Isnin, 20 Jun 2011

Membantah Hukum Poligami Muhimmah siri 8



Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hukum segala perempuan yang bantahan, ya’ni yang tiada ikut ajaran suami dan tha‘at itu iaitu setengah daripada dosa yang besar lagi akan dimurkai oleh Allah Subhaanahu wa Ta‘ala, dan sebab itulah yang memasukkan ke dalam Neraka .

Dan yang terlebih bantahan lagi yang terlebih sangat jahatnya itu sebab suaminya beristeri yang lain, maka iaitulah dosa yang amat besar dan bala yang amat keras, maka betapa tiada ada yang demikian itu bahawa sungguhnya adalah marahnya itu seolah-olah pada barang yang disuruh Allah Ta’ala dan pada hukum yang didatangkan oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka tiadalah ada yang terlebih jahatnya daripada perempuan yang demikian itu kerana menyuruh oleh Allah Subhaanahu wa Ta’ala akan bernikah dengan firmanNya :

...ۖ.ﺭﺑٰﻊ    ﺜﻟٰﺙ    ﻤﺛﻧٰﻰ  ﭐﻟﻧﺴﺂﺀ  ﻤﻦ  ﻤﺎﻄﺎﺏﻟﻜﻡ  ﻓﭑﻧﻜﺤﻮﺍ

Ertinya : “ Maka bernikah oleh kamu akan barang yang baik pada kamu kepada segala perempuan, dua atau tiga atau empat” .
( Surah An Nisaa΄ : Ayat 3 )

Dan menyuruh pula oleh Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan bernikah, dan bersabdanya :

Hai segala orang yang muda, bernikah-nikah barang yang kuasa daripada kamu akan bernikah, maka hendaklah beristeri, maka sungguhnya beristeri itu, iaitu memejamkan ia bagi mata dan memeliharakan ia bagi farajnya . Dan barang siapa tiada kuasa, maka lazimkanlah atasnya dengan puasa, maka bahawa sungguhnya puasa itu melemahkan ia akan syahwatnya ’ .

Dan lagi bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bernikahlah kamu dan berbanyaklah kamu, maka bahawa sungguh nya aku lagi akan bermegah-megahan dengan kamu pada segala ummat yang dahulu-dahulu pada hari Qiyaamah ’ .

Dan beberapa lagi hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam lagi menyuruh membanyakan bernikah dan membanyakkan anak .

Maka apabila marah oleh seorang pada barang yang diredhakan Allah Ta‘ala dan redha pula oleh Rasul dengan pekerjaan nikah itu, maka sungguhnya keluar ia daripada mengikutkan bagi keduanya, maka adalah hukumnya perempuan yang demikian itu masuklah ia   di dalam jumlah syaithan dan Iblis yang kena laknat Allah Ta‘ala .




Hai segala kaum perempuan, apa yang terlebih besar bala΄ daripada penasihat baginya jikalau tiada engkau mahu menurut nasihat ini, maka bahawa sungguhnya jika tiada redha dengan suaminya beristerinya yang lain, maka terkeraslah datang bala΄ padanya dunia dan Akhirat serta dengan beberapa kemaluannya pada besok hari .

Maka beberapa banyak daripada segala perempuan yang jatuh ke dalam murtad, lagi kafir dengan mengikut hawa nafsunya yang tiada kesukaan kerana bernikah suaminya akan perempuan yang lain, maka meringankan ia akan Syari‘at yang tiada haruskan oleh Syara’ dan apabila meringankan ia akan agama yang suci, iaitu agama Nabi Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, nescaya kufurlah ia  

Dan demikian lagi perempuan yang mengi’tiqadkan aniaya pada barang yang diharuskan oleh Allah Ta‘ala dengan dia  .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan