﴾ Syahdan ﴿ Ketahui olehmu, hai orang yang diberi taufiq oleh Allah bahawasa mengetahui hukum ‘aqal yang tiga ini dan ulang-ulang mendarus akan dia hingga mahir dan teguh dan tetap ia di dalam hati pada mengetahui akan dia supaya jangan berkehendak oleh fikir dan bicara pada mengingatkan maknanya kepada payah adalah yang demikian itu setengah daripada barang yang wajib atas tiap-tiap mukallaf yang ber‘aqal yang berkehendak kemenangan dengan mengenal Allah Ta‘ala dan mengenal NabiNya yang mursal ‘alaihi mush shalaatu was salaam .
Tetapi kata Imam Haramain dan jama‘ah ‘Ulama΄ bahawasanya : Mengenal segala bahagi hukum ‘aqal yang tiga inilah ‘aqal . Maka barang siapa tiada mengenal dia dengan maknanya, maka orang itu tiada ber‘aqal .
Dan kata mushannif, ya’ni Syeikh Sanusi :
﴾ ﺸﺭﻋﺎ ﻤﻜﻟﻑ ﻜﻝّ ﻋﻟﻰ ﻮﻴﺠﺏ ﴿
Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf dengan sebab Syara’ .
ﻤﻭﻻﻧﺎ ّ ﺤﻖ ﻓﻲ ﻴﺠﺐ ﻤﺎ ﻴﻌﺭﻑ ﺃﻦ ﴿
﴾ ﻴﺠﻭﺯ ﻤﺎ ﻭ ﻴﺴﺗﺤﻴﻞ ﻤﺎ ﻭ ّ ﻋﺯ ﻭ ﺠﻞّ
Ertinya : Bahawa mengenal ia akan barang yang wajib pda hak Tuhan kita Jalla wa ‘Azza dan barang yang mustahil dan barang yang harus padanya .
Ketahui olehmu, bahawa wajib itu dua perkara : Adakalanya wajib Syar‘ie maknanya keadaan suatu itu dengan sekira-kira diberi pahala atas orang yang berbuat dia dan disiksa atas orang yang meninggalkan dia seperti barang yang telah lalu sebutnya . Dan adakalanya wajib ‘aqli, maknanya ketiadaan menerima ternafi pada ‘aqal, maka telah lalu sebutnya jua .
Maka wajib Syara’ itu ‘alamatnya datang lafaz ( ﻋﻟﻰ ) kemudian daripada lafaz ( ﻴﺠﺐ ) itu seperti yang dikata oleh mushannif ( ﻤﻜﻟﻑ ﻜﻝ ﻋﻟﻰ ﻮﻴﺠﺏ ) .
Dan wajib ‘aqal itu datang ‘alamatnya lafaz ( ﻻﻡ ) atau ( ﻓﻲ ) yang dengan makna ( ﻻﻡ ) seperti yang dikata oleh mushannif ( ﻟﻤﻭﻻﻧﺎ ﻴﺠﺏ ﻓﻤﺎ ) .
﴾ Tatimmah ﴿ Ketahui olehmu, bahawa wajib Syara’ itu atas hak mukallaf dan wajib ‘aqal itu pada hak Allah Ta‘ala dan terkadang dikatakan dia pada hak mukallaf pula seperti Nabi yang mursal dan Anbiya΄ seperti yang lagi akan datang bicaranya . Insyaa Allaah Ta‘ala .
Dan murad dengan mukallaf di sini, jin dan manusia tetapi mukallaf manusia itu sampai umur seperti yang lagi akan datang sebutnya . Dan mukallaf jin itu daripada waktu jadinya .
Dan adapun segala Malaikat, maka tiada mereka itu mukallaf atas qaul yang rajih dan jikalau adalah Nabi s.a.w disuruh kepada mereka itu sekalipun kerana bahawasa disuruh akan dia kepada mereka itu sungguhnya ia menyuruh tasyriif. ertinya memuliakan, bukan irsaal kerana taklif .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan