Rukun Sembahyang Yang Kelima : Ruku’ serta Thama΄ninah
Syarat – syarat Ruku’ :
1 : Menyahajakan tunduk semata-mata untuk ruku’ .
2 : Menyampaikan kedua tangan kepada dua lutut jika berhajat meletakkannya .
3 : Thama΄ninah di dalam ruku’ .
Sunat – sunat haiah :
1 : Melafazkan takbir intiqal setelah selesai membaca shurah .
2 : Mula mengangkat kedua tangan beserta dengan memulakan takbir intiqal .
3 : Memanjangkan lam ( ﻞ ) pada Lafzul Jalaalah ( ﭐﷲ ) ketika takbir intiqal hingga sampai kepada ruku’ dengan syarat panjangnya tidak melebihi daripada empat belas harakat .
4 : Memegang kedua lutut dengan dua tapak tangan serta merenggangkan antara kedua lutut dan menjarangkan segala jari kedua tangan dengan sederhana ketika ruku’ .
5 : Membaca tasbih di dalam ruku’ sekurang-kurangnya sekali .
Bacaan Di Dalam Ruku'
بِحَمْدِهِ وَ ِ ﭐﻟْﻌَﻅِﻴْﻡ رَﺑِّﻲَ َ سُبْحَان
SuB Haa Na RaB Bi YaL
‘A ZHii Mi Wa Bi HaM Dih .
Terjemahan Secara Perkata
Maha Suci ← َ سُبْحَان
TuhanKu ← رَﺑِّﻲَ
Yang Maha Agung ← ِ ﭐﻟْﻌَﻅِﻴْﻡ
Dan ← وَ
Dengan KepujianNya ← بِحَمْدِهِ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan