Ahad, 19 Jun 2011

Shifat Wajib Bagi Allah Ta‘ala



‘Aqiidatun Najiin ( Siri 23 )

Berkata oleh Mushannif :

  ﺼﻔﺔ    ﻋﺸﺭﻭﻥ  ّ ﻋﺯ     ﺠﻞّ   ﻟﻤﻭﻻﻧﺎ     ﻴﺠﺏ    ﻓﻤﺎ  ﴿

Ertinya : Maka setengah daripada barang yang wajib bagi Tuhan kita Jalla wa ‘Azza itu dua puluh shifat .

Diithlaqkan shifat itu atas makna yang wujudi, yang berdiri ia dengan maushuf dan diithlaqkan dia pula atas barang yang lain daripada dzat. Inilah yang dikehendak di sini kerana bahawasanya yang dua puluh shifat ini, setengahnya barang yang ia wujudi seperti qudrat dan iradat . Dan setengah daripadanya barang yang ia hal seperti keadaan qadiiran dan muriidan . Dan setengah daripadanya barang yang ia ‘adami seperti qidam dan baqa΄ .

Dan barang yang menyebut akan dia oleh mushannif daripada bahawa yang wajib tafshil itu dua puluh shifat, dan yang mustahil itu tafshili pun seperti seperti demikian itu jua, iaitu dibinakan atas qaul yang berkata dengan tsubut ahwal yang diperbuat atas thariqah yang berkata dengan bahawa segala perkara itu empat bahagi :

Pertama : Maujudat dan iaitu barang yang sah dilihat dan dia .

Dan kedua : Ma’duumat dan iaitu barang yang tiada tsubut baginya .

Dan ketiga : Ahwal dan iaitu wasithah antara maujudat dan ma’duumat.

Dan keempat : Umur I’tibariyah dan iaitu barang yang baginya tsubut, tetapinya tiada naik ia kepada darjat ahwal dan tiada turun ia kepada ma’duumat, tiada atas qaul yang menafikan dia, ya’ni mushannif membilang dua puluh shifat itu tiada menjalani ia atas qaul yang menafikan ahwal yang diperbuat atas thariqah yang berkata dengan bahawa segala perkara itu tiga bahagi jua, maka hanyalah

Dan bermula thariqah ini ialah yang rajih tetapi telah berkata oleh setengah ‘Ulama΄ : Bermula yang sebenarnya bahawa tiada hal kerana bahawa hal itu mustahil, tetapi berkata oleh Mushannif di dalam setengah kitabnya dan dengan jumlahnya, maka masalah ini masyhur khilafnya dan bagi tiap-tiap daripada dua qaul itu ada beberapa dalil yang diketahui akan dia daripada tempatnya .

Dan lagi kata mushannif pada Syarah Wustha : Jahil dengan itu hal tiada memberi mudharat pada ‘aqaaid kerana bahawasanya tiada tsabit baginya pada dirinya dan tiada dengan i’tibar bagi yang lainnya, ya’ni yang lain daripada dirinya kerana bahawasanya ‘ibarat daripada berdiri shifat ma‘ani itu dengan dzat dan tiada ia pekerjaan yang lebih atas yang demikian itu . Maka adalah pada qaul ini dikatakan keadaan Allah Ta‘ala qaadiran itu ‘ibarat daripada berdiri qudrat dengan dzat Allah Ta‘ala dan tiada ada shifat yang lain lagi .

Ketahui olehmu, bahawa qaul ini bukan ia menafikan shifat ma’nawiyah itu semata-mata, hanya ia menafikan shifat yang asing daripada shifat ma‘ani itu jua kerana orang yang menafikan shifat ma’nawiyah itu kufur ia seperti yang lagi akan datang sebutnya .

Dan atas qaul yang mentsabitkan hal iaitu qaul mu’tamad, berkata ia kaunuhu qaadiran itu bukan ‘ibarat daripada berdiri qudrat dengan dzat, dan sungguhnya ia shifat yang lain daripada qudrat yang tsabit pada dzihin, tiada maujud ia pada kharij dan tiada ma’dum pada dzihin yang lebih ia daripada berdiri qudrat, ya’ni yang lain daripada berdiri qudrat dengan dzat . 

Dan qudrat dan kaunuhu qaadiran itu atas qaul ini dua shifat antara keduanya berlazim-laziman, maka kaunuhu qaadiran itu melazimkan qudrat yang berdiri ia pada dzat, maka tatkala berdiri qudrat itu melazimkan kaunuhu qaadiran . Maka barang siapa menafikan shifat ma’nawiyah itu atau nafi sesuatu shifat daripadanya, jadi kafir dengan ijma’ kerana adalah ia tsabit bagi Allah Subhaanahu wa Ta‘ala dengan ittifaq Ahli al Sunnah dan Mu΄tazilah . Bersalahan orang yang tiada mengetahui ia akan ma’nawiyah, tiada kufur seperti yang telah lalu sebutnya .

Dan demikian lagi, barang siapa menafikan shifat ma‘ani daripada asalnya, ya’ni daripada lazimnya seperti berkata ia Allah Ta‘ala itu tiada qaadiran umpamanya dengan dzatNya dan tiada dengan shifat qudrat yang berdiri dengan Dia, jadi kafir juga . Bersalahan orang yang tiada menafikan dengan asalnya seperti Mu΄tazilah yang berkata ia : tiada bagi Allah itu shifat ma‘ani dan sungguhnya Ia qadir dengan dzatNya dan ‘alim dengan dzatNya . Demikianlah hingga akhirnya tiada kufur i’tiqad itu tetapi fasiq dan bid‘ah jua .

Dan hasilnya bahawasanya terbahagi shifat itu atas empat bahagi :

Pertama : Shifat nafsiyah .

Dan kedua : Shifat salbiyah .

Dan ketiga : Shifat ma’nawiyah .

Dan keempat : Shifat ma‘ani .

Maka barang siapa menafikan sesuatu shifat daripada tiga bahagi yang pertama itu, atau dikatanya baharu, atau syak ia pada baharunya atau qadimnya, atau terhenti seperti bahawa tiada menghukumkan ia dengan bahawa qadim atau baharu, nescaya jadi kafir ia kerana bahawasanya lazim daripada nafi suatu daripadanya kepada Allah Ta‘ala jadi kekurangan .

Dan barang siapa menafikan bahagi yang keempat, iaitu shifat ma‘ani seperti kaum Mu‘aththilah, tiada kufur ia kerana bahawasanya tiada lazim daripada nafinya itu kekurangan yang berdiri dengan dzatNya . Maka bahawasanya berkata ia qadir dengan tiada qudrat dan murid dengan tiada iradat . Demikianlah hingga akhirnya atas i’tiqad mereka itu . 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan