Jumaat, 8 Julai 2011

Akibat Perempuan Keluar Dari Rumah ( Muhimmah ) siri 21


Dan telah berkata Imam Al Ghazali pula, dengan katanya : Dan adalah telah memberi izinnya oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bagi perempuan akan hadir ke dalam masjid dan yang sebenarnya pada zaman sekarang ini ditegahkan akan dia melainkan bagi orang yang tua-tua dan sungguhnya telah diwajibkan akan yang demikian itu, ya’ni akan tegah pada zaman Shahabat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam hingga berkata Siti ‘Aisyah Radhiyallaahu ‘anha :

Jika mengetahui oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan barang yang didatangkan oleh perempuan yang kemudian daripadanya, nescaya menegahkan ia akan mereka itu daripada keluar daripada rumah mereka itu ke dalam masjid atau lainnya ’ .

Dan demikian lagi, adalah Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah memberi izin bagi perempuan keluar pada hari raya tertentu tetapi tiada harus keluar mereka itu melainkan dengan redha suami mereka itu dan keluar sekarang harus pula bagi perempuan yang terpelihara daripada kejahatan dengan redha suaminya tetapi duduk di rumahnya itu terlebih sejahtera ia daripada cemburuan daripada fitnah .

Adapun apabila keluar perempuan sekarang ini yang tiada takut akan Allah Ta‘ala kerana pergi bermain-main dan bersuka-suka pada suatu tempat umpamanya, sama ada daratnya atau lautnya, lagi yang tiada memeliharakan ia daripada membawa lelaki yang helat, maka memandanglah oleh lelaki yang tersebut itu akan suatu suku daripada jasadnya, sama ada mukanya atau tangannya atau kakinya demikian lagi ia pun memandanglah suatu suku daripada anggota lelaki itu sama ada hal yang demikian itu bersuami hadir ia atau ghaib atau tiada bersuami, maka adalah segala perempuan seperti yang tersebut itu di dalam la’nat Allah Ta‘ala dan RasulNya, dan mela’natkan pula oleh segala Malaikat hingga kembali ia pulang ke rumahnya .

Dan lagi dibakar segala mata lelaki dan perempuan memandang yang haram itu dengan bara api Neraka Jahannam sepenuh-penuh matanya seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

         ﺠﻬﻧّ   ﺠﻤﺮ   ﻤﻥ   ﻋﻴﻧﻪ   ﭐﷲ   ﻤﻼﺀ   ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ   ﻤﻥ   ﻋﻴﻧﻪ   ﻤﻼﺀ  ﻤﻥ

Ertinya : ‘ Barangsiapa memenuhi akan matanya daripada memandang yang haram, nescaya memenuhi Allah Ta‘ala akan matanya itu daripada api Neraka Jahannam ’ .

Maka tiada ada yang terlebih dituntut dan yang terlebih afdhal oleh seorang perempuan dituntut kerana Allah Ta‘ala itu, seperti bahawa duduk ia di dalam rumahnya, dan menyembah ia akan Tuhannya dan memeliharakan ia akan farajnya, dan mengikut ia akan suaminya, nescaya masuklah ia akan Syurga Tuhannya seperti yang tersebut di dalam hadits dan lagi hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Minta ampun bagi segala perempuan yang mengikut bagi suaminya itu oleh segala burung yang terbang daripada hawa΄ dan segala ikan yang di dalam air dan segala Malaikat yang pada langit dan matahari dan bulan selama ada perempuan itu di dalam keredhaan suaminya .

Dan berkata Imam Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Apabila keluarlah segala perempuan, maka sayugianya memejamkan ia akan penglihatan daripada memandang akan lelaki .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan