( Ketiga belas : Kalam ) Ertinya : Berkata-kata dan iaitu shifat yang qadiimah yang berdiri pada dzat Allah Ta‘ala yang menunjuk ia atas sekelian yang wajib dan jaiz dan mustahil lagi sunyi daripada huruf dan suara (3) dan lainnya daripada sekelian shifat kalam yang hadits dan ta‘alluq ia dengan (4) segala perkara yang tersebut seperti ‘ilmu, tetapi ta‘alluq ‘ilmu ta‘alluq inkisyaaf dan ta‘alluq kalam ta‘alluq dilaalah, ertinya : Menunjuk .
(3) ( Qauluhu ; Dan lainnya ) Seperti segala baris dan dahulu kemudian . ﺍﻫ
(4) ( Qauluhu ; Segala perkara yang tersebut ) Ya’ni wajib dan jaiz dan mustahil . ﺍﻫ
Dan ta‘alluq kalam dengan nisbah kepada lain daripada suruh dan tegah tanjizi qadim .
Adapun dengan nisbah kepada keduanya, maka jika tiada disyaratkan pada keduanya ada yang disuruh dan yang ditegah, maka demikian jua, ertinya tanjizi qadim .
Dan jika disyaratkan dia nescaya adalah ta‘alluq kalam pada keduanya shuluhi qadim dahulu daripada ada yang disuruh dan yang ditegah dan tanjizi hadits kemudian daripada ada keduanya
( Dan mustahil ) Lawannya iaitu kelu atau ada huruf atau suara dan umpamanya pada kalamNya yang qadim .
( Dan dalil ) Kalam itu firmanNya Ta‘ala :
﴾ ﺘﻛﻟﻴﻤﺎ ﻤﻭﺴﻰ ﭐﷲ ﻛﻟﻡ ﻭ ﴿
Ertinya : “ Berkata-kata Allah akan Musa sebagai berkata-kata ” •
Dengan makna menghilang Allah Ta‘ala akan hijab daripada Nabi Musa dan memperdengarkan dia akan kalamNya yang qadim, tiada dengan makna Allah Ta‘ala akan kalam kemudian diam Ia kerana Allah Ta‘ala itu sentiasa berkata-kata .
( Dan dalil ) Kalam pula bahawasanya jikalau tiada berkata-kata Ia, nescaya adalah Ia bisu dan bisu itu kekurangan dan iaitu mustahil, maka tsabitlah kalamNya Subhaanahu wa Ta‘ala . Dan apabila tsabit Ia, mustahillah lawannya .
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan