Rukun Sembahyang Yang Kesembilan :
Duduk Membaca Tahiyyat Akhir
Syarat – syarat duduk untuk membaca tahiyyat akhir ialah :
1 : Menyahajakan duduk .
2 : Duduk sekira-kira dinamakannya sebagai duduk pada ‘adat .
Sunat ab‘adh :
1 : Duduk untuk membaca tahiyyat awal .
2 : Membaca tahiyyat awal .
Sunat – sunat haiah :
1 : Duduk iftirasy ketika membaca tahiyyat awal dan pada semua duduk di dalam sembahyang kecuali duduk membaca tahiyyat akhir .
2 : Meletakkan kedua tapak tangan ke atas kedua paha dengan meluruskan sekelian jari ke arah Kiblat dan merapatkannya serta berbetulan hujung-hujung jari itu dengan kepala lutut .
3 : Mengenggam anak jari kanan kecuali jari telunjuk hendaklah diluruskan serta ibu jari dirapatkan atau dibengkokkan ke bawahnya manakala tangan kiri pula berada di atas paha kiri dan sekelian jarinya lurus, rapat dan mengadap ke Kiblat
4 : Mengangkatkan jari telunjuk serta mata melihat kepada jari telunjuk itu ketika mengucapkan ﭐلله ﺇلا di dalam bacaan tahiyyat dan dikekalkan mengangkat jari telunjuk hingga berdiri kepada raka‘at ketiga atau hingga kepada bacaan salam .
5 : Duduk tawarruk ketika membaca tahiyyat akhir .
6 : Duduk istirahah selepas bangkit daripada sujud kepada berdiri melainkan setelah bangkit daripada sujud tilaawah .
Rukun Sembahyang Yang Kesepuluh : Membaca Tahiyyat Akhir
Syarat – syarat membaca tahiyyat akhir ialah :
1 : Dalam bahasa ‘Arab jika mampu .
2 : Membaca dalam keadaan duduk dan memperdengarkan kepada diri sendiri .
3 : Memeliharakan segala hurufnya, kalimahnya, barisnya dan i’rabnya .
4 : Muwaalat serta tertib .
Bacaan Tahiyyat / Tasyahud
ٱلتحيات ﭐلمباركات ﭐلصلوات ﭐلطيبات لله
AT Ta HiY Yaa TuL Mu Baa Ra Kaa TuSH
SHa La Waa TuTH THaiY Yi Baa Tu LiL Laah .
TERJEMAHAN SECARA PERKATA
TERJEMAHAN SECARA PERKATA
Segala Penghormatan ← ٱلتحيات
Segala Keberkatan ← ﭐلمباركات
Segala Shalawat ← ﭐلصلوات
Segala Yang Baik – Baik ← ﭐلطيبات
Bagi Allah ← لله
ﭐلنبِي أيها عليك ﭐلسلام
بركاته و ﭐلله رحمة و
AS Sa Laa Mu ‘A Lai Ka AiY Yu haN Na BiY
Yu Wa RaH Ma TuL Laa hi Wa Ba Ra Kaa Tuh .
Salam Sejahtera ← ﭐلسلام
Ke Atas Engkau ← عليك
Wahai ← أيها
Nabi ← ﭐلنبِي
Dan ← و
Dirahmati ← رحمة
Allah ← ﭐلله
Dan ← و
KeberkatanNya ← بركاته
ﭐلسلام علينا و على عباد ﭐلله ﭐلصالحين
AS Sa Laa Mu ‘A Lai Naa Wa ‘A Laa
‘I Baa DiL Laa hiSH SHaa Li HiiN .
Salam Sejahtera ← ﭐلسلام
Atas Kami ← علينا
Dan ← و
Atas ← على
Hamba ← عباد
Allah ← ﭐلله
Yang Shaleh-Shaleh ← ﭐلصالحين
ﭐلله ﺇلا ﺇلٰه ﻵ أن أشهد
و أشهد أن محمدا رسول ﭐلله
ASY ha Du AL Laaaa I Laa ha IL LaL Laah .
Wa ASY ha Du AN Na Mu HaM
Ma DaR Ra Suu LuL Laah .
Aku Bersaksi ← أشهد
Bahawasanya ← أن
Tiada ← ﻵ
Tuhan ← ﺇلٰه
Melainkan ← ﺇلا
Allah ← ﭐلله
Dan ← و
Aku Bersaksi ← أشهد
Bahawasanya ← أن
Nabi Muhammad ← محمدا
Pesuruh ← رسول
Allah ← ﭐلله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan