Ahad, 19 Jun 2011

Pengertian Rasul Dan Segala Hak Mereka


‘Aqiidatun Najiin ( Siri 21 )


Dan kata Mushannif :

ﻓﻲ    ﺬﻟﻚ    ﻤﺜﻝ    ﻴﻌﺭﻑ    ﺃﻦ    ﻋﻟﻴﻪ   ﻴﺟﺏ   ﻜﺬﺍ   ﴿

    ﻮﺍﻟﺴﻼﻡ    ﺍﻟﺼﻼﺓ    ﻋﻟﻴﻬﻡ   ﺍﻟﺭّﺴﻝ     ّ ﺤﻕ

Dan demikian lagi, wajib atas tiap-tiap mukallaf bahawa mengetahui ia akan seumpama yang demikian itu pada hak segala Rasul ‘alaihish shalaatu was salaam .

Dan menyebut oleh mushannif akan lafaz mitsal, ertinya seumpama, kerana isyarat ia kepada bahawa tiap-tiap daripada barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus pada hak Rasul itu lain daripada barang yang pada hak Allah Ta‘ala .

Dan jikalau tiada disebut lafaz mitsal itu, nescaya memberi waham bahawasa barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus pada Rasul itu ‘ain yang wajib dan yang mustahil dan yang harus bagi Allah Ta‘ala ertinya, wajib atas tiap-tiap mukallaf itu mengetahui barang yang wajib bagi Rasul dan barang yang mustahil atasnya dan barang yang harus baginya .

Pengertian Rasul

Bermula makna Rasul itu iaitu manusia yang laki-laki lagi merdeka yang diturunkan oleh Allah Ta‘ala akan firman kepadanya daripada hukum, sama ada hukum i’tiqad dan hukum furu’ Syari‘at daripada ‘ibadat . Dan menyuruh oleh Allah Ta‘ala akan dia dengan menyampaikan hukum itu kepada ummatnya dan jikalau tiada disuruh menyampaikan dia, maka iaitu Nabi jua, bukan Rasul .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan