Ahad, 19 Jun 2011

Ta‘arif Mukallaf


‘Aqiidatun Najiin ( Siri 14 )

Dan ketahui olehmu, bahawasa mukallaf itu iaitu yang baligh lagi ber‘aqal lagi sejahtera pancainderanya dan jikalau pendengar semata-mata sekalipun dan lagi yang sampai dakwah bangkit Rasul kepadanya . Maka keluar kanak-kanak dan jikalau mumaiyyiz sekalipun dan orang gila dan orang yang ketiadaan pancaindera dan orang yang tiada sampai akan dia oleh dakwah Rasul kepadanya, maka tiada tiap-tiap daripada mereka itu mukallaf .

Bermula dituntut ‘ibadat daripada kanak-kanak yang mumaiyyiz seperti sembahyang dan puasa bukan kerana taklifnya dengan dia tetapi kerana mengemarnya di dalam ‘ibadat supaya ber‘adat ia akan ‘ibadat, maka tiada meninggal ia akan dia, insyaa Allaah pada ketika bulughnya .

Dan bersalah-salahan ‘Ulama΄, adakah memadai dengan dakwah barang mana Rasul ada ia dan jikalau Adam sekalipun atau tak dapat tiada daripada dakwah Rasul akan dia kepada manusia itu . Bermula qaul yang shahih itu yang kedua, ya’ni qaul yang berkata tak dapat tiada daripada dakwah Rasul yang yang tertentu menyampaikan risalah itu kepada mereka itu, bukan barang mana Rasul seperti qaul yang pertama .

Dan atas qaul yang kedua itu, maka Ahli al Fatrah itu lepas mereka itu daripada Neraka dan jika mengubah oleh mereka itu dan menukar oleh mereka itu dan menyembah oleh mereka itu akan berhala sekalipun . Dan apabila engkau ketahui akan Ahli al Fatrah lepas mereka itu daripada Neraka, nescaya engkau ketahuilah akan bahawasa dua ibu bapa Nabi s.a.w lepas keduanya daripada Neraka kerana keduanya itu daripada ahli al Fatrah tetapi keduanya itu daripada Ahli al Islam kerana barang yang diriwayat bahawasa Allah Ta‘ala menghidupkan ia akan keduanya kemudian daripada bangkit Nabi s.a.w, maka beriman keduanya dengan Nabi dan kerana inilah berkata setengah mereka itu :


ﺭﺆﻮﻓﺎ   ﺑﻪ  ﻮﻜﺎﻦ    ﻓﺿﻞ   ﻋﻟﻰ  ٭  ﻓﺿﻞ   ﻤﺯﻴﺪ   ﺍﻟﻧﺑﻲ   ﭐﷲ  ﺤﺑﺎ


ﻤﻧﻴﻔﺎ   ﻓﺿﻼ   ﺑﻪ  ﻹﻴﻤﺎﻦ   ٭  ﺃﺑﺎﻩ   ﻜﺫﺍ   ﺃﻤﻪ   ﻓﺄﺤﻴﺎ


ﺿﻌﻴﻔﺎ   ﺑﻪ ﺍﻟﺤﺪﻴﺚ   ﻜﺎﻥ   ﺇﻥ     ٭  ﻗﺪﻴﺭ   ﺑﺬﺍ   ﻓﺎﻟﻘﺪﻴﻡ   ﻓﺴﻟﻡ

Ertinya : Telah memberi oleh Allah Ta‘ala akan Nabi itu akan bertambah-tambah kelebihan atas kelebihan .

Dan adalah Allah Ta‘ala dengan Nabi amat kasih sayang .

Maka menghidup ia akan ibunya dan demikian lagi bapanya .

Kerana beriman keduanya dengan Nabi,

 padahal kurnia yang amat mulia .

Maka taslimkan keduanya olehmu,

maka Tuhan yang qadim itu amat kuasa .

Dengan demikian itu dan jika adalah hadits dengan dia itu,

dhaif sekalipun .
   

Bermula hadits ini iaitu barang yang diriwayat daripada Marwah daripada Siti ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha minta ia akan Tuhannya bahawa dihidupkan ia baginya akan dua ibu bapanya, maka menghidup oleh Allah akan keduanya bagi Nabi, maka beriman keduanya dengan Nabi kemudian mematikan oleh Allah akan keduanya .

Telah berkata Suhail : Bermula Allah Ta‘ala kuasa tiap-tiap suatu harus bagiNya bahawa menentu Ia akan NabiNya dengan barang yang dikehendakiNya daripada kurniaNya dan memberi nikmat Ia atas nya dengan barang yang berkehendak Ia daripada kemurahanNya .

Dan sungguhnya telah mengarang oleh Jalal al Suyuthi akan beberapa karangan pada barang yang ta‘alluq dengan kelepasan keduanya, maka telah membalas akan dia oleh Allah Ta‘ala akan kebajikan .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan