Sabtu, 18 Jun 2011

Bahagian Hukum 'Aqal

‘Aqiidatun Najiin ( Siri 12 )


Kata mushannif :  

  ﺃﻗﺴﺎﻡ    ﺛﻼﺛﺔ    ﻓﻲ    ﻴﻧﺤﺼﺭ  ﴿

Ertinya : Tersimpan ia pada tiga bahagi .

Ya’ni terhingga ia pada tiga bahagi, tiada lebih dan tiada kurang dengan makna tiada keluar hukum ‘aqal itu daripada tiga bahagi itu .

(  ﺍﻟﻮﺠﻮﺏ ) Pertamanya : Wujuub, iaitu tiada menerima nafi .

(  ﻮﺍﻹﺴﺗﺤﺎﻟﺔ ) Keduanya : Istihaalah, iaitu tiada menerima tsubut .

( ﻮﺍﻟﺠﻮﺍﺯ ) Ketiganya : Jawaz, iaitu menerima keduanya tetapi atas jalan berganti-ganti dengan makna qabul intifaa΄ pada satu ketika yang lain, bukan atas jalan berhimpun kerana tiada dapat qabul keduanya beserta .

Kemudian menyata oleh mushannif akan makna tiap-tiap satu daripada hukum ‘aqal yang tiga itu dengan katanya :


ﻴﺗﺼﻮﺭ  ﻤﺎ  ﻮﺍﻟﻤﺴﺗﺤﻴﻝ  ٬ ﻋﺪﻤﻪ  ﺍﻟﻌﻘﻝ   ﻓﻲ   ﻴﺗﺼﻮﺭ   ﻤﺎ   ﻓﺎﻟﻮﺍ   ﴿

  ﻋﺪﻤﻪ   ﻮﺠﻮﺪﻩ   ﺍﻟﻌﻘﻝ  ﻓﻲ  ﻴﺼﺢ  ﻤﺎ  ﻮﺍﻟﺠﺎﺋﺯ  ﻮﺠﻮﺪﻩ  ﺍﻟﻌﻘﻝ  ﻓﻲ

Ertinya : Maka bermula yang wajib itu barang yang tiada dapat dirupakan pada ‘aqal akan tiadanya . Dan yang mustahil itu barang yang tiada dapat dirupakan pada ‘aqal akan adanya  . Dan yang harus itu barang yang sah pada ‘aqal adanya dan tiadanya .

Kata Syeikh Tilmisani : Maka tiap-tiap barang yang menghukumkan oleh ‘aqal akan tsubutnya dan tiada sah pada ‘aqal nafinya, maka iaitu wajib mitsalnya itu jirim dengan gerak atau diam, ya’ni menerima salah suatu daripada keduanya dengan tiada tertentu . Adapun menerima salah suatu dengan tertentu itu iaitu harus, ya’ni memilih bergerak umpamanya, tiada mahu diam, maka iaitu bukan wajib tetapi harus .

Dan tiap-tiap barang yang menghukumkan oleh ‘aqal dengan nafinya dan tiada sah pada ‘aqal tsubutnya, maka iaitu iaitu mustahil, mitsalnya itu seperti sunyi jirim daripada bergeak dan diam, maka tiada menerima sekali-kali oleh ‘aqal bahawa jirim itu sunyi daripada keduanya .

Dan tiap-tiap barang yang sah pada ‘aqal adanya dan ‘adamnya, maka iaitu jaiz, mitsalnya memilih jirim itu dengan gerak atau diam yang tertentu, maka bahawasanya sah pada ‘aqal bahawa adalah jirim itu bergerak-gerak selama -lamanya atau diam selama-lamanya .

Maka tiap-tiap satu daripada tiga itu terbahagi atas dua bahagi :

Pertama : Dharuri .   Dan kedua : Nazhari .

Maka mitsal wajib dharuri itu seperti jirim mengambil lapang kadar dzatnya . Dan makna jirim itu tiap-tiap suatu yang memenuh lapang seperti kayu dan batu dan matahari dan bulan dan bintang dan jasad sekelian binatang .

Dan erti dharuri : Barang yang mudah mendapat akan dia, ertinya tiada berkehendak kepada nazhar dan dalil .

Dan erti nazhari : Barang yang berkehendak mendapat akan dia kepada nazhar dan dalil .

Maka mitsal wajib dharuri itu seperti qidam bagi Allah, maka qidam bagi Allah itu tiada dapat mengetahui dengan mudah melainkan kemudian daripada nazhar pada dalil mustahil wujud daurun dan tasalsul di sana .

Dan mitsal mustahil dharuri seperti sunyi jirim daripada gerak dan diam . 

Dan mitsal mustahil nazhari itu seperti syarik bagi Allah, Maha Suci Allah Ta‘ala daripada yang demikian itu, maka mustahil syarik bagi Allah itu tiada dapat mengetahui dengan mudah melainkan kemudian daripada nazhar pada nazhar pada dalil wahdaniah .

Dan mitsal jaiz dharuri itu seperti memilih oleh jirim akan salah suatu daripada gerak dan diam . Dan telah lalu sebutnya menerima oleh jirim akan salah suatu daripada keduanya dengan tiada tertentu itu wajib .

Dan mitsal jaiz nazhari itu seperti menyiksa akan orang yang berbuat tha‘at atau memberi pahala bagi orang yang berbuat ma’shiat iaitu ‘akas muqtadha Syara’ .

Kata Syeikh Hudhudi pada syarah Ummu Baraahin : Dan hanyasanya memulai oleh mushannif akan karangan dengan membahagikan hukum ‘aqal pada awal kerana bahawasa mukallaf itu dituntut dengan mengenal barang yang wajib bagi Allah Ta‘ala dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya .

Dan tiada dapat ia menghukumkan atas suatu itu dengan bahawasanya ia wajib atau ia jaiz atau ia mustahil hingga mengetahui ia akan hakikatnya itu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan