Ahad, 19 Jun 2011

Bacaan Di Dalam Shalat - Sujud ( Perkata )


Rukun  Sembahyang  Yang  Ketujuh  :  Sujud

Syarat – syarat sujud ialah :

1 : Menyahajakan sujud .

2 : Dua kali sujud pada setiap rakaat kecuali sujud sajdah pada rakaat kedua di dalam sembahyang Shubuh berjemaah jika dilakukan oleh imam .

3 : Menghantarkan tujuh anggota ke tempat sujud iaitu dahi, dua lutut, dua tapak tangan dan jari kedua kaki . 

4 : Dahi terbuka tanpa berlapik dan tetap pada tempat sujud .

5 : Memberatkan sedikit kepala kepada tempat sujud .

6 : Meninggikan punggung daripada kepala .

7 : Tidak sujud atas sesuatu yang ditanggungnya yang menuruti geraknya .

8 : Tidak ada berlapik pada sekelian dahinya umpama pembalut luka kecuali jika pembalut luka itu sukar ditanggalkannya, maka ia dimaafkan .

9 : Thama΄ninah di dalam sujud .


Sunat – sunat haiah :

1 : Memulakan turun kepada sujud dengan meletakkan kedua lutut, kemudian dua tapak tangan, kemudian diikuti  dengan dahi dan hidung .  

2 : Menghantarkan kedua tapak tangan ketika hendak sujud .

3 :  Kedua tapak tangan berbetulan dengan kedua bahu .

4 : Sekelian jari dirapatkan dalam keadaan mengadap ke Kiblat .

5 : Kedua lutut dan kedua tapak tangan direnggangkan sekadar sejengkal dan  kedua siku direnggangkan daripada rusuk serta perut direnggangkan daripada dua paha bagi lelaki .

6 : Membaca tasbih ketika sujud sekurang-kurangnya sekali . Dan lebih sempurna jika dibaca sebanyak 3, 5, 7, 9 atau11 kali .


Bacaan Tasbih di dalam Sujud ini hukumnya adalah sunat haiah  


           ِ بِحَمْدِه     وَ     ﭐﻷعْلىَٰ   رَﺑَِّ       سُبْحَانَ              
      
SuB   Haa   Na   RaB   Bi   YaL   A   Laa  Wa   Bi   HaM   Dih .




Terjemahan Secara Perkata



Maha Suci             َ سُبْحَان



TuhanKu            رَﺑَِّ



Yang Maha Tinggi            ﭐﻷعْلىَٰ     



Dan              وَ



Dengan KepujianNya             بِحَمْدِهِ





Tiada ulasan:

Catat Ulasan