Ahad, 19 Jun 2011

Ma’rifatullaah ( Mengenal Allah Ta‘ala )


Aqiidatun Najiin ( Siri 17 )


Dan hasilnya yang dinamakan ma’rifat itu tiga qaid :

Yang pertama : Jazam .

Kedua : Muwaafaqat dengan yang sebenar .

Dan ketiga : Dengan dalil .

Tetapi telah lalu sebutnya bahawasa dalil yang dituntut atas mukallaf itu dalil jumli jua dan iaitu lemah ia daripada menetapkan dalil dan lemah ia daripada menghuraikan syuhbah . Dan sekurang-kurang dalil jumali itu, apabila ditanyai orang baginya : apa dalil tanda ada Allah Ta‘ala ? Maka dijawab ia : Makhluq ini.

Dan kata Mushannif : Mengenal barang yang wajib bagi Allah ‘Azza wa Jalla, ertinya mengenal sekelian barang yang wajib kerana difaham daripada lafaz ( ﻤﺎ ) itu daripada sighah umum, tetapi yang wajib mengenal atas jalan tafshil itu iaitu dua puluh yang lagi akan datang sebutnya .

Dan yang lain daripada dua puluh itu wajib mengenal atas jalan ijmal jua dan iaitu segala shifat kamalat bagi Allah Ta‘ala seperti bahawa ia i’tiqadkan tiap-tiap shifat kamalat itu wajib bagi Allah bershifat dengan dia .

Demikian lagi mengenal akan barang yang mustahil, adakalanya wajib atas jalan tafshil iaitu dua puluh lawan dua puluh yang wajib dengan tafshil itu dan adakalanya atas jalan ijmal iaitu segala lawan shifat kamalat yang tiada terhingga, ya’ni kita i’tiqadkan segala shifat kekurangan itu mustahil atas Allah Ta‘ala bershifat dengan dia .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan