Sabtu, 18 Jun 2011

Shifat Qudrat Faridatul Faraid ( siri 10 )

 
( Ketujuh : Qudrat ) Ertinya : Kuasa, iaitu shifat yang wujudiyah, lagi sedia yang berdiri pada dzat Allah Ta‘ala yang dapat dengan dia mengadakan tiap-tiap mumkin dan meniadakan dia (2) atas muwaafaqat iradat . 

(2) ( Qauluhu ; Atas muwaafaqat iradat ) Ertinya bahawasa Allah Ta‘ala tiada mengada dan tiada meniada dengan qudratNya melainkan akan barang yang telah Ia tentukan dia dengan iradatNya . Bersalahan bagi Mu΄tazilah yang berkata mereka itu dengan bahawasaNya Ta‘ala menjadi Ia akan segala kejahatan dan yang keji padahal tiada menghendaki Ia akan dia .  ﺍﻫ 

Dan baginya tujuh ta‘alluq . Dan erti ta‘alluq itu menuntut shifat akan pekerjaan yang lebih atas dirinya dengan dzat (3) dan tiada ada ta‘alluq melainkan bagi shifat ma‘ani jua (4) . Dan tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan beberapa ta‘alluq ini kerana ia daripada bicara yang dalam dari pada ilmu ini .       

(3) ( Qauluhu ; Dan tiada ta‘alluq melainkan bagi shifat ma‘ani jua . Inilah yang dii’timadkan dia oleh Muhaqqiqun . Dan berkata setengah Mutakalliman ; bermula beberapa ta‘alluq itu bagi shifat ma’nawiyah dan tiada berkata seseorang bahawasa ta‘alluq itu bagi ma‘ani dan ma’nawiyah . Dan jika tiada, nescaya berhimpun dua yang memberi bekas atas yang satu atawa lazim tahshiilul al haashil .  ﺍﻫ

(4) ( Qauluhu ; Dan tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan beberapa ta‘alluq ini . Demikianlah mengithlaq oleh mereka itu dan iaitulah zhahir dengan nisbah kepada orang ‘awam . Adapun dengan nisbah kepada yang lain daripada mereka itu, maka tiada zhahir demikian itu kerana bahawasanya terkadang membawa oleh jahil dengan beberapa ta‘alluq ini kepada i’tiqadkan bahawasa Allah Ta‘ala itu kuasa bahawa mengambil Ia akan anak atawa ma’dumkan dirinya atau lain daripada demikian itu daripada mafaasid yang tiada terhingga . Wallaahu a’lam .

Maka satu ta‘alluq daripada yang tujuh itu ta‘alluq shuluuhil qadim iaitu patut qudrat pada azali bagi mengadakan dan meniadakan dengan dia pada waktu imkan . Dan tiga daripadanya beberapa ta‘alluq tanjizi hadits .

Dan makna tanjizi itu ; meluluskan, kerana diluluskan dengan qudrat itu akan barang yang ditentukan dengan iradat pada azali . Dan yang tiga itu ta‘alluqnya dengan mengadakan mumkin kemudian daripada ‘adam yang dahulu . Dan ta‘alluqnya dengan meniadakan dia kemudian daripada adanya . Dan ta‘alluqnya dengan mengadakan dia kerana membangkitkan daripada kubur . Dan tiga ta‘alluq daripada yang tujuh itu pula beberapa ta‘alluq qabdhah .

Dan makna qabdhah itu ; genggam . Dan murad daripada bahawasa mumkin itu di dalam genggaman kehendak Allah Ta‘ala, maka jika dikehendaki Allah Ta‘ala dikekalkanNya atas halnya daripada ‘adam atau wujud dan jika dikehendakiNya digantikan dia dengan lawannya.

Dan yang tiga itu ta‘alluqnya dengan berkekalan ketiadaan mumkin pada waktu imkan wujud dahulu daripada wujudnya . Dan ta‘alluqnya dengan berkekalan wujudnya kemudian daripada ‘adam . Dan ta‘alluqnya dengan berkekalan ‘adamnya kemudian daripada wujud .

( Dan mustahil ) Lawannya iaitu lemah .

( Dan dalil ) Qudrat itu bahawasanya jikalau ada Ia lemah, nescaya tiada didapatkan sesuatu daripada makhluq ini dan iaitu bathil dengan musyaahadah, maka tsabitlah qudratNya Ta‘ala . Dan apabila tsabit Ia, mustahillah lemahNya .

Kitab Fariidatul Faraaid Fil 'Ilmil 'Aqaaid  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan