﴾ Tanbih ﴿
Maka makna nazhar pada lughah itu, memandang dengan mata kepala . Dan maknanya pada istilah itu, iaitu kita aturkan dua pekerjaan yang maklum keduanya supaya sampai kepada mengetahui pekerjaan yang majhul seperti kita susunkan qadhiyah sugha serta qadhiyah kubra, kemudian diambil natijah daripada keduanya seperti kita kata :
﴾ ﺤﺎﺪﺚ ﻤﺗﻐﻴﺭ ﻜﻝّ ﻭ ٬ ﻤﺗﻐﻴﺭ ﺍﻟﻌﺎﻟﻡ ﴿
Ertinya : Bermula alam ini berubah-ubah, ini dinamakan qadhiyah sughra, dan tiap-tiap yang berubah-ubah itu baharu, ini dinamakan qadhiyah kubra .
Maka natijahnya itu : Bermula alam ini baharu .
Dan makna natijah itu : Faedah daripada dua jumlah itu .
Dan jumlah pun namanya dan qadhiyah pun namanya .
Maka hendaklah kita tilik kepada segala kelakuan diri kita kerana ia terlebih hampir kepada kita . Maka adalah pada diri kita itu terkandung atas pendengar dan penglihat dan berkata-kata dan panjang dan lebar dan pendek dan redha dan marah dan putih dan merah kulit dan hitam dan ‘ilmu dan jahil dan iman dan kufur dan lazat dan pedih dan lainnya daripada segala ‘aradh yang berdiri pada kita . Maka sekeliannya itu berubah-ubah dan keluar daripada ‘adam kepada wujud dan daripada wujud kepada ‘adam . Dan yang demikian itu dalil bagi baharu dan berkehendak kepada yang menjadikan dia dan yang menjadikan dia itu Tuhan yang amat kuasa lagi wajib al wujud lagi am ‘ilmuNya lagi sempurna qudratNya dan iradatNya .
Kemudian maka tilik pula kepada alam yang di atas daripada tujuh petala langit dan bulan dan matahari dan bintang, setengah besar dan setengah kecil dan setengahnya berjalan dan setengahnya tetap dan ada baginya pihak yang tertentu dan setengahnya bercahaya dan setengahnya kelam . Maka sekelian itu menunjukkan baharu kerana berubah-ubah dan tiap-tiap yang baharu itu berkehendak kepada yang menjadikan dia .
Kemudian tilik kepada alam yang di bawah daripada hawa dan awan dan bumi dan barang yang terkandung padanya daripada laut dan ma‘aadin dan kayu dan batu dan bagai-bagai binatang lainnya . Maka sekelian itu menunjukkan baharu dan berkehendak kepada yang menjadikan dia kerana makna alam itu alamat yang menunjukkan akan keadaan Allah Ta‘ala yang menjadikan dia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan