Rukun Sembahyang Yang Keenam : I’tidal
Syarat – syarat i’tidal ialah :
1 : Menyahajakan bangkit semata-mata untuk i’tidal .
2 : Berdiri serta thama΄ninah di dalam i’tidal .
3 : Jangan dipanjangkan berdiri hingga melebihi kadar masa membaca Al Faatihah kecuali pada bacaan qunut dan tasbih di dalam sembahyang tasbih .
Bacaan di dalam I’tidal ( sunat haiah )
رَبَّنَا لَكَ ﭐﻟْحَمْدُ مِلْءُ ﭐﻟﺴَّﻤَﺎوَﺍتِ وَ مِلْءُ
ﭐﻷرْض ِ وَ مِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بٍَعْدُ
RaB Ba Naa La KaL HaM Du MiL US Sa Maa
Waa Ti Wa MiL UL ARDH . Wa MiL U Maa
SYi΄ Ta MiN SYai IM Ba’ D .
TERJEMAHAN SECARA PERKATA
Wahai Tuhan Kami ← رَبَّنَا
Bagi Engkaulah ← لَكَ
Segala Puji ← ﭐﻟْحَمْدُ
Yang Meliputi ← مِلْءُ
Langit - Langit ← ﭐﻟﺴَّﻤَﺎوَﺍتِ
Dan ← وَ
Yang Meliputi ← مِلْءُ
Bumi ← ﭐﻷرْض ِ
Dan ← وَ
Yang Meliputi ← مِلْءُ
Apa Yang ← مَا
Engkau Kehendaki ← شِئْتَ
Dari ← مِنْ
Sesuatu ← شَيْءٍ
Selepas Daripada Itu ← بٍَعْدُ
boleh nanti letakkan yang bersuara punya tak bacaan ini ?
BalasPadam