( Keenam : Wahdaniyah ) Erti : KeEsaan Allah Ta‘ala pada dzat dan pada shifat dan pada af ‘al .
( Dan maknanya ) Bahawasa Allah Ta‘ala itu tiada dzatNya bersusun pada dua dzat atau lebih . Bersalahan kebanyakan makhluq bersusun ia daripada beberapa banyak dzat, iaitu segala juzu΄nya dan bersusun ini dinamakan dia kam muttashil pada dzat .
( Dan ) BahawasaNya Ta‘ala, tiada ada yang mendua Ia bagiNya pada dzatNya, maka jadi Ia berbilang dan berbilang ini dinamakan kam munfashil pada dzat . Dan dua kam ini ternafi keduanya dengan wahdaniyah pada dzat .
( Dan ) BahawasaNya Ta‘ala, tiada bagiNya dua shifat atau lebih daripada jenis yang satu, seperti dua qudrat atau tiga dan berbilang shifat ini dinamakan kam muttashil pada shifat .
( Dan ) Bahawasanya tiada ada bagi yang lain daripadaNya Ta‘ala shifat yang menyerupai akan satu shifat daripada segala shifatNya Ta‘ala dan menyerupai shifat yang lain bagi shifatNya ini dinamakan kam munfashil pada shifat . Dan dua kam ini ternafi keduanya dengan wahdaniyah pada shifat .
( Dan ) BahawasaNya Ta‘ala, tiada bagiNya perbuatan yang mengetahui akan Dia padaNya oleh yang lainnya dan sekutu ini dinamakan kam muttashil pada af ‘al .
( Dan ) Bahawasanya tiada bagi yang lainNya Ta‘ala satu perbuatan atas wajah mengadakan dan hanya sesungguhnya (1) dibangsakan kepadaNya itu atas wajah kasab dan ikhtiar .
Dan ada perbuatan bagi yang lain atas wajah mengadakan ini dinamakan kam munfashil pada af ‘al dan ternafi dua kam ini dengan wahdaniyah pada af ‘al .
(1) ( Qauluhu ; Dibangsakan kepadanya itu atas wajah kasab dan ikhtiar ) Ertinya dibangsakan perbuatan kepada yang lain daripada Allah Ta‘ala itu atas jalan usaha dan pilih, ya’ni dengan i’tibar usahanya iaitulah bergantung qudratnya yang baharu dengan barang yang diperbuatkan itu dan dengan i’tibar memilihnya pada zhahir akan mengerjakan dia .
( Dan ) Pada menafikan perbuatan daripada yang lain daripada Allah Ta‘ala itu menolakkan perkataan Mu΄tazilah bahawasa hamba itu menjadikan segala perbuatan dirinya yang ikhtiari seperti makan dan berjalan .
( Dan ) Pada menyabitkan usaha bagi hamba itu menolakkan perkataan Jabariah bahawasa tiada bagi hamba itu usaha sekali-kali pada zhahir dan bathin . Dan i’tiqad yang sebenar itu i’tiqad Ahli Sunnah bahawasanya tiada memberi bekas oleh hamba pada sesuatu sekali-kali dan hanya sesungguhnya ada bagi hamba itu usaha dan pilihan pada zhahir jua seperti yang lagi akan datang disebutkan di dalam risalah ini . ﺍﻫ Muallifah
( Dan mustahil ) Lawannya iaitu ketiadaan EsaNya pada segala yang tersebut itu . Dan dalil wahdaniyah Allah Ta‘ala bahawasanya jikalau berbilang-bilang Tuhan, nescaya adalah tiap-tiap Tuhan daripada beberapa Tuhan itu lemah .
Dan jika lemah mereka itu, nescaya tiada didapatkan alam ini dan iaitu bathil dengan musyahadah, maka tiadalah berbilang-bilang Tuhan, maka tsabitlah wahdaniyahNya . Dan apabila tsabit wahdaniyahNya, mustahillah lawannya iaitu berbilang-bilangnya .
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan