya putuslah segala amalnya melainkan daripada tiga perkara jua :

( 1 ) Sedekah yang diwaqafkan .

( 2 ) Ilmu yang memberi manfaat ia dengan dia .

( 3 ) Anak yang shaleh yang meminta doa ia baginya .

Maka berbanyaklah olehmu hai segala manusia daripada memberi sedeqah dan berbuat waqaf dan menuntut belajar dan mendengarlah olehmu akan yang memberi manfaat dan minta doalah oleh kamu dikurniakan Allah akan anak yang shaleh kerana tiga perkara ini jua yang boleh memberi manfaat bagi diri kamu kemudian daripada bercerai nyawa kamu dengan badan kamu .

Bermula murad ( yang dikehendaki ) dengan anak yang shaleh di dalam hadits tersebut ini :

Anak yang Mu΄min kerana doa orang yang Mu΄min bagi ibu bapa itu memberi manfaat, sama ada ia shaleh atau fasiq, maka iaitu diberi pahala akan ibu bapanya itu dengan sebab doa anaknya dan sekelian kebajikan anaknya itu sampai pahalanya itu akan ibu bapanya .

Dan setengah daripada faedah dapat anak itu jadi manfaat bagi ibu bapanya pada hari Qiyaamah apabila mati anaknya pada ketika kecilnya seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺍﻠﺠﻧّ    ﺇﻠﻰ   ﺑﺄﺑﻭﻴﻪ   ﻴﺠﺮّ   ﺍﻠطّﻔﻝ   ﺇﻦّ

Ertinya : ‘ Bahawa sungguhnya kanak-kanak kecil yang mati itu menarik ia dengan kedua ibu bapanya itu masuk ke dalam Syurga ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bahawa sungguhnya kanak-kanak yang kecil itu dikata baginya :         ‘ Masuklah engkau ke dalam Syurga ’, maka bernaunglah ia di sana padahalnya ia marah yang sangat dan berkata ia : ‘ Tiada aku masuk ke dalam Syurga melainkan kedua ibu bapaku sertaku ’, maka dikata akan Malaikat yang menunggu pintu Syurga itu : ‘ Masukkan oleh kamu akan kedua ibu bapanya itu sertanya ke dalam Syurga ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

‘ Barang siapa ada baginya seorang anak perempuan, maka diajarinya akan dia adab dan membaikkan ia akan adabnya dan memberi makan ia akan dia, maka membaikkan ia akan makanannya dan menyempurnakan ia atasnya daripada segala ni’mat yang menyempurna Allah Ta‘ala atasnya itu, nescaya adalah anak perempuan itu baginya pada kanannya dan pada kirinya memeliharakan daripada api Neraka hingga masuk ke dalam Syurga ’

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Tiada daripada seorang diberi rezeki akan dua anak perempuan, maka memberi kebajikan keduanya itu selama bertaulan keduanya itu dengan dia melainkan memasukkan oleh keduanya itu akan dia 
ke dalam Syurga ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa ada baginya dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, maka memberi kebajikan ia kepada keduanya selama bertaulan keduanya itu dengan dia, nescaya adalah aku dan 
dia di dalam Syurga seperti kedua-dua ini dan 
mempajakkan ia antara sekelian jari tangan yang mulia ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa ada baginya tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan, maka sabar ia atas kesusahan mereka itu, dan atas kedukaan mereka itu, dan kesukaan mereka itu, nescaya memasukkan akan dia oleh Allah Ta‘ala ke dalam Syurga dengan kelebihan rahmatNya akan mereka itu, maka sembah seorang lelaki dan dua orang perempuan : Ya Rasulullah, adakah seperti demikian itu ?
Maka sabdanya : ‘ Dua orang perempuan seperti itu jua ’ .   

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa mati yang ada baginya dua daripada anak yang kecil, maka sungguhnya telah tertegah ia dengan suatu yang menegahkan daripada api Neraka ’ .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan