kitab 'aqiidatun najiin, fariidatul faraaid, penawar bagi hati, muhimmah, sabiilal muhtadiin, furu'ul masaail, munyatul mushalli, 'minhajul 'abidin, al mawaa'izh al badii'ah, ayyuhal walad, bahrul madzi, memahami bacaan di dalam dan selepas sembahyang ( perkata ),tuhfatur ghaaribiin, kifaayatul muhtadi, malaikat, syurga, neraka dan lainnya Insyaa Allah akan kami paparkan dari masa ke semasa
Ahad, 30 Disember 2012
Kelebihan Takbiiratul Ihram
KELEBIHAN TAKBIIRATUL IHRAM MA΄MUM MENGIRINGI TAKBIRATUL IHRAM
IMAM
Telah
tersebut di dalam Kitab Syarhul Syihab : Diriwayatkan ada sekumpulan pencuri
telah mencuri mereka empat ratus unta dan empat puluh orang hamba sahaya bagi
Abu Umamah Al Bahili, kemudian masuklah ia menemui Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wa sallam dalam keadaan dukacita .
Maka
ditanyanya oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Dari apa yang mendukacitakannya
’ ?
Lalu
ia pun mengkhabarkannya dengan peristiwa yang telah berlaku atas dirinya itu .
Maka
bersabdalah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepadanya :
‘ Aku sangkakan engkau berdukacita
kerana luput engkau daripada takbiiratul ihram mengiringi takbiiratul ihramku
’ .
Maka
jawab Abu Umamah ;
Ya, Rasulullah, keluputan takbiiratul ihram itu bagi
saya adalah lebih keras ( lebih besar lagi ) dari
kehilangan itu semuanya ?
( ya’ni empat ratus unta dan empat puluh
orang hamba sahaya yang dicuri orang itu )
Maka
jawab Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepadanya :
‘ Bahkan lebih keras ( lebih besar lagi
) daripada kehilangan unta sepenuh bumi ’ .
Wallaahu
a’lam .
Rujukan
: Kitab Al Qaulu Tam Fi Ahkam Al Ma΄mum Wal Imam
Ahad, 23 Disember 2012
Fatwa-Fatwa Khusus Berkaitan Dengan Mayat
Bila
kita berhadapan dengan mayat dengan sendirinya kita akan berhadapan dengan
pelbagai permasalahan dan cabaran kerana ketidaksamaan hal keadaan antara satu
mayat dengan mayat yang lain Justeru itu seharusnya kita fahami dan hayati
beberapa fatwa yang berhubung dengan mayat iaitu kepentingan memastikan bahawa
mayat berkenaan mampu diuruskan dengan segera, baik dan hormat seperti yang
dikehendaki oleh Syara’ .
Antara
fatwa-fatwa khusus yang berhubung dengan mayat :
1
: Mengesan nafas .
Kadangkala
agak sukar untuk memastikan sama ada seseorang itu sudah meninggal atau masih
ada hayatnya terutama sekali bagi pesakit-pesakit lama . Cara dan sasaran yang
muktamad mengesan nafas seseorang itu ialah menekankan ibu jari tangan kita
pada pusat orang yang terbabit dan terus rasakan denyutan dari dalam perutnya
dengan penuh perhatian . Apakah pada ibu jari kita itu masih ada rasa denyutan
atau tiada lagi rasa yang dimaksudkan . Seandainya rasa denyutan dari dalam
perut orang berkenaan masih lagi ada menunjukkan bahawa orang berkenaan belum
meninggal . Sebaiknya jika ada rasa denyutan dari dalam perut orang berkenaan
sudah tidak ada, maka sudah jelas bahawa orang berkenaan telah meninggal dunia
2
: Menahan Darah Yang Keluar Dari Dalam Badan Mayat
Besar
kemungkinan akan berlakunya mayat-mayat tertentu bahawa darah dari dalam
badannya terus keluar dengan berterusan sekalipun urusan pemandian ke atas mayat
telah selesai terutama sekali pada mayat orang yang mati atas sebab-sebab
kemalangan jalan raya atau penyakit pendarahan pada tubuh badan .
Untuk
menahan atau memberhentikan pendarahan dari badan mayat, hendaklah dihancurkan
tanah liat ke dalam air sehingga air berkenaan menjadi seolah-olah air lumpur (
pekat ) . Kemudian air tanah atau lumpur itu hendaklah disiramkan terus ke atas
seluruh mayat berkenaan khususnya pada tempat pendarahan dan biarkan pada badan
mayat tersebut dalam jangka masa sepuluh atau lima belas minit . Selepas itu barulah mayat
tersebut diteruskan pengurusan pemandiannya . Insyaa Allaah, darah dari dalam
badan tersebut akan terus berhenti .
3
: Mengawal Mayat Daripada Gangguan Semut
Lazimnya
bila sesuatu mayat diletakkan pada sesuatu tempat dalam keadaan yang belum
terurus buat seketika berkemungkinan akan diganggu oleh semut dengan memasuki
setiap rongga mayat berkenaan seperti mata, hidung, mulut, telinga dan
lain-lain .
Sejak
dari dahulu lagi, kebanyakan orang tua dalam masyarakat kita mengawal mayat dari
gangguan semut dengan menabur beras atau mengariskan kapur di sekeliling mayat yang
dalam keadaan membujur terbaring . Sebenarnya budaya menabur beras atau
mengariskan kapur di sekeliling mayat dan seumpamanya tidak seharusnya dihayati
kerana kedua-dua merupakan bahan makanan utama bagi seluruh penduduk di Negara kita
ini . Perbuatan menabur beras atau mengariskan kapur di sekeliling mayat itu
merupakan satu perbuatan yang membazirkan barang-barang makanan itu sendiri
sedangkan kita tahu bahawa perbuatan membazir tersebut dilarang oleh Islam .
Apa
yang paling mudah, berkesan dan sesuai dilakukan dalam usaha untuk mengelakkan
dari gangguan semut ini ialah dengan cara mengisikan air di dalam empat biji
gelas sebanyak tiga perempat atau tiga suku muatan gelas berkenaan . Kemudian
diletakkan gelas-gelas ialah antara satu hingga dua jengkal . Insyaa Allaah
dengan cara demikian mayat tidak akan diganggu lagi oleh semut .
Wallaahu
a’lam .
Rujukan :
Buku Kaedah Pengendalian Jenazah
Oleh
Uthman Bin HJ Ja’far
Majlis
Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
(
Dari pengalaman 40 tahun )
Sabtu, 15 Disember 2012
Syahwat Perut Dan Syahwat Faraj
BISMILLAAH
.
Kata Imam
Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala :
Ertinya ; Ketahui olehmu hai orang yang berkehendak kepada
kemenangan di dalam dunia dan di dalam akhirat, bahawa tempat kejadian
kebinasaan itu syahwat perut dan sangat gemar kepada makanan . Dan daripadanya
bercabang syahwat faraj yang sangat gemar kepada jima’ . Dan lagi daripada
syahwat perut itu terkena Nabi Adam ‘alaihis salaam, maka memakan ia buah yang
ditegahkan oleh Allah Ta‘ala memakan akan dia . Dan dengan dia, dikeluarkan Nabi
Adam ‘alaihis salaam itu daripada Syurga . Dan lagi, syahwat perut itu
menyampaikan dengan orang laki-laki itu kepada bahawa ia menuntut akan kekayaan
dunia dan sangat gemar ia di dalam dunia, ya’ni dengan sebab syahwat perut itu
jadi gemar seseorang akan harta dan sangat gemar kepada dunia dan dengan dia
asal segala kejahatan, seperti sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Sangat kasih akan dunia itu iaitu kepala segala kejahatan’
. R. Al Baihaqi
Dan lagi, sangat gemar kepada makan itu iaitu satu ma’shiat yang bathin . Demikian lagi, kasih kepada dunia itu iaitu satu ma’shiat daripada segala ma’shiat yang bathin iaitu :
1 ) Sangat gemar kepada membanyakkan akan makan .
2 ) Sangat gemar kepada membanyakkan berkata-kata di
dalam barang yang tiada memberi faedah di dalam akhirat .
3 ) Kuat marah .
4 ) Dengki akan orang yang dapat nikmat daripada Allah Ta‘ala
.
5 ) Bakhil dan kasih akan harta .
6 ) Kasih akan kemegahan dan kebesaran .
7 ) Kasih akan dunia .
8 ) Takabbur, ya’ni membesarkan diri .
9 ) Ujub, ya’ni hairan akan dirinya .
10 ) Riya, ya’ni berbuat ‘ibadat tiada kerana Allah Ta‘ala
.
Wallaahu a’lam .
RUJUKAN : KITAB SAIRUS
SAALIKIIN
Ahad, 9 Disember 2012
Sabar
Fashal Pada Menyatakan Sabar
( Syahdan ) Hakikat sabar itu iaitu menahan diri daripada
memarah atas sesuatu yang tiada disukainya dan menahan lidah daripada
mengadukan kepada yang lain daripada Allah Ta‘ala . Dan sabar atas berbuat
thaat dan meninggalkan ma’shiat itu iaitu fardhu atas tiap-tiap mukallaf .
Dan demikian lagi, sabar atas bala dan segala kesakitan itu
fardhu atas tiap-tiap orang yang mukallaf . Adapun sabar atas berbuat yang
sunat dan meninggalkan yang makruh dan yang mubah ( harus ) dan meninggalkan dunia
yang lebih daripada hajat, maka iaitu sunat
Dan demikian lagi, sabar atas membalas akan seorang yang
menyakiti akan dikau atau menzhalimi akan dikau iaitu sunat dan pahala yang
demikian itu amat besar seperti firman Allah Ta‘ala, ertinya :
“ Hanya sesungguhnya
disempurnakan akan
orang yang sabar itu akan pahala mereka itu
dengan tiada dapat dikira-kira ” .
Dan Sabar Itu Tiga Martabat
Pertama : Sabar orang yang ‘awam, ya’ni kebanyakan manusia iaitu menahan atas
segala kesusahan dan kesakitan yang diperlakukan akan dia oleh Allah Ta‘ala
daripada segala hukumNya kerana ia menilik akan tsawab ( pahala ) sabar yang
disebutkan Allah Ta‘ala di dalam Al Quran . Dan demikian lagi, sabar atas
berbuat thaat dan menjauh akan ma’shiat kerana hendak pahalaNya dan takut akan
siksaNya.
Kedua : Sabar orang muriidin yang telah
ringan di dalam hati mereka itu segala kesusahan dan kesakitan kerana menilik
mereka itu dengan mata hati mereka itu akan sesuatu yang datang kepadanya itu
semuanya daripada Allah Ta‘ala, maka ketika itu tiada susah ia meninggalkan
akan sekalian yang demikian itu dan tiada menilik mereka itu akan pahalanya dan
tiada menilik akan takut siksa dan hanya sesungguhnya ia semata-mata mengikut
suruh daripada Allah Ta‘ala yang tersebut di dalam Al Quran dengan firmanNya,
ertinya :
“ Sabar oleh kamu
bahawasanya Allah Ta‘ala
serta orang yang sabar ” .
Shurah
Al Anfal : 46
Ketiga : Sabar
zaahidiin dan saalikiin, iaitu sabar atas segala hukum Allah Ta‘ala yang datang atas
mereka itu serta berlepas mereka itu daripada ikhtiar dan tadbir kerana mereka
itu telah melihat akan bahawasanya sekalian yang demikian itu daripada ketentuan
Allah Ta‘ala dan tadbirnya yang di dalam azal, ya’ni di dalam Lauh Mahfuz tiada
boleh berubah-ubah . Dan jika datang bala atas mereka itu atau sait, maka iaitu
telah tersurat pada Lauh Mahfuz, tiada boleh berubah-ubah padahal hati mereka
itu redha akan segala yang dihukumkan Allah Ta‘ala baginya . Dan jika ada
padanya zhahir badannya itu merasa susah dan sakit sekalipun tetapi hati mereka
itu redha akan Allah Ta‘ala dan akan segala hukumNya . Dan dinamakan sabar ini
akan ‘sabar ‘alallaah’, ya’ni sabar atas hukum Allah Ta‘ala dan qadhanya .
Rujukan : Kitab Hidaayatus Saalikiin .
Adab Dalam Bershahabat
Ini Suatu Fashal Pada Menyatakan
Adab Seorang
Yang Bershahabat Serta Shahabatnya
Dan adab orang yang bershahabat itu beberapa perkara
tetapi disebutkan oleh Imam Al Ghazali rahimahullaahu Ta‘ala di dalam Bidaayatul
Hidaayah dua puluh tiga perkara :
Pertama : Melebihkan ia akan taulannya itu atas dirinya dengan
hartanya seperti ia memberi akan taulannya itu dengan hartanya pada hal dirinya
itu berhajat kepada harta itu . Maka jikalau tiada kuasa akan yang demikian
itu, maka hendaklah ia memberi akan taulannya yang lebih daripada hajat dirinya
itu pada ketika berkehendak taulannya itu .
Kedua : Bahawa menolong ia dengan dirinya akan taulannya itu
pada segala hajatnya atas jalan yang bersegera dengan tiada berkehendak
taulannya itu meminta tolong akan dia .
Ketiga : Bahawa menyembunyikan ia akan rahsia taulannya itu .
Keempat : Bahawa menutup ia akan segala ‘aib taulannya itu .
Kelima : Apabila mendengari ia akan seorang yang mencela
akan taulannya itu, maka jangan disampaikan perkataan itu kepada taulan itu .
Keenam : Apabila menyampaikan seorang akan dia dengan perkataan
taulannya yang mencela akan dia, maka jangan didengar akan perkataan orang itu
.
Ketujuh : Apabila mendengar ia akan seorang yang memuji akan
taulannya itu atau mendengar sesuatu yang menyukakan akan dia, maka hendaklah
ia menyampaikan akan yang demikian itu kepada taulannya .
Kedelapan : Apabila berkhabar taulannya itu akan dia, maka
hendaklah sungguh ia mendengarkan akan khabarnya itu .
Kesembilan : Bahawa meninggalkan ia akan berbantah dengan
taulannya itu .
Kesepuluh : Apabila memanggil ia akan taulannya itu, maka
hendaklah ia memanggil akan namanya yang terlebih kasih ia dengan dia .
Kesebelas : Apabila melihat ia akan kebajikan taulannya
itu, maka hendaklah ia memuji akan dia .
Kedua belas : Apabila berbuat taulannya itu akan sesuatu
daripada kebajikan, maka hendaklah ia syukur atas perbuatannya itu .
Ketiga belas : Bahawa menegahkan ia akan seorang yang mencela
akan taulannya itu pada ketika ia ghaib seperti menegahkan ia akan seorang yang
mencela akan dia .
Keempat belas : Bahawa memberi nasihat ia
akan taulannya itu dengan sindiran atau dengan perkataan yang lemah lembut
apabila berkehendak akan yang demikian itu .
Kelima belas : Bahawa memaafkan ia akan segala kesalahan
taulannya itu dan jangan ia tempelak akan dia .
Keenam belas : Bahawa mendoakan ia bagi taulannya itu di
dalam sembahyangnya pada ketika hidupnya dan ketika matinya .
Ketujuh belas : Hendaklah berbuat kebajikan akan
ahli taulannya itu dan akan segala keluarganya kemudian daripada matinya .
Kedelapan belas : Bahawa jangan memberati ia
akan taulannya itu daripada sesuatu hajatnya supaya senang hati taulannya itu
daripada kesusahannya .
Kesembilan belas : Menyatakan kesukaan dengan
sebab segala yang dapat oleh taulannya itu daripada yang menyukakan akan dia
dan menyatakan ia akan kedukaan dengan sebab yang didapat oleh taulannya itu
daripada segala yang dibencinya . Dan sayugianya yang demikian itu bersamaan
zhahirnya dan bathinnya supaya benar ia pada berkasih-kasihannya itu .
Kedua puluh : Hendaklah ia memulai memberi salam pada ketika
berdapat dengan taulannya itu .
Kedua puluh satu : Apabila datang taulannya itu
kepada suatu tempat perhimpunan duduk, maka hendaklah ia meluaskan baginya di
dalam perhimpunan itu kedudukannya jika dapat diluaskannya . Maka jika tiada
dapat, maka hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu kepada tempat
yang lain .
Kedua puluh dua : Apabila keluar taulannya
daripadanya, maka hendaklah ia megikut akan dia hingga ke pintu rumahnya atau
barang sebagainya sekira-kira yang layak bagi memuliakan akan dia .
Kedua puluh tiga : Apabila berkata taulannya itu,
hendaklah ia diam padahal ia mendengar akan perkataannya itu hingga selesai daripada
perkataannya itu, maka memulai ia akan perkataan yang lain . Dan jangan
memasukkan perkataannya itu di dalam perkataan orang itu .
Dan hasil daripada segala adab ini bahawasanya hendaklah
diperbuat akan tiap-tiap seorang itu dengan segala perbuatan yang menyukai akan
hati mereka itu dan jangan diperbuat akan seorang itu dengan segala perbuatan
yang dibenci oleh mereka itu .
Rujukan : Kitab Hidaayatus Saalikiin .
Isnin, 26 November 2012
Tafsir Nurul Ihsan siri 1
Disyarah Oleh Tuan Guru Haji Ismail Spanjang ( Baba Eil )
Rabu, 21 November 2012
Hari Akhirat - Berjalan di atas muka di Padang Mahsyar
21. Masalah : .
Sungguhnya berhimpun manusia di Padang Mahsyar itu
bermacam-macam ahwalnya, tersebut di dalam hadits ada yang berjalan kaki dan
ada yang menunggang tunggangannya dan ada yang berjalan dengan mukanya . Maka
haditsnya itu ada dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya ;
Diriwayatkan daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya
daripada neneknya, katanya ; Telah aku dengar akan Rasullullah shallallaahu
‘alaihi wa sallam bersabda ia :
‘ Bahawasanya
sekalian kamu itu dikumpulkan dengan berjalan kaki dan menunggang tunggangannya
dan dihela sekalian kamu atas muka kamu ’ .
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi : Dan pada bab ini daripada
Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu . Katanya lagi : Bermula ini hadits hasan lagi
shahih .
22. Masalah :
Berjalan di atas muka bagaimana terupa pada ‘aqal .
Sungguhnya berjalan di atas muka di Padang Mahsyar itu
ada datang sebutnya di dalam Al Quran dan hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam sebagai datang satu riwayat :
Diriwayatkan daripada seorang Shahabat bagi Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam, namanya Anas radhiyallaahu ‘anhu bahawasanya seorang
laki-laki berkata ia ; Ya Rasulullah, telah berfirman Allah Ta‘ala di dalam Al
QuranNya kira-kira maknanya begini :
“ Sekalian
orang yang dikumpulkan mereka itu atas mukanya kepada Neraka Jahannam ”,
Adakah yang dihimpunkan itu
orang-orang kafir berjalankan muka, bagaimana rupa yang demikian itu ?
Bila didengar oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam,
lalu dijawab oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan pertanyaannya,
sabdanya :
‘ Tidakkah
Tuhan yang menjalankan kafir dengan dua kakinya di dalam dunia itu kuasa Ia
menjalankan akan dia atas mukanya ’ .
Kata rawi bila didengar oleh seorang Shahabat Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam, namanya Qatadah, lalu berkata ia pada waktu sampai khabar
ini ; Bahkan Amat Kuasa Tuhan itu Demi Kemuliaan Tuhan kami .
Meriwayatkan hadits ini oleh Bukhari dan Muslim .
Rujukan : Kitab Bahrul Madzi jilid 17
Selasa, 20 November 2012
Doa Iftitah - Hukum Membacanya Di Dalam Shalat
Disunatkan membaca doa iftitah itu
pada shalat fardhu dan shalat sunat, melainkan pada shalat jenazah, maka tiada
disunatkan doa iftitah itu di dalamnya, dan jikalau pada shalat atas ghaib atau
shalat jenazah di atas kubur sekalipun, tetapi tempat sunat membaca doa iftitah
itu jika ghaalib atas zhannya bahawasanya ia serta membaca doa iftitah mendapat
akan Al Faatihah dahulu daripada ruku’ imamnya .
Adapun jika pada zhannya apabila
dibacanya doa iftitah, nescaya luputlah akan dia sekalian Al Faatihah atau
setengahnya atau didapatnya akan imamnya di dalam yang lain daripada qiyam
seperti di dalam ruku’ atau i’tidal atau sujud atau duduk padahal imamnya belum
memberi salam atau picik ( sempit ) waktu dengan sekira-kira jika dibacanya doa
iftitah nescaya keluarlah setengah shalatnya daripada waktu, maka tiadalah sunat baginya membaca doa iftitah itu
Dan luput sunat
membaca doa iftitah itu dengan membaca :
ﺍﻟﺮَّﺠِﻴْﻡ ِ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻦ ﺑﭑﷲِ ﻤِﻦَ ُ أﻋُﻭْﺫ kerana luput tempatnya, maka
tiada disunatkan kembali kepadanya .
Dan demikian lagi, luput
membaca doa iftitah dengan duduk ma΄mum yang masbuq serta imamnya kerana luput tempatnya, tetapi jika dapat
oleh yang ma΄mum yang
masbuq akan imamnya di dalam tasyahud akhir, maka lalu memberi salam imamnya
tatkala ia masih lagi berdiri
atau didapatnya imam di dalam tasyahud awal, maka berdiri imamnya
tatkala ia masih lagi berdiri atau keluar imamnya daripada shalat sebab hadats
umpamanya dahulu daripada muwaafaqat ia akan dia, nescaya sunat baginya membaca doa iftitah pada tiga
shurah ( tiga keadaan / bentuk ) itu kerana tiada luput tempatnya .
Dan tiada luput
membaca doa iftitah dengan mengucap ta΄min serta imamnya
Rujukan :
Kitab Sabiilal Muhtadiin jilid 1
Hutang
Ketahui kiranya ya saudaraku ! Seorang yang mati di
dalam meninggal hutang pada orang-orang itu tiadalah Syara’ meringan-ringan
akan dia hingga tak mahu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sembahyang atasnya
pada mula-mulanya dan disuruhnya Shahabat-Shahabatnya sahaja sembahyangkan
tetapi tidaklah pula ditinggalkan sembahyang atasnya sama sekali bahkan disuruh
oleh Syara’ sembahyangkan . Maka dengarlah haditsnya yang berlaku pada zaman
Nabi kita iaitu hadits yang dikeluarkan dia oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan
katanya ;
Diriwayatkan daripada seorang Shahabat bagi Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam yang masyhur dipanggil orang dengan Abi Qatadah, katanya ;
Bahawasanya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam didatangkan seorang lelaki yang
diusung orang di atas pengusungnya supaya disembahyang atasnya .
Maka tahulah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan
jenazah itu ada meninggalkan hutang pada masa matinya itu, iapun lalu bersabda
:
‘ Sembahyang
olehmu sekalian ke atas taulan kamu sekalian yang diusung itu . Adapun aku
tiada sayugia sembahyang ke atasnya kerana bahawasanya atasnya hutang yang
belum dibayarnya ’ .
Bila didengar oleh Shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam akan sabdanya, lalu berkata ia ; Kata Abi Qatadah ; Hutang itu atas
hamba membayarnya, ya Rasulullah .
Maka sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Tidakkah
mahu perkataan engkau yang demikian itu dengan jalan dhaman sahaja melainkan
dengan syarat engkau yang menunaikan bayarnya, maka aku sembahyangkanlah
’ .
Jawab Abi Qatadah ; Hamba mengaku menunaikan bayarannya
. Kemudian daripada habis perkataan Abi Qatadah yang demikian itu, maka
sembahyanglah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam atas jenazah yang datang itu
.
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi ; Dan pada bab ini ada riwayat
daripada Jabir, Salamah bin Al Akwa’ dan Asma΄ binti
Yazid . Dan katanya lagi ;
Bermula hadits Abi Qatadah itu ialah hasan lagi shahih .
Hari Akhirat - Bercakap Dengan Tuhan
Bercakap Dengan Tuhan Pada Hari Akhirat
Kitab Bahrul Madzii jilid 17
Sungguhnya tiap-tiap orang yang dibawa ke hadapan Allah
Ta‘ala sebagai dibawa seorang yang di dalam dunia ke hadapan raja besar di
dunia, maka ditanya kepadanya bersemulut dengan Tuhan, tidak dengan ada tukang
cakapkan atau orang tengah, ditanya semuanya daripada apa yang dibuat di dalam
dunia, kecilnya dan besarnya, banyaknya dan sedikitnya dan seseni-seninya (
sehalus-halusnya ) .
Bermula dalil yang menunjukkan atas yang demikian itu
ialah sebagai hadits yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya
;
Diriwayatkan daripada seorang Shahabat Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam, namanya ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, katanya ; Telah
bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Tiada daripada sekalian
kamu daripada orang laki-laki dan perempuan melainkan lagi akan berkata-kata
dengan Tuhannya pada hari Qiyaamah dan tiada antara seseorang itu dengan
Tuhannya, orang tengah yang memperkatakan dan tiada juru bahasa ’ .
Sebagaimana firman Allah Ta‘ala di dalam Al Quran :
Ertinya : “ Dan sekalian manusia semuanya datang kepada Tuhannya pada
hari Qiyaamah dengan tinggal diri sebatang kara, tiada bersama-samanya anaknya
atau bapanya atau hartanya yang jadi penolong dan pembantu bicaranya ” .
( Shurah Maryam : Ayat 95 )
Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam lagi :
‘ Maka memandang oleh
seorang yang dibawa ke hadapan Tuhannya itu ke sebelah kanan daripada dirinya,
maka tiada nampak akan sesuatu daripada harta atau anak atau bapa atau saudara
atau siapa-siapa melainkan sesuatu yang dibawa daripada dunia daripada amal
baik jika ada amal kebajikan yang dibawanya, kemudian memandang pula seseorang itu
ke sebelah kiri daripadanya, maka tiada apa suatu jua yang dinampaknya ada
melainkan sesuatu yang dibawanya daripada amal kejahatan dan ma’shiat jika ada
ia orang yang berbuat jahat dan ma’shiat di dalam dunia . Kemudian memandang
pula ia bertentangan dengan hadapannya, maka dinampaknya api Neraka berhadap
kepadanya ’ .
Maka sudahlah jadi sangat haibah dan takutnya berdiri di
hadapan Tuhan itu menantikan apa yang mahu diperbuat ke atasnya dan apa yang
mahu ditanya kepadanya . Maka pada waktu itulah dinampak dengan mata kepala
akan firman Allah Ta‘ala :
“ Maka
demi sungguhnya Kami tanya akan orang yang dibangkitkan Pesuruh Allah kepada
mereka itu, apakah yang disampaikan oleh Pesuruh Kami dan adakah dijunjungnya
dan diamalkannya, dan demi sungguhnya Kami tanya akan sekalian Pesuruh Kami
akan apa-apa yang disampaikannya kepada ummatnya . Maka demi sungguhnya Kami
khabarkan apa yang diperbuat mereka itu dengan pengetahuan, dan tiada ada Kami
itu, yang tiada mengetahui apa suatu perbuatan manusia itu ” . ( Shurah
Al A’raaf : Ayat 6-7 )
Kata Ibnu ‘Abbas ; Maka dihantarkan pada hari Qiyaamah
itu akan kitab seseorang itu di hadapan seseorang itu dan ia sedang di hadapan
Tuhannya, maka berkatalah kitab itu akan apa yang diperbuatnya di dalam dunia .
Firman Tuhan lagi di dalam Al Quran :
Ertinya : “ Pada hari Qiyaamah itu dihimpun Allah akan
Pesuruh-PesurhNya, maka berfirman Ia kepada mereka itu ; Apa sekalian kamu mahu
beri jawab akan pertanyaan Aku pada hari ini ? Bukankah sungguhnya telah Aku
utuskan sekalian kamu menyampaikan apa kehendak Aku kepada makhluq, maka apakah
telah sekalian kamu perbuat ? .
Bila didengar sekalian Pesuruh
Allah akan firmanNya itu, lalu mereka itu
menjawabnya dengan katanya : Tiada tahu kami
ya Tuhanku, sungguhnya Engkau Tuhan Yang Mengetahui segala yang ghaib ”
.
(
Shurah Al Ma‘idah : Ayat 109 )
Sebab pun sekalian Pesuruh Allah berkata demikian itu
ialah kerana sangat haibahnya di hati mereka itu akan Tuhannya, lalu berkata
mereka itu demikian pada hanya mereka itu tahukan semua apa yang diperbuatnya
di dunia, tetapi dengan sebab sudah jadi keliru ‘aqal mereka itu oleh sebab
takut, sudahlah tiada tahu mereka itu menjawab apa pertanyaan Tuhan itu . Demikianlah
perihal manusia pada hari Qiyaamah itu .
Kata ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu lagi ; Telah
bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Barang siapa kuasa
daripada sekalian kamu bahawa memelihara mukanya daripada panas Neraka Jahannam
jikalau dengan sebelah tamar sekalipun, maka perbuatlah akan dia’, ya’ni
bershadaqahlah sekalian kamu jikalau sedikit sekalipun kerana terkadang
berjumpa dengan orang yang sangat berhajat kepada sedikit itu ’ .
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi ; Bermula ini hadits hasan
lagi shahih .
Isnin, 19 November 2012
Siapa Yang Afdhal Memandikan Jenazah
Orang lelaki lebih utama bagi memandikan mayat lelaki
dan orang perempuan lebih utama bagi memandikan mayat perempuan .
Dan orang lelaki boleh memandikan mayat isterinya dan
isterinya juga boleh memandikan mayat suaminya sekalipun perempuan itu sudah berkahwin
dengan lelaki lain serta sunat menyentuh mayat yang dimandikannya itu dengan
membungkuskan tangannya dengan cebis kain .
{ Persoalan }
Lelaki Yang Mana ???
Atau Perempuan Yang Mana ???
Atau Suami Yang Mana ???
Atau Isteri Yang Mana ???
Yang Dapat Memandikan Mayat
Pasangannya ???
Atau Anak Yang Mana ???
Yang Dapat Memandikan Mayat Ibu
Bapanya ???
Kesimpulan :
Sekalipun Hukum Memandikan Mayat,
Mengkafankan Mayat, Menshalatkannya Adalah Fardhu Kifaayah Namun Ahli Keluarga
Sendiri Adalah Yang Paling Afdhal Bagi Melakukannya, Maka Tuntutlah ‘Ilmu Agama
Agar Dapat Kita Menyempurnakan Ubudiyyah ( Kehambaan ) Kita Kepada Allah Ta‘ala
Dengan Sebaik-Baiknya . In syaa Allaah .
Mandi Wajib Bagi Orang Yang Berpenyakit Telur Kutu Pada Rambut
Para ‘Ulama΄ ada menyebutkan di dalam bab
mandi bahawa adalah dimaafkan bathin simpulan rambut apabila rambut itu menjadi
tersimpul dengan sendirinya, ya’ni tidak wajib menghuraikan simpulan itu untuk
menyampaikan air padanya sepertimana halnya dimaafkan seseorang yang dibalakan
dengan adanya penyakit telur kutu pada pangkal rambutnya sehingga menyekat
sampainya air kepada pangkal rambut itu, ya’ni tidak wajib dibuang telur-telur
kutu itu bagi menyampaikan air kepada pangkal rambut itu ketika mandi wajib .
Khilaf bagi Syeikh Zakaria Al Anshaari yang menjelaskan
bahawa ; Orang yang berpenyakit telur kutu itu tidak boleh dimasukkan atau disamakan
dengan orang yang rambutnya tersimpul dengan sendirinya, bahkan orang yang
berpenyakit telur kutu itu hendaklah ia bertayammum bagi menjabarkan (
menampung ) bahagian pangkal rambut yang tidak sampai air kepadanya kerana
telur kutu itu .
Wallaahu a’lam
Memberi Dan Menjawab Salam siri 1
Sunat bagi wanita memberi salam kepada :
1 : Sesama wanita .
2 : Suaminya .
3 : Mahramnya .
4 : Lelaki ajnabi jika wanita tersebut telah tergolong sebagai
wanita tua yang tidak menarik syahwat kepada lelaki ajnabi dan wanita ini
adalah wajib menjawab salam daripada lelaki
ajnabi (bukan mahram) jika diberi salam oleh lelaki ajnabi tersebut .
Adapun bagi wanita yang menarik syahwat dalam keadaan
bersendirian, maka adalah diharamkan
menjawab salam daripada lelaki ajnabi yang bersendirian dan haram pula bagi wanita
tersebut memulai memberi salam kepada lelaki ajnabi yang bersendirian .
Adapun bagi lelaki ajnabi itu pula, maka adalah makruh
menjawab salam daripada wanita yang menarik syahwat dalam keadaan bersendirian,
dan makruh pula bagi lelaki ajnabi yang bersendirian itu memberi salam kepada wanita
tersebut .
Dan jika seseorang lelaki mengucapkan salam kepada
segolongan wanita, maka wajib atas salah seorang di antara mereka itu menjawabnya kerana dalam suasana begitu tidak
dikhuatirkan timbul fitnah .
Rujukan : Kitab Fathul Mu‘in jilid 3
Ahad, 18 November 2012
Sabtu, 17 November 2012
Bab Keluar Tandas Dan Doanya
Bab Barang Yang Dikata Apabila
Keluar Seseorang Daripada Jamban
54. Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Telah dinyatakan
bacaan dan doa masuk jamban pada bab yang dahulu daripada ini, maka janganlah
lupakan dia . Maka sekarang hendak menyatakan apakah pula doanya apakala keluar
dari jamban itu ? Ya saudaraku ! Inilah satu hadits yang didatangkan oleh
Tirmidzi pada menyatakan keluar dari jamban dan doa Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam pada waktu keluarnya, demikian bunyinya :
Diriwayatkan daripada Siti ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha,
katanya : Adalah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam apabila keluar ia dari jambannya, ya’ni buang air kecil atau besarnya,
berkatalah ia, demikianlah bunyinya :
ﻏُﻔْﺭَﺍﻧَﻙَ
Ertinya ; ‘ Aku mintakan ampun Engkau ya Tuhanku ’ .
Kata Abu ‘Isa : Hadits ini
hasan, lagi gharib .
55. Masalah : Keluar dari
jamban dan doanya .
Ya saudaraku ! Dengan hadits yang di dalam masalah 54
itu dapatlah kita tahu akan satu amalan Nabi kita iaitu apabila keluar dari
jamban membaca ia akan doa ini ﻏُﻔْﺭَﺍﻧَﻙَ maka sayugia bagi seorang yang menyempurnakan adab qadha hajat
itu jangan kurang daripada menurut sebagai perbuatan Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam supaya tiada keluar beberapa nama amalan yang diamalkan daripada
menurutnya .
56. Masalah : Keluar dari
jamban, mengapa berdoa ?
Adalah berdoa keluar dari jamban itu suatu amal yang
tiada sayugianya dilupakan kerana ialah satu pelajaran yang amat berharga Bukankah masuk jamban tadi membuang fadhilat,
ya’ni hampas-hampas makanan yang busuk-busuk yang tiada faedah bagi jisim
dengan senangnya, maka membuang hampas dengan senangnya, ya’ni tiada susah dan
tiada sakit, bukankah satu nikmat ? Kemudian tinggal pati daripada yang dibuang
tadi bagi menyuburkan tubuh, bukankah pula satu nikmat ? Maka membuang hampas
itu jika dipayahkan Tuhan, apalah kita kata ? Dan dengan sebab terbuang hampas
itu jadi pula daripadanya beberapa nikmat yang tiada kita terucapkan syukur
kepadaNya .
Maka manakala ingat seorang akan banyak nikmat yang
diberinya dan tiada terucapkan syukur, maka sayugialah membayar qadhanya dengan
meminta ampun . Jikalau dengan bahasa ‘Arab : ﻏُﻔْﺭَﺍﻧَﻙَ Ertinya ; ‘ Ku pohonkan pada
Engkau ya Tuhanku akan ampunkan hambaMu yang tiada terucapkannya syukur akan
nikmat Engkau yang tiada terbilang ’ .
Rujukan : Kitab Bahrul Madzi jilid 1
Bab Masuk Jamban / Tandas
Bab Barang Yang Dikatakan Oleh Seseorang
Apabila Masuk Ia Akan
Jamban
49. Ketahuilah kiranya wahai saudaraku ! Bermula jamban
itu ialah tempat buang kencing dan berak, sama ada di dalam negeri atau di
padang-padang dan di gompong-gompong dan sama ada berpagar atau tiada berpagar
dan sama ada ia setempat atau beberapa tempat, maka semuanya itu telah dinamai
orang akan jamban kerana berbuang air kencing dan berak padanya .
50. Masalah : Masuk jamban dan
haditsnya .
Sanya telah dikeluarkan oleh Tirmidzi akan beberapa
hadits riwayat masuk jamban ini dan aku ambil satu sahaja . Demikian bunyinya :
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu,
daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Apabila
masuk ia akan jamban, membaca ia akan doa ini ’ :
Ertinya : ‘ Ya Tuhanku ! Bahawasanya aku berlindung dengan Dikau daripada
syaithan-syaithan jantan dan syaithan betina ’ .
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi :
Bermula hadits ini hasan shahih .
51. Masalah : Khubuts dan
Khabaaits dan maknanya .
Sanya telah bersalah-salahan ‘Ulama΄ makna Khubuts dan Khabaaits itu . Kata qiil ialah kejahatan . Dan
kata qiil bermakna kufur . Dan kata qiil makna Al Khubuts itu syaithan dan
makna Khabaaits itu ma’shiat .
Kata Ibnul ‘Arabi : Bermula Al Khubuts itu pada kalam ‘Arab
maknanya yang dibenci, maka jadilah makna doa itu : Ya
Tuhanku ! Berlindung aku dengan Dikau daripada yang keji . Sekiranya
perkataan ialah maki dan umpat nista . Dan jika yang dikeji itu daripada i’tiqad,
maka ialah kufurkan dengan hal dan I’tiqad tiada baik dengan seseorang . Dan
jika yang dikeji itu daripada makanan, maka ialah haram . Dan jika ia daripada
minuman, maka ialah yang mudharat . Maka semua itulah yang dilindungkan daripada
Allah . Wallaahu a’lam .
52. Masalah : Masuk jamban dan
masa membaca doanya .
Lihatlah doa masuk jamban di dalam masalah 50 itu . Maka
menggunakan doa ini apabila jamban itu berumah, maka sebelum melangkah bendul
pintunya, maka bacalah doanya waktu itu . Dan jika tiada tempat seperti di
padang-padang dan di gompong -gompong, maka waktu hendak membuka kain dan
menyingkapkan nya, bacalah akan dia . Demikianlah masa membaca doa itu .
53. Masalah : Masuk jamban,
mengapa membaca doanya ?
Ya saudaraku ! Inilah satu pengajaran Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam kepada ummatnya yang tiada ma’sum, maka Nabi kita dan lainnya itu ma’sum
daripada dosa, tetapi membaca ia akan doa waktu masuk jamban itu, ia hendak
mengajar ummatnya dengan perbuatan dan memberi ketahuikan bahawasanya seorang
yang masuk jamban dengan tiada membaca doanya amatlah sukacita syaithan oleh
dapat ia sertanya di dalam jamban . Maka seorang yang di dalam jamban hendak
menghalaunya dengan menyebut nama Allah bukannya temapt menyebutnya kerana
tempat kotor dan najis . Dengan kerana itu bagi menghalaukan dia dan tiada memberi
akan dia bersama masuk jamban disebutkan nama Allah dengan kata ; ‘ A ‘uudzubillaah,
ertinya ; ‘ Aku berlindung dengan Allah
’ . Dan berlindung dahulu daripada menyebut Allah itu supaya tersimpul
peliharaan antara yang mengucapnya dengan antara syaithan dan keluar ia .
Rujukan : Kitab Bahrul Madzi jilid 1
Shalat Jenazah Tanpa Wudhu
Harus Shalat Jenazah
Tanpa Wudhu΄ ???
Adapun haram shalat dengan ketiadaan wudhu΄ daripada air atau tanah ( tayammum ) itu .
Kata Imam Nawawi : Telah
ijma’ Al Ummat atas haramnya .
Dan tiada faraq ( beza ) antara shalat fardhu atau shalat
sunat atau sujud tilawah dan sujud syukur dan shalat akan orang mati ( shalat
jenazah ) melainkan barang yang dihikayatkan dia daripada Asy Sya’bi dan
Muhammad bin Jarir Ath Thabari daripada qaul keduanya : Harus shalatkan orang
mati dengan tiada suci .
Kata Imam Nawawi : BERMULA
MADZHAB INI BATAL DAN TELAH IJMA’ ‘ULAMA΄ MENYALAHINYA .
Masalah : Jadi kafirkah ( orang yang ) shalat ( dengan ) tiada
suci ?
Kata Imam Nawawi : Bermula
shalat orang yang tiada suci dengan sengaja itu berdosa ia dan tiada menjadi
kafir di sisi Imam Syafie dan jumhur tetapi hendaklah takut sungguh-sungguh kerana
dihikayatkan daripada Abi Hanifah mengatakan kufur orang yang berhadats ( melakukan ) shalat itu oleh
mempermain-mainnya dan dalil kita bahawasanya kufur itu bagi i’tiqad dan ini
orang yang shalat, ada shahih i’tiqadnya .
Rujukan : Kitab Bahrul Madzi Jilid 1
Khamis, 15 November 2012
Kelebihan Menderma Dan Keburukan Bakhil
1 : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa
sallam :
‘ Tiada
dithabiatkan dengan thabiat wali Allah itu melainkan atas orang-orang yang
menderma dengan ikhlas dan atas orang-orang yang elok perangai ’ .
2 : Telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
‘ Bermula
rezeki itu datang ia kepada isi rumah yang ada di dalamnya orang-orang yang
murah hati, suka menderma dengan ikhlas,
datang balasnya
lebih segera daripada pisau makan belakang unta ’, ya’ni menderma itu
mendatangkan rezeki dan sebaik balasan
yang segera dapat ’ .
3 : Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, bersabda :
‘ Orang
yang dermawan itu hampir ia daripada rahmat Allah
dan pahalanya,
hampir ia daripada Syurga,
lagi hampir ia
daripada manusia ’
.
Masalah : Dermawan itu hampir dengan Syurga dan hampir dengan
orang sebab hampir dengan Syurga kerana Syurga itu rumah orang dermawan dan
kerana usahanya pada barang yang menjadikan dia mencapainya dan pergi menuju
jalannya . Adapun hampir orang kerana kasih orang-orang itu akan dia, tiadalah
orang-orang tidak kasih kerana dengan murah hatinya dapat lepas kesempitan
orang yang sempit dan sukacita hati orang yang dukacita dan dapat kesenangan
daripadanya .
Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam lagi :
‘ Jauh
ia daripada Neraka dengan sebab usahanya itu dan jadi dermawan itu dinding
daripada api Neraka’ . Dan orang yang kikir itu jauh ia daripada rahmat Allah,
jauh ia daripada Syurga, jauh ia daripada manusia, dekat ia kepada api Neraka
’ .
Rujukan : Kitab Bahrul Madzi jilid 13
Langgan:
Catatan (Atom)