Nabi
Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Ertinya : ‘ Ada dua perkara
yang tiada sesuatu pun melebihi keunggulannya iaitu iman kepada Allah dan
membantu atau memberikan manfaat untuk kaum Muslimin ’ .
Nabi
Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Ertinya : ‘ Barang siapa
bangun di pagi hari dengan tidak berniat menganiaya kepada seseorang, maka
diampuni dosanya yang dia lakukan . Dan barang siapa bangun di pagi hari dengan
niat menolong orang yang dianiaya dan mencukupi keperluan orang Muslim, maka
memperolehi pahala seperti haji mabrur ’ .
Nabi
Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Ertinya : ‘ Hamba yang
paling dicintai Allah Ta‘ala ialah seseorang yang paling bermanfaat bagi
manusia, amal yang paling utama ialah memberikan rasa senang pada hati
seseorang Mukmin dengan menghilangkan kelaparan da membantu daripada sebarang
kesusahan atau membantu untuk menjelaskan tanggungan hutang . Dua perkara yang
paling keji adalah menyekutukan Allah Ta‘ala dan membuat mudharat ke atas kaum
Muslimin ’ .
Membahayakan orang-orang Muslim seperti membahayakan
badan dan hartanya . Sesungguhnya segala perintah Allah Ta‘ala bertolak
daripada dua perkara iaitu mengagungkan Allah Ta‘ala dan kasih saying kepada
makhluqNya sepertimana yang terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala :
Ertinya : “ Dirikanlah
shalat dan tunaikanlah zakat ” .
Ertinya : “ Hendaklah engkau
bersyukur kepadaku dan berterima kasih kepada kedua ibu bapamu ” .
Diriwayatkan daripada Al Qarni, beliau berkata ; Aku
bersua dalam suatu perjalananku dengan seorang Pendeta, lalu aku bertanya
kepadanya ; Wahai Pendeta ! Perkara apakah yang menaikkan darjat seseorang ?
Pendeta itu menjawab ; Mengembalikan hak-hak orang lain
yang dianiaya olehnya dan meringankan seseorang daripada tanggung jawab kerana
amal perbuatan hamba tidak akan naik kepada Allah selagi mana dia masih
mempunyai tanggungan dan berbuat zalim .
Rujukan : Kitab Nashaaihul ‘Ibaad .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan