Ahad, 19 Jun 2011

Alhamdulillaah Dan Rukunnya

 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 3 )


Maka berkata ia : ﺍﻟﺤﻤﺪ ertinya : Bermula segala puji itu bagi Allah .

Bermula puji itu terbahagi atas empat :

Pertama : Puji qadim bagi qadim, dan iaitu puji Allah akan diriNya pada azali .

Dan kedua : Puji qadim pada hadits, dan iaitu memuji Allah Ta‘ala bagi Anbiya΄Nya dan Auliya΄Nya seperti firmanNya :  
   
  ﺃﻭﺍﺏ  ﺇﻧﻪ    ۖ  ﭐﻟﻌﺑﺪ   ﻧﻌﻡ  ﴿

Ertinya : “ Sebaik-baik hambaKu itu yang banyak taubat ” .
( Shurah Shad : Ayat 30 )

Dan yang ketiga : Puji hadits bagi hadits, dan iaitu memuji hamba setengah akan setengah mereka itu seperti dikatanya : sebaik-baik manusia itu si anu .

Dan keempat : Puji hadits bagi qadim, dan iaitu memuji hamba akan Tuhannya seperti dikatanya :

  ﻫﺪﺍﻧﺎ   اﻟﺫﻱ     ﺍﻟﺤﻤﺪ  ﴿ 

Ertinya : “ Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami hidayah ” .


Makna puji pada lughah dan istilah

Bermula makna puji pada lughah itu : 

ﺍﻟﺗﻌﻅﻴﻢ  ﺠﻬﺔ  ﻋﻟﻰ  ﺍﻹﺨﺗﻴﺎﺭﻱ  ﺍﻟﺠﻤﻴﻞ  ﻋﻟﻰ  ﺑﺎﻟﺠﻤﻴﻞ   ﺍﻟﺛﻧﺎﺀ  ﻫﻭ ﴿

Iaitu memuji dengan keelokkan atas shifat yang elok yang ikhtiyaari atas pihak membesarkan dia .

Dan puji pada istilah itu : Perbuatan yang memberitahu ia daripada membesarkan akan yang memberi nikmat dengan sebab keadaan nya yang memberi nikmat atas orang yang memuji atau atas orang yang lainnya, sama ada perbuatan itu perkataan dengan lidah orang atau i’tiqad dengan hati atau amal dengan segala anggota .

Rukun Puji

Bermula rukun puji itu lima perkara :

Pertama : ﺤﺎﻤﺪ ya’ni orang yang memuji, maka yang memuji di sini, Syeikh Sanusi .

Kedua : ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu yang kena puji iaitu Allah Ta‘ala .

Ketiga : ﺑﻪ  ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu shifat yang kepujian yang tsabit ia bagi Allah .

Keempat :   ﻋﻟﻴﻪ  ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu nikmat yang dipuji atasnya .

Kelima :  Lafaz seperti katanya  ﺍﻟﺤﻤﺪ  atau si anu pemurah .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan