Selasa, 25 Jun 2013

Hamba Yang Dicintai Allah


Iman Dan Kepentingan Membantu Masyarakat

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Ada dua perkara yang tiada sesuatu pun melebihi keunggulannya iaitu iman kepada Allah dan membantu atau memberikan manfaat untuk kaum Muslimin ’ .

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Barang siapa bangun di pagi hari dengan tidak berniat menganiaya kepada seseorang, maka diampuni dosanya yang dia lakukan . Dan barang siapa bangun di pagi hari dengan niat menolong orang yang dianiaya dan mencukupi keperluan orang Muslim, maka memperolehi pahala seperti haji mabrur ’ .

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Hamba yang paling dicintai Allah Ta‘ala ialah seseorang yang paling bermanfaat bagi manusia, amal yang paling utama ialah memberikan rasa senang pada hati seseorang Mukmin dengan menghilangkan kelaparan da membantu daripada sebarang kesusahan atau membantu untuk menjelaskan tanggungan hutang . Dua perkara yang paling keji adalah menyekutukan Allah Ta‘ala dan membuat mudharat ke atas kaum Muslimin ’ .

Membahayakan orang-orang Muslim seperti membahayakan badan dan hartanya . Sesungguhnya segala perintah Allah Ta‘ala bertolak daripada dua perkara iaitu mengagungkan Allah Ta‘ala dan kasih saying kepada makhluqNya sepertimana yang terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala :

Ertinya : “ Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat ” .

Ertinya : “ Hendaklah engkau bersyukur kepadaku dan berterima kasih kepada kedua ibu bapamu ” .

Diriwayatkan daripada Al Qarni, beliau berkata ; Aku bersua dalam suatu perjalananku dengan seorang Pendeta, lalu aku bertanya kepadanya ; Wahai Pendeta ! Perkara apakah yang menaikkan darjat seseorang ?

Pendeta itu menjawab ; Mengembalikan hak-hak orang lain yang dianiaya olehnya dan meringankan seseorang daripada tanggung jawab kerana amal perbuatan hamba tidak akan naik kepada Allah selagi mana dia masih mempunyai tanggungan dan berbuat zalim .


Rujukan : Kitab Nashaaihul ‘Ibaad .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan