Ahad, 19 Jun 2011

Wajib Mengenal Allah Dan Rasul



‘Aqiidatun Najiin ( Siri 16 )


Dan kata Mushannif ( ﺷﺭﻋﺎ ) ertinya wajib mengenal Allah dan Rasul itu dengan sebab Syara’ kerana dibinakan atas bahawa sekelian hukum itu tsabit dengan sebab Syara’ tetapi syaratnya ‘aqal .

Khilaf bagi Maturidiyyah yang berkata mereka itu dengan bahawa wajib ma’rifah Allah itu tsabit dengan ‘aqal kerana waadhihnya bersalahan yang lain daripada ma’rifah daripada sekelian hukum, maka iaitu tsabit dengan Syara’ .

Dan bersalahan Mu΄tazilah yang berkata mereka itu dengan bahawasa sekelian hukum itu tsabit dengan ‘aqal dan Syara’ itu hanyasanya datang ia menguatkan baginya . Maka hasil bahawasa segala Madzhab itu tiga :

Madzhab As Syaa‘irah iaitu bahawa segala hukum sekeliannya tsabit dengan Syara’ tetapi syaratnya ‘aqal .

Dan kedua : Madzhab Maturidiyyah . Dan iaitu tafshil antara wajib ma’rifah dan antara sekelian hukum yang lain .

Dan ketiga : Madzhab Mu΄tazilah . Dan iaitu bahawa segala hukum sekelian nya tsabit dengan ‘aqal kerana dibinakan atas mengelok dan keji yang ‘aqli keduanya .

Dan kata mushannif ( ﻴﻌﺭﻑ  ﺃﻥ ) telah terdahulu bahawasa qaul yang tahqiq bahawa ma’rifat dan ‘ilmu itu bersamaan keduanya, ertinya satu makna keduanya dan iaitu jazam yang muwaafaqat bagi yang sebenar daripada dalil . Maka makna jazam itu pegangan yang yakin, maka keluar dengan jazam itu tiga perkara :

Pertamanya : Syak, iaitu mendapat tiap-tiap daripada dua tharaf itu atas bersamaan .  

Dan kedua : Zhan, dan iaitu mendapat akan tharaf yang rajih, ya’ni berat hatinya pada mengetahui dan ringan hatinya pada tiada mengetahui .

Dan ketiga : Waham, iaitu ringan hatinya pada mengetahui dan berat hatinya pada tiada mengetahui . 

Dan keluar dengan kata, ‘ muwaafaqat bagi yang sebenar ’ itu, jazam yang tiada muwaafaqat bagi yang sebenar . Maka bahawasanya tiada dinamakan dia ma’rifat dan hanyasanya dinamakan dia jahil murakkab seperti jazam Nashara dengan menigakan Tuhan, ya’ni berkata mereka itu bahawasa Allah itu salah seorang daripada tiga Tuhan dan iaitu bapa dan yang dua lagi anak dan iaitu ‘Isa dan ibu dan iaitu Mariam . Dan seperti jazam Majusi dengan bahawa Tuhan itu dua, satu nur, kedua zhulmah . Maka nur itu Tuhan yang berbuat kebajikan dan zhulmah itu Tuhan yang berbuat kejahatan .

Dan keluar dengan kata daripada ‘ dalil ’ itu, jazam yang muwaafaqat bagi yang sebenar tetapi tiada daripada dalil . Maka bahawasanya dinamakan dia taqlid dan tiada dinamakan ma’rifat dan tiada dinamakan ‘ilmu .

Dan orang yang bershifat dengan salah suatu daripada yang empat dahulu itu pada suatu daripada ‘aqaaid yang lagi akan datang, maka iaitu kafir dengan ittifaq . Dan murad dengan empat yang dahulu itu iaitu syak dan zhan dan waham dan jahil seperti barang yang telah lalu sebutnya .

Dan adapun orang yang bershifat dengan yang akhir itu dan iaitu taqlid, maka ikhtilaf ‘Ulama΄ .

Kata qiil bahawasa : Kafir muthlaqan, ya’ni sama ada ia ahli bagi nazhar atau tiada iaitu qaul dhaif, maka muwaafaqat akan qaul ini, qaul Abu Haashim Jubbaaiy daripada Mu΄tazilah .

Dan kata qiil bahawasanya : Mu΄min yang tiada derhaka muthlaqan .

Dan bermula qaul yang rajih bahawasanya Mu΄min yang derhaka jikalau ada ia kuasa atas dalil seperti yang cerdik dan Mu΄min yang tiada derhaka jikalau tiada ada ia kuasa atasnya seperti orang yang bodoh . Bermula khilaf ini dibinakan atas khilaf pada nazhar .

Maka kata qiil bahawasanya : Wajib akan sebagai wajib ushul muthlaqan, ya’ni sama ada ahli bagi nazhar atau tiada .

Dan kata qiil bahawasanya : Wajib akan sebagai wajib furu’ .

Dan kata qiil : Sunat muthlaqan .

Dan yang rajih bahawasanya : Wajib akan sebagai wajib furu’ jika ada padanya kuasa atasnya, seperti ada ia ahli bagi nazhar dan tiada wajib, jika tiada ada ia ahli bagi nazhar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan