( Bermula 'ilmu tauhid itu ) ‘Ibarat daripada perhimpunan barang yang dii’tiqadkan yang dibangsakan kepada agama yang diambilkan dari pada dalilnya yang diyakinkan .
( Dan bicara ) ‘Ilmu ini pada dzat Allah Ta‘ala daripada sekira-kira barang yang wajib bagiNya dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya . Dan pada segala Rasul demikian jua . Dan pada segala barang yang didatangkan dia oleh Rasul seperti hari Qiyaamah dan lainnya .
( Dan faedah ) ‘Ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung oleh yang mengetahuinya selama-lama .
( Dan agama itu ) ‘Ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah Ta‘ala bagi segala hambaNya yang mukallaf atas lidah RasulNya yang membawa akan mereka itu kepada kebajikan yang kekal .
( Dan ) Segala tanda agama empat :
( Pertama ) Sah i’tiqad iaitu jazam dengan barang yang dii’tiqadkan dia oleh Ahli Sunnah .
( Kedua ) Benar qashad iaitu (2) menunaikan ‘ibadat dengan ikhlas .
(2) ( Qauluhu ; Menunaikan ‘ibadat dengan ikhlas ) Ertinya mengerjakan dia serta ikhlas niat bagi Allah Ta‘ala dengan bahawa tiada disekutukan pada ‘ibadat itu akan yang lain daripada Allah Ta‘ala . Firman Allah Ta‘ala :
ﺻﺎﻟﺤﺎ ﻋﻤﻼ ﻓﻟﻴﻌﻤﻞ ﺭﺑﻪ ﻟﻘﺎﺀ ﻴﺭﺠﻮ ﻜﺎﻥ ﻓﻤﻥ ﴿
﴾ ﺃﺤﺪﺍ ﺭﺑﻪ ﺑﻌﺑﺎﺪﺓ ﻴﺸﺭﻚ ﻻ ﻮ
Dan telah ikhtilaf ‘Ulama΄ pada orang yang beramal yang menyekutui pada amalnya bagi Allah Ta‘ala akan pekerjaan dunia, maka memilih Ibnu ‘Abdis Salam dan lainnya akan bahawasanya tiada pahala baginya sekali-kali . Dan telah memilih Ghazali bahawasanya dengan i’tibar sebab yang membangkitkan kepada amal itu, maka jika adalah yang terlebih banyaknya pekerjaan agama, maka dapat baginya pahala dengan kadarnya, atau adalah yang terlebih banyaknya pekerjaan dunia, maka tiada pahala baginya . Dan jika bersamaan keduanya nescaya gugur keduanya . Dan kalam Ibnu Hajar di dalam Hasyiah Idhaah cenderung kepada dapat pahala dengan kadar qashad muthlaqan kerana firman Allah Ta‘ala :
﴾ ﻴﺭﻩ ﺨﻴﺭﺍ ﺫﺭﺓ ﻤﺜﻘﺎﻝ ﻴﻌﻤﻝ ﻓﻤﻦ ﴿
( Ketiga ) Menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang disuruh .
( Keempat ) Ketiadaan melampaui sangkat iaitu meninggalkan segala yang dilarang .
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan