Ahad, 19 Jun 2011

Pertama Yang Wajib Diketahui Mukallaf


‘Aqiidatun Najiin ( Siri 18 )

Faedah ﴿ 


Ikhtilaf ‘Ulama΄ pada yang awal-awal wajib atas mukallaf itu . Bermula qaul yang dipilih oleh Muhaqqiqun bahawasanya awal-awal yang wajib itu ma’rifat, ya’ni yang pertama-tama fardhu atas manusia itu ma’rifat Allah dan ma’rifat segala RasulNya .

Kata Ibnu Qaiyyim : Dan wajib atas ibu bapa bahawa adalah awal-awal barang yang diperdengarkan akan kanak-kanak itu ma’rifatullah dan tauhid akan Allah . Dan bahawa diajarkan kanak-kanak itu apabila ber‘aqal ia akan barang yang wajib bagi Allah dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya . 

Dan diajarkan pula bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w itu diperanakkan di Mekah dan dibangkitkan dia jadi Rasul pun di dalam negeri Mekah . Kemudian berpindah ia ke Madinah dan wafat ia di dalam negeri Madinah jua . Dan namanya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muththalib anak Hasyim . 

Kata setengah ‘Ulama΄ : Bermula awal-awal yang wajb atas mukallaf itu nazhar, ya’ni tilik kepada alam ini hingga dikenal akan Tuhan yang menjadikan dia, kemudian maka ia tashdiqkan . Dan dihimpunkan antara dua qaul ini dengan kata kita awal yang wajib daripada yang dimaksud itu ma’rifah dan awal yang wajib daripada wasiilah itu nazhar .

Dan makna wasiilah itu, jalan yang menyampaikan kepada yang dimaksud, kerana jikalau kita lazimkan tashdiq dengan barang yang tiada diketahui ia akan sahnya dan batalnya nescaya membawa ia kepada benarnya atau salahnya kerana tiada ia mengenal dalil yang boleh membezakan antara keduanya atau membawa kepada bersamaan Nabi dan yang bukan Nabi kerana tiada dalil yang boleh membezakan antara keduanya dengan sebab tiada nazhar yang shahih .

Dan jikalau disoal akan kita bahawa wajib nazhar itu dahulu daripada beriman, maka apabila kita seru akan seorang kafir kepada beriman, maka jawab ia : Beri tangguhkan olehmu akan daku dahulu hingga aku nazhar kerana kamu kata , wajib nazhar dahulu, apa kata kita ?

Maka jikalau kita lazimkan dia suruh iqrar dengan iman, ya’ni dengan mengucap dua kalimah Syahadah, maka jadi binasa kata kamu bahawa nazhar itu awal wajib daripada beriman atau kamu beri tangguh akan dia biar ia nazhar, maka jadi mukhaalafah dengan muqtadha Syara’ kerana menuntut suruh menyegerakan keluar daripada kufur dan masuk ia di dalam Islam dengan tiada bertangguh.

Maka jawab bahawasanya tilik ia akan hal kafir itu, jikalau ada ia bercampur dengan Muslimin, kita suruhkan dia mengucap dua kalimah Syahadah, ya’ni tiada diberi tangguh akan dia kerana bahawasa ghaalib ada nazhar padanya dahulu daripada bulughnya dan tiada harus kita suruh nazhar dahulu, tetapi jadi kafir orang yang tiada mengajar dua kalimah Syahadah itu apabila datang kafir minta ajar akan dia atau ditangguhkan dia seperti dikatanya : Nantilah sesaat, atau : Pergilah belajar kepada si fulan itu .

Maka jika adalah orang kafir itu tiada bercampur ia dengan orang Islam seperti jauh negerinya daripada Muslimin, maka demikian jua diajarkan dia dua kalimah itu atas qaul yang mengatakan ma’rifat itu awal yang wajib, maka taqlid dahulu kemudian ia nazhar supaya kuat imannya kerana bahawasanya Nabi s.a.w dipadakannya dengan iqrar dua kalimah Syahadah .

Inilah qaul yang mu’tamad dan atas qaul yang mengatakan nazhar itu awal yang wajib, maka disebutkan baginya dalil serta mengucap dua kalimah Syahadah hingga faham kerana tiap-tiap orang yang diseru akan dia oleh Nabi kita kepada beriman, maka berkata ia baginya : Tunjukkan olehmu atasku tanda kebenaranmu, maka didatangkan mu’jizat, maka nyata benarnya, maka percaya ia, maka Islam ia atau tinggal atas ingkarnya, maka binasa ia .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan