PERTANYAAN MUNKAR DAN NAKIIR DITUJUKAN KEPADA SIAPA ?
ﺍﻠﺤﺸﺭ ﻜﺑﻌﺚ ﻭﺍﺟﺏ ﻨﻌﻴﻤﻪ ﺍﻠﻘﺑﺭ ﻋﺫﺍﺏ ﺛﻡ ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ - ٩٦
Qau lu hu : su aa lu naa tsum ma ‘a dzaa bul qab ri na ‘ii mu hu
waa jib ka ba’ tsil Hasy ri .
{ ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ } Ditanya akan kita { ﺍﻠﻘﺑﺭ ﻋﺫﺍﺏ ﺛﻡ } kemudian siksa kubur { ﻭﺍﺟﺏ ﻨﻌﻴﻤﻪ } nikmatnya ialah wajib { ﺍﻠﺤﺸﺭ ﻜﺑﻌﺚ } sepertimana bangkit ke Padang Mahsyar .
Syarah
{ su aa lu naa } bermula ditanya akan kita di dalam kubur { tsum ma ‘a dzaa bul qab ri } kemudian siksa kubur bagi orang kafir serta orang Mu΄min yang derhaka { na ‘ii mu hu waa jib } dan nikmatnya, ya’ni nikmat kubur ialah wajib iaitu wajib ‘aqli yang ‘aridhi bagi orang Mu΄min yang thaat { ka ba’ tsil Hasy ri } sepertimana bangkit ke Padang Mahsyar .
[ ٦٠٦ ]
ﺍﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻦ : ﺍﻟﺪﻋﻭﺓ ﺃﻤﺔ ﻤﻌﺎﺷﺭ ﺇﻴﺎﻧﺎ ﻧﻜﻴﺭ ﻭ ﻤﻧﻜﺭ ﺴﺆﺍﻞ : ﺃﻱ ( ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ ) : ﻗﻭﻠﻪ
ﻻ ﺍﻟﻛﺎﻓﺭ : ﺗﻤﻬﻴﺪﻩ ﻓﻲ ﻗﺎﻞ ﺤﻴﺙ ﺍﻟﺑﺭ ﻋﺑﺪ ﻻﺑﻥ ﺧﻼﻓﺎ ٬ ﺍﻟﻜﺎﻓﺭﻴﻥ ﻭ ﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻘﻴﻥ ﻭ
٬ ﺍﻫ . ﺍﻟﻅﺎﻫﺭ ﻓﻲ ﻟﻺﺴﻼﻡ ﻻﻧﺗﺴﺎﺑﻪ ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻖ ﺍﻟﻤﺆﻤﻥ ﻴﺴﺄﻞ ﻭٳﻧﻤﺎ ٬ ﻴﺴﺄﻞ
٬ ﺧﻼﻓﻪ ﻋﻟﻰ ﻭﺍﻟﺟﻤﻬﻭﺭ
Qau lu hu : ( su aa lu naa ) ai : su aa lu mun ka rin wa na kii rin iy yaa naa ma ‘aa syi ra um ma tid da’ wah : al mu΄ mi nii na wal mu naa fi qii na wal kaa fi rii na, khi laa fan lib ni ‘ab dil barri Hai tsu qaa la fii tam hii dih : al kaa fi ru laa yus a lu, wa in na maa yus a lul mu΄ mi nu wal mu naa fi qu lin ti saa bi hil is laa mi fizh zhaa hi ri . in ta ha . wal jum huu ru ‘a laa khi laa fi hi,
{ ﻗﻭﻠﻪ } katanya { ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ } tanya akan kita { ﻧﻜﻴﺭ ﻭ ﻤﻧﻜﺭ ﺴﺆﺍﻞ : ﺃﻱ } bermula tanya oleh Munkar dan Nakir { ﺇﻴﺎﻧﺎ } akan kita { ﺍﻟﺪﻋﻭﺓ ﺃﻤﺔ ﻤﻌﺎﺷﺭ } ummat da’wah { ﺍﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻦ } segala orang beriman { ﻭﺍﻟﻜﺎﻓﺭﻴﻥ ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻘﻴﻥ } dan munaafiq dan kafir { ﺍﻟﺑﺭ ﻋﺑﺪ ﻻﺑﻥ ﺧﻼﻓﺎ } menyalahikan Ibni ‘Abdil Barr { ﻗﺎﻞ ﺤﻴﺙ } pada tempat berkata ia { ﺗﻤﻬﻴﺪﻩ ﻓﻲ } di dalam Tamhiid { ﻴﺴﺄﻞ ﻻ ﺍﻟﻛﺎﻓﺭ } orang kafir itu tidak akan disoal { ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻖ ﺍﻟﻤﺆﻤﻥ ﻴﺴﺄﻞ ﻭٳﻧﻤﺎ } dan hanya disoal kepada orang beriman dan orang munaafiq { ﺍﻟﻅﺎﻫﺭ ﻓﻲ ﻟﻺﺴﻼﻡ ﻻﻧﺗﺴﺎﺑﻪ } kerana terbangsanya dengan Islam pada zhahir { ﺍﻫ } intaha - habis { ﻭﺍﻟﺟﻤﻬﻭﺭ } dan jumhur { ﺧﻼﻓﻪ ﻋﻟﻰ } berlaku mereka itu atas khilaf .
SYARAH
{ Qau lu hu } Katanya { su aa lu naa } dengan tafsiran ini dapat kita fahami bahawasa su aa lu naa itu mashdar, sa a laa, yas alu mas a la tan, su aa lan – ertinya tanya . su aa lu itu mashdar, naa mudhaf ilaih – dengan taqrir Syeikh kita ini dapat difahami bahawa su aalu – mashdar idhafat kepada maf ‘ul . Maka fa‘ilnya ? { ai : su aa lu mun ka rin wa na kii rin } bermula tanya oleh - oleh shifat fa‘ilnya Munkar dan Nakiir { iy yaa naa } akan kita - naa tadi apabila jadi senggang, kita panggil akan dia dhamir munfashil, ya’ni datang ia dengan rupa iy yaa naa . Dan jika ia berhubung dipanggil dengan nama dhamir muttashil seperti su aa lu naa { su aa lu na } ditanya akan kita tetapi siapa yang dimaksudkan dengan kita di sini ? iaitu { ma ‘aa syi ra } dipanggil nashab ikhtishash, ya’ni seolah-olah kata khusus iaitu { um ma tid da’ wah } semua ummat da’wah – ini umum iaitu semua ummat yang sampai seruan da’wah, sama ada ianya { al mu΄ mi nii na } segala orang yang beriman iaitu sebagai ummatud da’wah wal ijaabah { wal mu naa fi qii na wal kaa fi rii na } dan munaafiq dan kafir menurut jumhur ‘Ulama΄ { khi laa fan lib ni ‘ab dil barri } kerana menyalahi Ibni ‘Abdil Barr yang bermadzhab Maliki { Hai tsu qaa la } pada tempat berkata ia atau kerana berkata ia { fii tam hii dih } di dalam Tamhiid iaitu kitab yang berpuluh juzuk dan jika disusun tingginya hampir separas pinggang { al kaa fi ru laa yus a lu } orang kafir itu tidak akan disoal kerana telah nyata tiada imannya sedangkan soal Munkar dan Nakir itu ialah bagi melahirkan kebenaran, sama ada iman seseorang itu benar ataupun tidak { wa in na maa yus a lul mu΄ mi nu wal mu naa fi qu } dan hanya disoal kepada orang yang beriman dan orang munaafiq { lin ti saa } ini ‘illat suatu mahzhuf, nisbah kepada munaafiq sahaja .
Soal : Kenapa orang munaafiq juga ditanya sedangkan mereka itu pada haqiqatnya termasuk di dalam golongan kafir sedangkan tadi dikatakan al kaafiru laa yus alu ? Jawab : Maka didatangkan ‘illat, ya’ni wa innamaa yus alul munaafiqu { lin ti saa bi hil is laa mi fizh zhaa hi ri } kerana terbangsanya munaafiq itu dengan Islam pada zhahir { intaha } habis bagi pendapat Ibnu ‘Abdil Barr { wal jumhuuru } - ai wal jumhuuru minal ‘Ulama΄ dan jumhur daripada ‘Ulama΄ { ‘a laa khi laa fi hi } atas khilaf yang berlaku di antara mereka itu .
Rujukan : Kitab Tuhfatul Muriid oleh Asy Syeikh Ibrahim Al Baijuri, syarah bagi Kitab Jaharatut Tauhiid oleh Asy Syeikh Ibrahim Al Laqqaani .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan