Ahad, 19 Jun 2011

Baqa΄ Dan Keterangannya



‘Aqiidatun Najiin ( Siri 27 )


Dan kata Mushannif :

  ﺍﻠﺑﻘﺎﺀ   ﴿
                    
Ertinya : Yang ketiga daripada shifat yang wajib bagi Allah Ta‘ala itu baqa΄ . Ertinya : Kekal .


Dan makna kekal pada hak Allah Ta‘ala itu ketiadaan akhiriyyah wujudNya . Dan jikalau engkau kehendak, nescaya engkau kata : Tiada berkesudahan wujudNya, atau dikatakan : menafikan ‘adam yang menghubungkan bagi wujudNya, maka ketiga-tiga ‘ibarat itu satu maksud jua . Dan akhiriyyah itu diithlaqkan atas kesudahan dan iaitu yang dikehendaki di sini . Dan diithlaqkan akhiriyyah itu pula atas kekal kemudian daripada fana΄ makhluq .

Dan setengah daripadanya dengan makna ini nama Allah Ta‘ala itu Al Akhir dan muqabilnya dengan makna ini Al Awwaliyyah dengan makna terdahulu atas segala perkara .Dan setengah daripadanya dengan ini makna nama Allah Ta‘ala itu Al Awwal . 



Tanbih ﴿


Diketahui daripada barang yang terdahulu sebutnya bahawa Allah Ta‘ala itu tiada awal bagiNya dan tiada akhir bagiNya . Dan bahawa ‘adam kita pada azali itu, tiada awal baginya dan baginya akhir .

Dan adapun sekelian makhluq, maka baginya awal dan akhir . Dan segala nikmat Syurga dan Neraka, ada baginya awal dan tiada baginya akhir . Maka tiap-tiap daripada keduanya itu kekal tetapi pada Syara’, tiada pada ‘aqal kerana pada ‘aqal, harus ‘adam keduanya . Bersalahan Allah Ta‘ala itu, tiada tiada menerima fana΄ sekali-kali, tiada pada Syara’ dan tiada pada ‘aqal . Maka segala bahagi itu empat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan