Ahad, 19 Jun 2011

Wujud Allah Bagi DzatNya

‘Aqiidatun Najiin ( Siri 25 )


Syahdan ﴿ Tatkala kita ketahuilah wujud Allah itu  bagi dzatNya, ertinya tiada kerana sesuatu bersalahan wujud yang lainnya seperti wujud kita ini umpamanya, maka iaitu dengan perbuatan Allah Ta‘ala.

Dan setengah daripada orang yang ‘arif tiada memandang ia bagi yang lainnya wujud . Dan ini dinamakan pada mereka itu wahdatul wujud . Dan sungguhnya telah karam di dalamnya oleh orang yang karam hingga jatuh daripada setengah wali itu akan barang yang memberi waham ia bagi orang yang mendengar akan ittihad dan hulul seperti kata al Hallaj berkata ia : Aku Allah 

Dan seperti kata setengah mereka itu : Tiada dalam baju jubah ini melainkan Allah . Dan ini lafaz dan yang seumpamanya daripada segala lafaz yang mutasyabihat, tiada harus pada Syara’ kerana memberi waham .

Tetapi kaum Ahli al Tasawwuf terkadang telah ghaalib akan mereka itu oleh ahwal mereka itu, maka dita΄wilkan barang yang jatuh daripada mereka itu dengan barang yang munasabah ia akan dia . Dan setengah daripada orang yang menfatwakan dengan bunuh al Hallaj pada ketika berkata ia akan perkataan yang telah terdahulu sebutnya itu Syeikh Junaid al Baghdadi seperti barang yang tersebut di dalam Syarah al Kubra .

Dan setengah daripada lafaz yang memberi waham itu seperti barang yang telah masyhur atas lidah orang ‘awam daripada perkataan mereka itu Allah Ta‘ala itu maujud pada tiap-tiap wujud, maka padanya isyarat kepada wahdatul wujud, tetapinya tertegah berkata demikian itu kerana memberi waham akan hulul 

Dan adapun sebab hamba memanjangkan perkhabaran ini kerana banyak jatuh pada masa ini berkata oleh kebanyakan manusia yang ‘awaam akan perkataan Auliya΄ Allah di dalam firaqun mereka itu, maka sangka mereka itu, inilah ‘ilmu yang sangat baik dan mulia lalu diperbuat oleh mereka itu akan qaul dan qiil, padahal tiada mengetahui mereka itu akan haram berkata-kata seperti demikian itu sebab jahil mereka itu .

Terkadang perkataan itu membawa kepada kufur sebab tiada faham mereka itu akan hakikat yang demikian itu, hanya difahamnya makna zhahir yang mutasyaabihah itu jua, maka jadilah ia zindiq seperti berkata setengah mereka itu : Sekelian makhluq ini shifat Allah, maka perkataan itu sesat, lagi menyesatkan segala manusia . Na ‘uudzubillaahi min dzaalik .

Maka perkataan itu jikalau dapat dita΄wil kepada yang benar sekalipun, tiada sunyi daripada haram, lagi dosanya amat besar dan jikalau tiada dita΄wilkan kepada jalan yang sebenarnya, kufur jua . Wallaahu a’lam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan