Sunat haiah :
1: Membaca ta‘awwudz serta sunat secara sirr sebelum membaca Al Faatihah .
Terjemahan Secara Perkata
ﭐﻟرّجيم ﭐﻟﺸّﻴﻃﺎﻦ من ﺒﭑلله ﺃعوذ
A ‘Uuu DZuu BiL Laa hi Mi NaSY
SYai THaa NiR Ra JiiM .
Aku Berlindung ← ﺃعوذ
Dengan Allah ← ﺒﭑلله
Daripada ← من
Syaithan ← ﭐﻟﺸّﻴﻃﺎﻦ
Yang Direjam ← ﭐﻟرّجيم
Rukun Sembahyang Yang Keempat : Membaca Al Faatihah
Syarat – syarat membaca Al Faatihah ialah :
1 : Membacanya di dalam bahasa ‘Arab jika mampu dan tiada dengan diam yang panjang tanpa uzur atau diam yang sedikit dengan qashad memutuskan bacaan dan tiada diselangi antara kalimah dengan dzikir yang tiada berkaitan .
2 : Memeliharakan segala hurufnya, kalimahnya, barisnya dan tasydidnya serta memeliharakan daripada lahn bacaan yang mencederakan maknanya .
3 : Memeliharakan tertib bacaannya dan memeliharakan muwaalatnya .
4 : Lafaz yang dibaca itu dapat didengar oleh telinga sendiri serta dalam keadaan berdiri bagi orang yang mampu berdiri di dalam sembahyang fardhu .
Sunat – Sunat Haiah :
1 : Menyaringkan bacaan Al Faatihah pada raka‘at pertama dan kedua pada sembahyang jahriyyah bagi imam dan lelaki yang munfarid dan membaca secara sirr pada sembahyang sirriyyah .
2 : Selangkan Al Faatihah dan bacaan ta΄min dengan diam sekadar satu nafas atau sekadar menyebut ' Subhaanallaah ' .
3 : Membaca bacaan ta΄min selepas bacaan Al Faatihah serta dibaca secara sirr pada sembahyang sirriyyah bagi imam dan ma΄mum dan bagi munfarid serta pada raka‘at ketiga dan keempat dalam sembahyang jahriyyah .
4 : Ma΄mum sunat menyertakan ta΄minnya beserta ta΄min imam dengan serentak pada sembahyang jahriyyah pada raka‘at pertama dan kedua .
5 : Imam sunat diam antara bacaan ta΄min dengan shurah pada sembahyang jahriyyah sekira-kira selesai ma΄mum membaca Al Faatihah serta sunat bagi imam itu membaca ayat Al Quran atau berdzikir secara sirr pada ketika itu .
6 : Membaca Al Quran dalam raka‘at pertama dan kedua bagi imam dan munfarid dan memanjangkan bacaan raka‘at pertama daripada shurah pada raka‘at kedua kecuali jika ada nash daripada perbuatan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam .
Bacaan Al Faatihah : Terjemahan Perkata
﴾ ١ ﴿ ﭐﻟرّحيم ﭐﻟرّحمٰن ﭐلله بسم
BiS MiL Laa hiR RaH Maa NiR Ra HiiM .
Dengan Nama ← بسم
Allah ← ﭐلله
Yang Maha Pemurah ← ﭐﻟرّحمٰن
Yang Maha Penyayang ← ﭐﻟرّحيم
﴾ ٢ ﴿ ﭐﻟﻌٰﻟﻤﻴﻦ ربّ لله ﭐﻟحمد
Segala Puji ← ﭐﻟحمد
Bagi Allah ← لله
Tuhan ← ربّ
Sekelian Alam ← ﭐﻟﻌٰﻟﻤﻴﻦ
﴾ ٣ ﴿ ﭐﻟرّحيم ﭐﻟرّحمٰنِ
AR RaH Maa NiR Ra HiiM .
Yang Maha Pemurah ← ﭐﻟرّحمٰن
Yang Maha Penyayang ← ﭐﻟرّحيم
﴾ ٤ ﴿ ﭐﻟدّين يوم مٰلك
Maa Li Ki Yau MiD DiiN .
Yang Menguasai ← مٰلك
Hari ← يوم
Pembalasan ← ﭐﻟدّين
﴾ ٥ ﴿ نستعين ﺇيّاك و نعبد ﺇيّاك
IY Yaa Ka Na’ Bu Du Wa IY Yaa
Ka NaS Ta ‘IiiN .
Hanya Kepada Engkau ← ﺇيّاك
Kami Sembah ← نعبد
Dan ← و
Hanya Kepada Engkau ← ﺇيّاك
Kami Meminta Pertolongan ← نستعين
﴾ ٦ ﴿ ﭐﻟمستقيم ﭐﻟصّر ٰط ﭐهدنا
Ih Di NaSH SHi Raa THaL MuS Ta QiiM .
Tunjukkanlah Kami ← ﭐهدنا
Jalan ← ﭐﻟصّر ٰط
Yang Lurus ← ﭐﻟمستقيم
عليهم ﺃنعمت ﭐلذين صرٰط
﴾ ٧ ﴿ ﭐﻟﻀّﺂلين لا و عليهم ﭐﻟمغضوب غير
SHi Raa THaL La DZii Na AN ‘AM Ta
‘A Lai hiM GHai RiL MaGH DHuu Bi
‘A Lai hiM Wa LaDH DHaaaaaaL LiiN .
Jalan ← صرٰط
Orang - Orang Yang ← ﭐلذين
Telah Engkau Kurniakan Nikmat ← ﺃنعمت
Atas Mereka ← عليهم
Bukan ← غير
Orang-Orang Yang Engkau Murkai ← ﭐﻟمغضوب
Atas Mereka ← عليهم
Dan ← و
Bukan ← لا
Orang-Orang Yang Sesat ← ﭐﻟﻀّﺂلين
Bacaan Ta΄min ( sunat haiah )
آمين
Aaa MiiN
Perkenankanlah ← آمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan