Sujud Sahwi
Sebab – sebab disunatkan sujud sahwi :
1 : Tertinggal sesuatu rukun sembahyang yang tidak boleh dijabarkan dengan sujud sahwi seperti tertinggal bacaan Al Fatihah atau sebagainya .
2 : Meninggalkan sunat ab‘adh, sama ada dengan terlupa atau sengaja .
3 : Syak pada meninggalkan sesuatu daripada sunat ab‘adh .
4 : Syak pada bilangan raka‘at .
5 : Melakukan sesuatu perbuatan yang tidak membatalkan sembahyang jika terlupa tetapi membatalkan sembahyang jika melakukan dengan sengaja .
6 : Memindahkan bacaan-bacaan sunat atau bacaan rukun selain daripada takbiiratul ihram dan salam kepada yang lain daripada tempatnya .
7 : Imam terlupa mengerjakan sunat ab‘adh atau imam melakukan sesuatu yang disunatkan sujud sahwi tetapi ia tidak melakukan sujud sahwi .
Kaifiat ( Cara ) Sujud Sahwi
Diwajibkan berniat untuk sujud sahwi bagi imam dan munfarid ( orang yang sembahyang seorang diri ) . Dilakukan setelah selesai membaca shalawat selepas tahiyyat akhir iaitu sebelum memberi salam . Dimulakan dengan sujud dan diikuti dengan duduk di antara dua sujud, kemudian sujud untuk kali kedua dan diakhiri dengan duduk tawarruk serta terus memberi salam . Sujud sahwi ini dilakukan sebanyak dua kali sahaja walaupun telah banyak berlakunya perkara-perkara yang menjadi sebab bagi disunatkan sujud sahwi .
Bacaan Dalam Sujud Sahwi ( sunat haiah )
سبحان من لا ينام و لا يسهو
SuB Haa Na MaN Laa Ya Naa
Mu Wa Laa YaS huu .
Maha Suci ← سبحان
( Tuhan ) Yang ← من
Tidak ← لا
Tidur ← ينام
Dan ← و
Tidak ← لا
Lupa ← يسهو
terima kasih
BalasPadamTerima Kasih for share this ... Thanks A Lot :)
BalasPadamAlhamdulillah...
Adapun bacaan dalam sujud sahwi itu bukanlah dari sunnah Rasulullah..bleh bc dalam ni, http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/12.htm
BalasPadamwallahua'lam.
Terima kasih
BalasPadamterima kasih ilmunya
BalasPadamtq
BalasPadam