Isnin, 20 Jun 2011

Kelebihan Isteri yang Tha‘at Muhimmah siri10


                                   VIDEO PERTAMA  





Video yang kedua di bawah ini adalah terlebih lengkap kerana ia merangkumi daripada segala isi yang terdapat pada video yang pertama dan pada video yang ketiga . Harap maklum .
                                                      VIDEO KEDUA 





Ini Suatu Tanbih : Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya  .

Ketahuilah olehmu bahawa sesungguh wajiblah atas segala perempuan itu mengikut perintah suaminya pada barang apa perintahnya yang tiada membawa kepada ma’shiat dan tiada harus perempuan itu menyalahi akan suruh suaminya atau tegahnya kerana berkahwin itu suatu bahagi daripada beberapa sebab yang menjadikan kehambaan seorang, maka jadilah isterinya itu seperti hamba bagi suaminya . Demikianlah disebutkan oleh Imam Al Ghazali di kitab Ihya΄ Ulumuddin .

Maka setengah daripada kelebihan perempuan mengikut bagi suaminya itu, masuklah ia ke dalam Syurga, seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa   sallam :

Apabila mengerjakan oleh perempuan akan sembahyang yang lima waktu dan mengerjakan akan puasa Ramadhan dan memelihara ia akan farajnya dan mengikut ia akan suaminya, nescaya dikata baginya ; Masuklah olehmu akan Syurga daripada mana-mana pintu yang engkau kehendaki ’ . Telah menceritakan akan dia oleh Ahmad .


                                                  VIDEO KETIGA




Dan lagi cerita Ummu Salamah Radhiyallaahu ‘anha : ‘ Barang di mana ada perempuan mati ia padahal redha suaminya dengan dia, nescaya masuk ia ke dalam Syurga ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Sebaik-baik lelaki daripada ummatku itu yang terlebih baik iaitu mereka itu bagi segala perempuan mereka itu dan sebaik-baik perempuan daripada ummatku itu yang terlebih baik mereka itu bagi suami mereka itu dan terangkatlah bagi tiap-tiap perempuan daripada mereka itu darjatnya pada tiap-tiap siang dan malam pahala seribu-ribu syahid yang mati mereka itu di dalam perang sabiililliahi Ta‘ala hal keadaannya mereka itu sabar lagi kerana Allah Ta‘ala ’ 

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bermula perempuan yang shaleh itu terlebih baik ia daripada lelaki yang  shaleh ’ .

Dan telah mengeluarkan oleh Ahmad dan Muslim daripada Ibnu ‘Umar :

‘ Bermula dunia ini sekeliannya kesukaan, dan sebaik kesukaan itu perempuan yang shaleh ’ .

Dan telah mengeluarkan oleh Ibnu Majah daripada Abi Umamah dengan  katanya :

‘ Tiada memberi faedah oleh orang yang Mu΄min kemudian daripada takut bagi Allah akan kebajikan baginya daripada isterinya yang shaleh, maka menyuruh oleh suaminya akan dia, nescaya mengikut perempuan itu akan dia . Dan jika memandang ia kepadanya, nescaya menyuka ia akan suaminya . Dan apabila bersumpah ia atasnya, nescaya memberi kebajikan ia akan dia . Dan jika ghaib suaminya daripadanya, nescaya memeliharakan ia akan dirinya dan harta suaminya ’ .

Dan telah mengeluarkan oleh Ibnu Ali dan Rafi‘ie daripada Abi Sa‘id :

Bahawa sungguhnya lelaki apabila memandang ia kepada isterinya dan memandang pula isterinya kepadanya, nescaya menilik Allah Ta‘ala kepada keduanya akan sebagai tilik rahmat, maka apabila mengambil ia akan tangan, nescaya gugurlah segala dosa keduanya pada sebilang-bilang segala anak jari keduanya ’ .



Dan telah mengeluarkan oleh Thayalisi :

‘ Bermula hak suami atas isterinya itu bahawa jangan menegahkan ia akan dirinya dan jikalau ada ia isterinya itu di atas belakang pelapik unta sekalipun ’ .

Dan suatu riwayat bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺍﻟﺗﻧﻮﺭ  ﻋﻟﻰ  ﻜﺎﻧﺖ  ﻮﺇﻦ  ﻓﻟﺗﺄﺗﻪ  ﻟﺤﺎﺠﺔ  ﺯﻮﺠﺗﻪ  ﺍﻟﺭّﺠﻞ  ﺪﻋﻰ  ﺇﺫﺍ

Apabila memanggil oleh lelaki akan isterinya kerana hajat, maka hendaklah datang akan dia dan jikalau ada isterinya itu di atas dapur sekalipun ’ .

Maka tiada ada seorang perempuan yang menyakiti ia akan suaminya melainkan menyumpahlah akan dia, bidadari yang di dalam Syurga seperti diceritakan daripada Mu‘adz Ibnu Jabal Radhiyallaahu ‘anhu . Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﻗﺎﻟﺖ   ﺇﻻّ   ﺍﻟﺪّﻧﻴﺎ   ﻓﻲ   ﺯﻮﺠﻬﺎ   ﺍﻤﺭﺃﺓ   ﺗﺆﺬﻱ   


ﻓﺈﻧﻤﺎ   ﺍﷲ  ﻗﺎﺘﻟﻚ   ﺘﺆﺬﻴﻪ    ﺍﻟﻌﻴﻥ  ﺍﻟﺤﻮﺭ  ﻤﻥ   ﺯﻮﺠﺘﻪ 


ﺇﻟﻴﻧﺎ   ﻴﻔﺎﺭﻗﻚ   ﺃﻦ  ﻴﻭﺷﻚ   ﺪﺧﻴﻝ   ﻋﻧﺪﻚ  ﻫﻭ 

‘ Ertinya : ‘ Tiada menyakiti oleh seorang perempuan akan suaminya yang di dalam dunia ini melainkan berkata oleh isterinya yang daripada bidadari yang elok rupanya itu ; Jangan engkau sakiti akan dia, hai mati dibunuh Allah bagimu, maka bahawa sungguhnya iaitu padamu daging yang berjalan hampirlah ia bercerai akan kamu datang ia mendapatkan kami ’ .

Dan telah mengeluarkan oleh Thabrani :

Bermula perempuan itu tiada menunaikan ia akan huquq Allah Ta‘ala hingga mendatangkan ia akan hak suaminya sekelian dan jikalau menghendaki ia akan dia dan padahalnya di atas belakang pelapik unta, janganlah menegahkan ia akan dirinya ’ .

Dan tiada harus perempuan itu puasa sunat melainkan dengan izin suaminya, maka jika berbuat ia, nescaya berdosalah perempuan itu dan lagi tiada diterima daripadanya .

Dan tiada harus pula memberi suatu daripada rumahnya melainkan dengan izin suaminya melainkan dengan makanan yang basah yang takut binasa, maka iaitu haruslah bagi perempuan itu memberikan dia bagi seorang dengan tiada izin suaminya, maka jika berbuat ia, nescaya adalah bagi suaminya itu pahala dan adalah atas perempuan itu berdosa .

Dan tiada harus pula keluar ia daripada rumahnya melainkan dengan izin suaminya, maka jika berbuat ia, nescaya melaknatkan Allah Ta‘ala dan segala Malaikat itu marah hingga taubat ia atau kembali .

Ketahuilah olehmu hai segala perempuan !!! Apabila musafir suamimu, maka jangan sekali-kali kamu bersuka-suka dan bermain-main dan jangan pula perhiasan hingga pulang kepadamu oleh suamimu .

Dan demikian lagi, jangan sekali-kali menyalahi akan janji suamimu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan