Ahad, 19 Jun 2011

Shalawat Dan Salam

 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 4 )


Kemudian diiringi oleh mushannif itu dengan shalawat dan salam atas Nabi Muhammad dengan katanya :

  ﭐﷲ   ﺮﺴﻮﻞ    ﻋﻟﻰ    ﻮﺍﻟﺴﻼﻢ    ﻮﺍﻟﺼﻼﺓ  ﴿ 
Bermula rahmat Allah dan salamnya itu atas Rasulullah iaitu Nabi Muhammad s.a.w, sungguhnya mendatang ia dengan shalawat atas Nabi s.a.w kerana warid daripada hadits :

ﺍﻠﻤﻼﺋﻛﺔ   ﺗﺯﻝ   ﻠﻡ   ﻛﺗﺎﺏ   ﻓﻲ   ﻋﻠﻲ   ﺼﻠﻰ   ﻤﻦ  ﴿

  ﺍﻠﻜﺗﺎﺏ   ﺬﻠﻚ   ﻓﻲ   ﺍﺴﻤﻲ   ﺪﺍﻡ   ﻤﺎ   ﻠﻪ  ﺗﺴﺗﻐﻔﺭ  

Ertinya : ‘ Barang siapa shalawat ia atasku di dalam kitab nescaya sentiasa Malaikat meminta ampun ia baginya selama ada namaku di dalam demikian kitab itu ’ .

Dan dihimpunkan salam dengan shalawat itu kerana hendak melepaskan daripada makruh menunggalkan salah suatu daripada keduanya selama tiada tempat yang datang warid menunggal akan dia . Adapun jikalau datang warid dengan menunggalkan dia, maka tiada makruh menunggalkan dia .

Dan ketahui olehmu, bahawasanya makna shalawat pada lughah itu doa . Dan kata setengah maknanya dengan nisbah bagi Allah, rahmat ertinya shalawat itu jika datang daripada Allah, dinamakan rahmat ertinya telah menurun oleh Allah akan kebajikan atas RasulNya . Dan jikalau datang daripada Malaikat, dinamakan istighfar . Dan jikalau datang daripada manusia dan jin dan lainnya daripada kayu dan batu dinamakan doa, ertinya memohon oleh mereka itu akan Allah menambahkan rahmat atas Rasul .

Faedah :

Bermula qaul yang shahih bahawasa Nabi s.a.w beroleh manfaat ia dengan shalawat ummat atasnya seperti Anbiya΄ yang lain jua . Dan kata qiil : Bermula manfaat itu kembali atas orang yang menshalawat jua, tiada atas Nabi s.a.w kerana Nabi itu telah sempurna atasnya kamal . Dan ditolak akan kata qiil ini dengan bahawasa Nabi s.a.w sentiasa ternaik ia pada kamalat selama-lama kerana tiada daripada kamal melainkan di sisi Allah terlebih akmal daripadanya seperti barang yang diisyaratkan bagi demikian itu dengan firman Allah :

  ﭐﻷﻭﻠﻰ    ﻤﻦ    ﺨﻴﺭﻠﻙ    ﻭﻠﻸﺨﺭﺓ  ﴿
Ertinya : “ Dan hari yang kemudian itu terlebih baik bagi engkau ya Muhammad daripada hari yang dahulu ” .
( Shurah Adh Dhuha : Ayat 4 )

Ya’ni zaman yang kemudian itu terlebih baik bagi Nabi daripada zaman yang dahulu . Tetapi sungguhpun memberi manfaat shalawat ummat itu akan Nabi, tiada sayugianya kita sharihkan dengan demikian itu melainkan pada tempat belajar dan mengajar .  

Dan adapun salam itu, maka maknanya aman . Bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w daripada barang yang ketakutan ia atas ummat nya kerana bahawasa Nabi s.a.w itu maksum . Maka betapa takut ia atas dirinya bahkan takut ia atasnya kerana haibah dan kerana membesarkan Allah kerana seorang itu tiap-tiap bersangatan dampingnya daripada Allah nescaya bersangatan takutnya kepada Allah . Dari kerana inilah bersabda Nabi s.a.w : Bahawasa aku terlebih takut daripada sekelian kamu daripada Allah .

Dan kata qiil : Bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w daripada barang yang takut ia atas dirinya pada ketika bersangatan kepicikan pada Padang Mahsyar kerana bahawasanya lupa ia akan ‘ashamah nya seperti sekelian Anbiya΄ ‘alaihimush shalaatu was salaam .

Dan telah mentafsir oleh setengah ‘Ulama΄ akan salam itu dengan tahiyyat . Dan bermula murad dengan tahiyyat pada hak Allah Ta‘ala serta RasulNya itu bahawa mengkhithab ia akan dia dengan kalamNya yang qadim yang menunjukkan atas terangkat maqamnya yang amat besar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan