Sabtu, 18 Jun 2011

Hak suami terhadap isteri Muhimmah ( siri 1 )

KITAB  MUHIMMAH  SIRI ( 1 )

Inilah kitab yang dinamakan dia Muhimmah pada ‘ilmu hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallaam pada bicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan bicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya dan derhakanya karangan  Syeikh  ‘Abdullah Ibnur Rahim Fathani .


ﺁﻤﻴﻥ . ﻟﻟﻤﺴﻟﻤﻴﻥ    ﻟﻪ  ٱﷲ  ﻏﻔﺭ

ﭐلله    ﭐﻟرّحمٰن    ﭐﻟرّحيم بسم

    
ﻤﺤﻤﺪ  ﺴﻴﺪﻧﺎ   ﻋﻟﻰ   ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ   ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ   ﭐﻟحمد  لله  ربّ   ﭐﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ  ٭

. ﺃﺠﻤﻌﻴﻥ   ﻭﺻﺤﺑﻪ   ﺁﻟﻪ   ﻋﻟﻰ    ٭  ﻭﺍﻟﻤﺭﺴﻟﻴﻥ   ﺍﻟﻧﺑﻴﻴﻥ   ﺨﺎﺗﻡ


( Amma Ba’d ) Adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu ( muhimmah ) yang ditakut atas tiap-tiap perempuan yang bersuami iaitu mengerjakan pekerjaan yang jadi derhaka akan suaminya, maka wajiblah atas segala perempuan yang tersebut itu belajar dan mengetahui akan hukumnya supaya terpelihara segala amalnya yang kebajikan dan lagi beroleh manfaat akan dia pada hari Akhirat kerana beberapa siksa dan azab Allah Ta‘ala atas segala perempuan yang derhakakan suaminya di dalam dunia ini . Pada esok harinya sangatlah menyesal atas segala perempuan yang tersebut itu, maka tiadalah berguna oleh sesalnya dan dukacitanya pada waktu itu .


( I’lam ) Ertinya : Ketahui olehmu bahawa sesungguhnya derhaka perempuan akan suaminya itu memberi fatwa oleh beberapa ‘Ulama΄ iaitulah setengah daripada dosa yang amat besar jadi derhakalah ia sebab menegahkan akan suaminya daripada mengambil kesukaan, sama ada diwathi atau lainnya seperti menegah ia akan suaminya daripada menjamah dan menyentuh pada barang tempat daripada badannya .


( Demikian lagi ) Derhakalah ia sebab keluarnya daripada rumah dengan tiada izin suaminya, sama ada suami itu hadhir atau ghaib ( atau ) keluar ia kepada majlis dzikir atau kepada majlis ‘ilmu yang bukan fardhu ‘ain .

Maka tiada derhaka ia keluar kerana belajar hukum haidh dan nifas dan sekelian ‘ilmu yang fardhu ‘ain ( tetapi ) wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardhu ‘ain itu dan haramlah atas suaminya menegahkan isterinya daripada keluar kerana ia hendak menuntut fardhu ‘ain jikalau tiada dia ‘alim . Adapun jikalau ada ia  ‘alim, nescaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya itu, maka ketika itu haramlah keluar perempuan itu daripada rumahnya lagi derhakalah ia .


Dan jadi derhaka pula sebab enggan dia daripada berpindah serta suaminya .

Dan derhaka pula sebab menyelak ia akan pintu ketika menghendak masuk suaminya kepadanya .

Dan derhaka pula sebab mintanya akan thalaqnya .

Dan derhaka pula sebab masam mukanya kemudian daripada bersihnya { iaitu setelah suci daripada haidh atau nifas } .    

( Dan lagi ) Beberapa banyak perbuatan yang jadi derhaka perempuan akan suaminya itu tersebut di dalam kitab feqah .

( Maka manakala ) Berbuat oleh perempuan akan suatu daripada segala yang tersebut itu dan jikalau dengan satu lahzah sekalipun, nescaya tiada wajib atas suaminya memberi nafqahnya pada hari itu dan tiada pula wajib memberi pakaiannya pada fashal itu .
 
( Dan tiada ) Pula wajib gilirannya tetapi hukum perempuan yang demikian itu sebenarnya bahawa meninggalkan akan dia oleh suaminya pada tempat ketidurannya hingga balik daripada derhakanya itu kepada kebajikan thaat pula dan jikalau sampai beberapa tahun sekalipun .

( Dan telah ) Melaknat akan perempuan yang derhaka itu oleh segala Malaikat yang berbuat bakti, yang tiada derhaka mereka itu kepda Allah Ta‘ala sekejap mata jua pun dan bahawa menyiksa akan dia oleh Tuhan yang mempunyai kekerasan di dalam negeri yang hina, iaitu di dalam Neraka .

( Dan telah ) Berkata ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha :

Hai segala perempuan !!! Jikalau kamu mengetahui semuanya dengan hak segala suami kamu atas kamu sekelian, nescaya menjadikan oleh perempuan daripada kamu semuanya menyapu debu yang ada pada dua kaki suaminya itu dengan hadapan mukanya .

( Dan telah ) Mengeluarkan oleh Al Hakim bahawa sungguhnya seorang perempuan berkata ia bagi Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallaam :

Bahawa sungguhnya anak mama΄ku si anu namanya, ibunya meminang ia akan dia akan daku, maka khabarkan olehmu akan daku apa-apa hak suaminya atas isterinya, maka jikalau ada suatu yang kuasa aku mengerjakan dia, nescaya hendaklah aku berkahwin akan dia .

( Maka ) Bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallaam :

‘ Setengah daripadanya itu, jikalau mengalir dua lubang hidungnya akan darah atau nanah, maka menjilat ia perempuan itu akan dia dengan lidahnya, sungguhnya belum lagi mendatangkan ia akan hak suaminya . Dan jikalau patut bagi seorang manusia bahawa sujud ia bagi seorang manusia, nescaya aku suruh akan perempuan bahawa sujud ia bagi suaminya apabila masuk ia atas isterinya bagi orang yang melebihkan akan dia oleh Allah Ta‘ala atas isterinya ’.

( Maka ) Berkata oleh perempuan yang bertanya itu : Demi Tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya jadi Nabi, tiadalah aku bersuami selama kekal di dalam dunia .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan