( Dan telah ) Mengeluarkan oleh Ahmad daripada Anas :
Telah berkata ia adalah Ahli Bait daripada Anshari, ada bagi mereka itu yang menerangkan mereka itu atasnya akan air hingga katanya, maka tatkala memandang unta itu kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, nescaya berhadaplah ia kepadanya hingga tersungkur ia hal keadaannya sujud unta itu antara hadapannya, maka berkata baginya oleh segala Shahabat : Ya Rasulullah, ini binatang tiada ber‘aqal, sujud ia bagi engkau dan kami sekelian ini semuanya mempunyai ‘aqal, maka kamilah yang terlebih sebenarnya bahawa kami sujud bagi engkau .
Maka bersabda ia :
‘ Tiada patut sekali-kali jika seorang manusia itu bahawa sujud ia bagi manusia . Dan jikalau patut sujud ia bagi seorang manusia, nescaya aku suruh akan perempuan itu bahawa sujud ia bagi suaminya kerana sangat besar haknya itu atas isterinya, jikalau ada pada tapak kakinya hingga sampai kepada tengah kepalanya pun yang jadi najis ia sebab nanah dan darah, kemudian berhadaplah oleh isterinya itu akan dia, maka menjilat-jilat akan dia, sungguhnya belum lagi mendatangkan hak suaminya ’ .
Dan telah berkata oleh setengah ‘Ulama΄ :
Wajiblah atas perempuan mengekali malu daripada suaminya, dan merendahkan mata pada hadapannya .
Dan wajib pula mengikut bagi suruhnya dan diam ia tatkala berkata suaminya, dan berdiri tatkala datangnya dan tatkala keluarnya dan mendatangkan diri atas suaminya tatkala hendak tidur dan memakai bau-bauan baginya .
Dan bersungguh membaikkan bau mulutnya dengan kasturi dan barang sebagainya dan mengekali perhiasan tatkala hadirnya dan meninggalkan perhiasan pada ketika ghaibnya .
Dan wajib pula meninggalkan khianat bagi suaminya tatkala ghaibnya, sama ada pada hamparannya atau hartanya dan memuliakan bagi isi rumah suaminya dan segala kerabatnya dan lagi melihatnya ia akan sedikit pemberian daripada suaminya itu akan banyak-banyak .
Maka sayugianya bagi perempuan yang takut ia kepada Allah bahawa sungguhnya ia di dalam mengerjakan tha‘at bagi Allah Subhaanahu wa Ta‘ala dan bersungguh-sungguh pula ia mengikut dan berbuat kebajikan bagi suaminya dan lagi minta redha kepadanya, maka iaitulah Syurga atau Nerakanya .
Dan tersebut di dalam Tuhfah bagi Syeikh Ibnu Hajar, dan di dalam Nihaayah bagi Ramli :
Apabila zhahir tanda derhakanya seperti kasar jawabnya kemudian daripada lambatnya dan masam mukanya kemudian daripada bersihnya dan berpaling kemudian daripada berhadapan, maka mengajarlah ia akan isterinya hal keadaannya sunat, ertinya : hendaklah menakut ia akan dia akan siksa dunia ini dengan palu dan lagi digugurlah nafqah dan gilirannya dan hendaklah menakuti pula akan dia akan siksa Akhirat dengan api Neraka,
Seperti firman Allah Ta‘ala :
ﻓﻌﻅﻮﻫﻦّ ﻧﺷﻮﺯﻫﻦّ ﺘﺨﺎﻓﻮﻦ ﻮﭐﻟٰﺘﻰ
Ertinya : “ Segala perempuan yang takut kamu akan derhaka mereka itu, maka ajar oleh kamu akan mereka itu ” .
( Shurah An Nisaa΄ : Ayat 34 )
Dan sayugianya bahawa menyebut dan mengingatkan ia bagi isterinya akan khabar yang shahih keduanya, iaitu apabila bermalam oleh perempuan hal keadaannya meninggalkan ia akan tempat ketiduran suaminya, nescaya melaknatkan akan dia oleh segala Malaikat hingga sampai waktu Shubuh .
Adapun jikalau tahqiqlah derhakanya seperti menegah ia daripada mengambil kesukaan dan seperti keluarnya daripada rumah dengan tiada uzur Syar‘ie dan tiada berulang-ulang derhakanya, maka hendaklah mengajar pula ia akan dia seperti berpindah daripada tempat ketidurannya hal keadaannya sunat jangan dipalu .
Tetapi kata Imam Nawawi : Dipalu ia, ertinya ; harus bagi suaminya berbuat yang demikian itu dengan syarat mengetahuinya akan memberi faedah oleh palu itu .
Dan tiada harus dipalu di atas mukanya atau berdarah atau pecah-pecah .
Adapun mengetahui bahawa sungguhnya palu itu tiada memberi faedah ia, maka jadi haram pula itu kerana bahawa sungguhnya menyiksa akan orang dengan tiada faedah . Dan tiada harus pula palu akan perempuan yang merdeka itu sampai empat puluh dan akan lainnya itu dua puluh . Inilah siksa yang berbuat atas perempuan yang derhaka akan suaminya di dalam dunia ini .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan