Dan telah mengeluarkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Apabila memanggil oleh lelaki akan isterinya kepada hamparannya, maka enggan ia, maka tidur ia padahal marah ia atas isterinya, nescaya melaknat akan dia oleh segala Malaikat hingga sampai Shubuh ’ .
Dan cerita daripada keduanya pula : ‘ Demi Tuhan yang diriku dijadikan dengan qudratNya, tiada daripada seorang lelaki yang memanggil ia akan isterinya kepada hamparannya, maka enggan ia atas datangnya melainkan adalah Tuhan yang pada langit itu suruhnya dan kekerasannya itu murkalah atasnya hingga redha daripadanya oleh suaminya ’ .
Dan telah mengeluarkan oleh Ibnu Hibban dan Balhaqi : Tiga orang yang tiada menerima Allah Ta‘ala bagi mereka itu akan sembahyangnya tiada mengangkatkan Allah Ta‘ala bagi mereka itu kepada langit akan kebajikan :
( 1 ) Hamba yang lari daripada penghulunya hingga kembali ia kepada penghulunya .
( 2 ) Perempuan yang marah atasnya oleh suaminya hingga redha ia .
( 3 ) Orang yang mabuk hingga jaga ia daripada mabuknya .
Dan suatu cerita bermula sembahyang orang yang tiada menerima Allah Ta‘ala itu sepuluh perkara :
( 1 ) Sembahyang orang yang tiada berjema‘ah .
( 2 ) Sembahyang orang yang tiada mengeluarkan zakat hartanya .
( 3 ) Sembahyang orang yang berbuat zina .
( 4 ) Sembahyang orang yang makan riba .
( 5 ) Sembahyang orang yang menyamun .
( 6 ) Sembahyang orang yang makan yang haram .
( 7 ) Sembahyang orang yang memakan dan meminum yang haram .
( 8 ) Sembahyang orang yang menjual yang haram .
( 9 ) Sembahyang hamba yang lari daripada tuannya .
( 10 ) Sembahyang perempuan yang masam mukanya atau derhaka atau bertutur dengan marah kepada suaminya .
Telah mengeluarkan Khathib : Di mana-mana perempuan yang keluar ia daripada rumahnya dengan tiada izin suaminya, adalah ia itu di dalam murka Allah Ta‘ala hingga kembali ia kepada rumahnya atau hingga redha daripadanya oleh suaminya .
Dan pada suatu riwayat : Telah melaknatkan akan dia oleh segala Malaikat yang di langit dan tiap-tiap suatu yang lalu atasnya yang lain daripada jin dan manusia hingga kembali ia .
Dan telah mengeluarkan oleh Ahmad dan Thabrani dan Baihaqi dan Hakim : Di mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar ia, maka lalu ia atas suatu kaum supaya mendapat mereka itu akan baunya, maka perempuan itu seperti buat zina dan tiap-tiap mata memandang itu zina .
Dan telah mengeluarkan oleh Ibnu ‘Adi dan Ibnu ‘Asakir : Apabila berkata oleh perempuan itu bagi suaminya, tiada aku lihat daripada engkau kebajikan sekali-kali, maka sungguhnya batallah amalannya perempuan itu .
Maka adalah kebanyakan perempuan yang tiada takut akan Allah Ta‘ala ghaaliblah jatuhnya perkataan yang demikian itu jikalau berbuat kebajikan oleh suaminya pada sekelian masa sekalipun kemudian dilihatnya kejahatan suatu daripadanya, nescaya berkata ia : Tiada ada aku lihatnya suatu kebajikan kamu sekali-kali .
Dan telah mengeluarkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi : Di mana-mana perempuan yang meminta ia akan suaminya akan thalaq daripada tiada suatu kejahatan, maka haramlah atasnya mencium bau Syurga .
Dan telah mengeluarkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah : Tiada dinyatakan lelaki pada barang yang memalu ia akan isterinya atas palunya .
Dan warid telah datang daripada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawa sungguhnya bersabda ia :
‘ Aku melihat ke dalam Neraka akan kebanyakan segala isinya itu sekelian perempuan ’ .
Bermula yang demikian itu sebab sedikit tha‘at mereka itu bagi Allah dan RasulNya dan dengan sebab sedikit pula tha‘at bagi suaminya mereka itu dan kebanyakan tabarruj mereka itu, ertinya apabila menghendaki ia keluar daripada rumahnya, nescaya memakai ia yang kemegahan kainnya dan menghiasi ia dan membaikkan ia akan dirinya dan keluar ia memberi fitnah ia akan manusia dengan dirinya, maka jikalau ditaqdirkan sejahtera ia perempuan itu pada dirinya, nescaya tiada sejahtera oleh segala manusia daripadanya .
Dan kerana inilah bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Bermula perempuan semuanya aurat, maka tahankan olehmu akan mereka itu di dalam rumah, maka bahawa sungguhnya perempuan itu apabila keluar ia kepada berjalan, maka bertanya baginya oleh ahlinya : Ke mana engkau hendak pergi, maka jawab ia : Aku hendak pergi lihat akan orang yang sakit, atau aku hendak mengikut akan jenazah, maka sentiasalah perempuan itu menyesatkan oleh syaithan hingga mengeluarkan ia akan tangannya ’ .
Dan sabdanya pula :
‘ Tiap menuntut oleh perempuan dengan kerana Allah Ta‘ala dengan seperti bahawa duduk ia di dalam rumahnya atau berbuat ‘ibadat ia akan Tuhannya dan mengikut ia akan suaminya ’ .
Dan adalah Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda ia :
‘ Adakah tiada kamu malu dan tiada kamu cemburu dengan memberi akan seorang kamu akan isterinya, keluar ia antara segala lelaki padahal memandang ia kepada mereka itu dan memandang lelaki itu padanya ’ .
Dan warid pula daripada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, bahawa sesungguhnya bersabda ia :
‘ Meminta ampun bagi perempuan yang mengikut bagi suaminya itu oleh segala burung yang terbang pada hawa΄ dan segala ikan yang di dalam air, dan segala Malaikat yang pada langit dan matahari dan bulan selama di dalam keredhaan suaminya ’ .
‘ Dan di mana-mana perempuan yang derhaka, maka atasnya laknat Allah dan laknat segala Malaikat dan segala manusia sekeliannya ’ .
‘ Dan di mana-mana perempuan yang masam pada hadapan suami nya, maka perempuan itu di dalam murka Allah Ta’ala hingga suka ia’
‘ Dan di mana-mana perempuan yang keluar ia daripada rumahnya dengan tiada izin suaminya, nescaya melaknatkan akan ia oleh Malaikat hingga kembali pulang ia ’ .
Dan telah datang daripada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawa sungguhnya ia bersabda :
‘ Empat bahagi daripada perempuan yang isi Neraka ’ :
( 1 ) Perempuan yang jahat perkataan atas suaminya dan jikalau ghaib suaminya daripadanya maka tiada memeliharakan ia akan dirinya dan jikalau hadir suaminya nescaya menyakiti ia akan dia dengan lidahnya.
( 2 ) Perempuan yang membuat ia akan suaminya barang tiada kuasa.
( 3 ) Perempuan yang tiada menutup akan dirinya daripada lelaki dan keluar ia daripada rumahnya, hal keadaan memakai perhiasan yang kemegahan .
( 4 ) Perempuan yang tiada baginya cita-cita melainkan hendak makan dan minum dan tidur dan tiada baginya gemar pada pekerjaan sembahyang dan tiada gemar pula pada berbuat tha‘at bagi Allah dan RasulNya dan tiada gemar pula di dalam tha‘at bagi suaminya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan