Ahad, 19 Jun 2011

Bilangan Anbiya΄

‘Aqiidatun Najiin ( Siri 22 )



Faedah ﴿

Adalah bilangan Anbiya΄ pada qaul yang mu’tamad tiada seorang mengetahui akan hingganya, tetapi adalah setengah daripada riwayat menghinggakan banyaknya iaitu sekati dua laksa empat ribu .

Dan jadi Rasul daripada mereka itu tiga ratus tiga belas orang .

Dan pada satu riwayat, tiga ratus tiga belas .

Ada pula qaul yang berkata, lima belas, ya’ni lebih daripada tiga ratus.

Dan yang terlebih afdhal daripada segala mereka itu, Nabi Muhammad s.a.w .

Dan mengiring Nabi kita itu, Nabi Ibrahim a.s .

Dan mengiring Nabi Ibrahim itu, Nabi Musa a.s .

Dan mengiring Nabi Musa itu, Nabi ‘Isa a.s .

Dan mengiring Nabi ‘Isa itu, Nabi Nuh a.s,

Maka yang lima ini setengah dinamakan Ulul ‘Azmi, ertinya orang yang sangat teguh sabarnya . Dan yang lain daripada lima ini, setengah mereka itu afdhal daripada setengahnya, tetapi tiada ditentukan oleh Syara’ akan kita melainkan yang lima ini jua .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan