Sabtu, 18 Jun 2011

Shifat Sama' Dan Bashar Faridatul Faraid ( siri 14 )

 
( Kesebelas : Sama’ ) Ertinya mendengar .


( Kedua belas : Bashar ) Ertinya melihat .


Dan keduanya dua shifat yang qadiimah yang berdiri keduanya pada dzat Allah Ta‘ala (1) yang terbuka dengan keduanya oleh tiap-tiap maujud daripada segala dzat dan warna dan suara dan lainnya . Dan ta‘alluq keduanya ta‘alluq inkisyaaf, ertinya terbuka seperti ta‘alluq ‘ilmu .


(1) ( Qauluhu ; Yang terbuka dengan keduanya ) Ertinya, ternyata dengan dua shifat sama’ dan bashar itu oleh tiap-tiap barang yang ada, sama ada ada Ia dzat atau lainnya, seperti warna dan suara dan segala shifat Allah Ta‘ala yang maujudah .  ﺍﻫ

Dan wajib atas kita i’tiqad bahawasa inkisyaaf yang hasil dengan sama’ itu lain daripada inkisyaaf yang hasil dengan bashar . Dan inkisyaaf yang hasil dengan tiap-tiap daripada keduanya lain daripada inkisyaaf yang hasil dengan ‘ilmu .

Dan bahawasa bagi tiap-tiap daripada inkisyaaf yang tiga itu, hakikat yang diserahkan pengetahuannya kepada Allah Ta‘ala . Dan bagi sama’ dan bashar .

Dan ini tiga ta‘lluq iaitu :

Ta‘lluq tanjizi qadim dan iaitu ta‘lluq keduanya dengan dzat Allah Ta‘ala dan shifatNya .

Dan shuluhi qadim dan iaitu ta‘lluq keduanya dengan kita dahulu daripada ada kita .

Dan tanjizi hadits iaitu ta‘lluq keduanya dengan kita kemudian daripada ada kita .

( Dan mustahil ) Lawan sama’ iaitu tuli .

Dan lawan bashar iaitu buta . (2)


(2) ( Qauluhu ; Dan dalil sama’ dan bashar ) :


        ﺃﻋﻨﻰ    ﺍﻠﺛﻼﺚ    ﺍﻠﺼﻔﺎﺖ     ﻫﺫﻩ    ﺍﺛﺑﺎﺖ   ﻓﻰ    ﺍﻠﻌﺪﺓ    ﺍﻥ   ﻋﻠﻡ


ﺍﻠﻌﻘﻠﻰ   ﺍﻠﺪﻠﻴﻞ  ﺪﻮﺭ     ﺍﻠﻨﻘﻠﻰ      ﺍﻠﺪﻠﻴﻞ     ﻮﺍﻠﻜﻼﻡ    ﻮﺍﻠﺑﺼﺭ   ﺍﻠﺴﻤﻊ

                                  
         ﻨﻘﺼﺎ  ﺍﻻﻤﻭﺭ  ﺑﻌﺽ    ﻜﻭﻦ  ﻤﻦ  ﻴﻠﺯﻡ    ﺍﺫ  ﻠﻀﻌﻔﻪ 


ﺍﻴﺠﺎﺪ     ﺃﻴﺿﺎ     ﺍﻟﻐﺎﺌﺏ  ﻓﻰ  ﻨﻘﺼﺎ  ﻴﻜﻭﻦ   ﺍﻟﺸﺎﻫﺪﺃﻦ  ﻓﻰ



ﺍﻟﻌﻟﻡ  ﺼﻔﺔ  ﺃﻴﺿﺎ    ﺍﻠﺼﻔﺎﺖ  ﻫﺫﻩ  ﻋﻟﻰ  ﻤﺘﻭﻗﻔﺎ  ﻟﻴﺱ  


ﺍﻟﺠﺎﺋﺯﺍﺖ    ﺍﻟﻤﺴﺗﺤﻴﻼﺖ   ﺍﻟﻭﺍﺠﺑﺎﺖ   ﺍﻟﻌﺎﻟﻡ  ﺑﺤﻘﺎﺋﻖ  ﻤﺤﻴﻄﺔ


ﺠﺯﺋﻴﺔ   ﻜﻞ    ﻓﻰ   ﺘﻔﺼﻴﻼ   ﻋﻟﻴﻪ  ﻫﻰ  ﻤﺎ   ﻋﻟﻰ 


   ﺍﻠﺪﻠﻴﻞ  ﻴﺴﻕ   ﻟﻡ  ﻓﻟﺫﻟﻚ   ﺍﻟﻤﺆﻜﺪ  ﻋﻥ  ﻏﻨﻰ  ﻓﻬﻭ  


ﻓﺘﻔﻁﻦ   ﺍﻟﺘﻘﻮﻴﺔ   ﻮﺠﻪ   ﺍﻻﻋﻟﻰ   ﻓﻴﻬﺎ  ﺍﻠﻌﻘﻠﻰ


( Dan dalil ) Sama’ dan bashar itu firman Allah Ta‘ala :


   ﭐﻟﺑﺼﻴﺭ     ﭐﻟﺴﻤﻴﻊ   ﻫﻭ     ﴿

Ertinya : “ Dan {D}ialah Yang Amat Mendengar dan Amat Melihat ” .


( Dan dalil ) Keduanya pula bahawasanya jika tiada bershifat Ia dengan keduanya, nescaya bershifat dengan tuli dan buta dan iaitu bathil kerana keduanya shifat kekurangan dan kekurangan atas Allah Ta‘ala itu mustahil, maka tsabitlah bagiNya Ta‘ala sama’ dan bashar . Dan apabila tsabit keduanya, mustahillah tuli dan buta .

Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan