Ahad, 19 Jun 2011

Shifat Wujud Dan Keterangannya



‘Aqiidatun Najiin ( Siri 24 )


Dan kata Mushannif :

   ﺍﻠﻭﺠﻭﺪ   ﻫﻲ     ﴿

Ertinya : Yang dua puluh itu pertamanya : Wujud .

Ertinya, ada dzatNya, dengan makna bahawa wujudNya itu bagi dzatNya, tiada kerana ‘illat, ertinya bahawa yang lainnya itu tiada memberi bekas pada mengadakan Allah Ta‘ala . Dan bukan murad bahawa dzat itu memberi bekas ia pada mengadakan dirinya kerana tiada berkata akan dia oleh orang yang ber‘aqal .

Dan hanyasanya mendahulu ia akan wujud atas yang lainnya kerana bahawasanya ia seperti asal bagi barang yang lainnya kerana tiada sah dihukumkan dengan qidam dan barang yang kemudian daripadanya melainkan kemudian daripada tsubut wujud .

Dan bersalahan ‘Ulama΄ pada wujud itu, maka kata qiil ialah ‘ain maujud, dan qaul ini bagi Abi al Hasan al Asy‘ari . Dan kata qiil ialah yang lain daripada ‘ain maujud, dan qaul ini bagi Imam al Razi . Dan atas qaul ini, ta‘arif yang masyhur dan iaitu bahawasanya, hal yang wajib bagi dzat, selama ada dzat itu, hal keadaannya demikian, hal itu tiada dikeranakan dengan suatu kerana .

Dan keluar dengan kata, ‘ tiada dikeranakan dengan suatu kerana ’, itu shifat ma’nawiyah seperti kaunuhu qaadiran, maka bahawasanya di‘illatkan dia dengan suatu ‘illat dan iaitu qudrat yang berdiri dengan dzat, dan seperti kaunuhu qaadiran, maka bahawasanya di‘illatkan dia dengan suatu ‘illat dan iaitu iradat yang berdiri dengan dzat . Dan seperti demikian itulah hingga akhir ma’nawiyah .  

Dan makna keadaanNya di‘illatkan dengan suatu ‘illat itu bahawasa nya melazimkan bagi suatu yang lain daripada dzat . Maka diketahui daripada demikian itu bahawa hal itu dua bahagi : Salah suatu daripada keduanya : Tiada di‘illatkan dengan suatu ‘illat . Dan yang keduanya : Di‘illatkan dengan suatu ‘illat .

Dan dibilangkan wujud itu shifat, atas qaul yang pertama iaitu qaul Abi al Hasan al Asy‘ari, tiada zhahir kerana bahawa shifat itu tak dapat tiada bahawa ada ia lain daripada ‘ain dzat melainkan bahawa dikata orang tatkala sah bahawa dikatakan Allah itu maujud, seperti sah bahawa dikatakan Allah itu  ‘aalim umpamanya, nescaya luluslah dibilangkan wujud itu shifat pada ketika itu kerana menyerupai dengan shifat pada demikian itu . Dan inilah dibinakan atas kekal qaul yang pertama itu atas zhahirnya . Dan yang sebenarnya dita΄wilkan dia seperti barang yang dikata oleh Sa‘ad dan lainnya daripada segala ‘Ulama΄ yang muhaqqiqin dengan bahawasa muradnya itu tiada pekerjaan yang lebih, atas maujud dengan sekira-kira dilihat akan dia tetapi ia pekerjaan i’tibari .

Ketahui olehmu, bahawasanya seperti barang yang dikata oleh setengah mereka itu : Tiada wajib atas mukallaf i’tiqadkan suatu daripada yang demikian itu, tetapi memadai bahawa ia i’tiqadkan bahawasa Allah Ta‘ala itu maujud dan tiada wajib dii’tiqadkan bahawa wujud itu ‘ain maujud atau bukan ‘ain maujud kerana bahawasa ini daripada barang yang ikhtilaf ‘Ulama΄ padanya .

Dan kata setengah ‘Ulama΄ : Ketahui olehmu, maka tiada harus kita berkata ; ﻫﻭ ﻫﻲ , ertinya shifat itulah dzat dan tiada harus pula kita berkata ; ﻏﻴﺭﻩ  ﻫﻲ , ertinya shifat lain daripada dzat . Dan tiada harus pula kita kata ; dzat dan shifat dua ﺸﻲﺀ dan tiada harus kita katakan dzat dan shifat itu ﺸﻲﺀ yang satu, tetapi hendaklah kita tahankan daripada berkata akan barang yang tiada datang warid daripada Syara’ dan tiada pula datang daripada Salaf yang dahulu-dahulu .

Dan katanya di dalam kitab Nawaadir al Ushuul : Setengah daripada barang yang tiada memberi faedah dituntut akan kaifiat shifat Allah Ta‘ala dan ta‘alluq shifatnya dan berbilang-bilang dan bersuatunya dan adakah shifat itu ‘ain dzat atau lainnya kerana bahawasanya yang demikian itu tiada menyuruh dengan dia oleh Syara’ dan diam segala Shahabat daripada membicarakan dia .

Dan demikian lagi orang yang berjalan ia akan jalan mereka itu tetapi menegah oleh mereka itu daripada masuk bicara padanya kerana bahawasanya memperiksa daripada kaifiat barang yang tiada tahu kita akan kaifiatnya dengan ‘aqal kita, maka sebaik-baiknya hendaklah kita pegangkan daripada masuk bicara daripada barang yang tiada kita ketahui akan hakikatnya . Inilah yang terlebih selamat bagi agama kita .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan